Pages

Wednesday, November 12, 2008

PENAWAR HATI



Tika ini,

langkah terasa payah,

nafas terasa lelah,

hati teramat gelisah,

menghadapi ujian yang Maha Esa..


Kalbuku,

yakinlah pada janji ar-Rahim,

kau tak pernah sendiri,

tidak mungkin jua terasa sunyi,

mustahil jua tandus tanpa cinta,

kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu...


Nuraniku,

tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,

teguhlah kau terus berdiri,

kerna kau pasti mampu hadapinya,

itu janji Tuhan yang Esa...

LELAKI IDAMAN

Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang butaButa,
Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu,
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaranDan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil Bakhil,
Bakhil dalam memberi senyuman Pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAHKembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa Papa,
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha EsaPersoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??