Pages

Thursday, October 2, 2008

Berhari Raya Di Perantauan

Terkenangkan desa...




Tanggal 1 Oktober 2008 bergemalah takbir raya di kota Medan , inilah kali pertama sy beraya di perantauan...sungguh sayu hati beraya tanpa keluarga disisi...suasana hari raya kt sini sungguh berbeza dari Malaysia, sambutan hari raya kt sini tidak begitu meriah. tahun ni xdpt lah sy berziarah ke rumah sanak saudara dan kumpul duit raya. Pada pagi itu kami pergi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Konsulat Jeneral Malaysia. Disana kami dapat berjumpa dengan semua pelajar Malaysia yang merantau di Medan.





sblm bertolak ke konsulat




Jom makan !!!





Disana kami dijamu dengan hidangan ala-Malaysia...barulah terasa seperti di tanah air sendiri..pelbagai juadah seperti lemang, ketupat, rendang, bubur kacang dan lain2 yg dpt dinikmati. Sy mkn dgn berselera, walaupun mknn disini byk dan sedap2 belaka, tapi tak dpt ditandingi dgn mskn mak sy...ni yg teringatkan lontong yg mak sy buat..sedapnyee..harap2 sy dpt beraya di Malaysia tahun dpn..Miss my mom's cooking very much !!