Pages

Wednesday, December 15, 2010

...UPLOADING photos...

1min..

...LOADING 1 photo....

------------------

10min...

...LOADING 1 photo...

-------------------

30min...

...LOADING 1 photo...

-----------------------

...zZZZzzz...


simpan niat.tutup laptop.buat kerja lain.kabulkan waktu cuti

(p/s: mood study untuk paper remedial, doakan kejayaan saya&rakan-rakan)

17DEC2010(man jada wa jada)-->22DEC2010(man jada wa jada)-->23DEC2010(baiti jannati)

Ada apa dengan 10 Muharram?

Bismillah,

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".


Jom kita berpuasa untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan & mengingati peristiwa-peristiwa yang terjadi pada tarikh bermakna ni =)


*Teringat setiap kali Hari As-syura, Wan akan jamu buka puasa dengan bubur As-syura. Mengidam bubur-lah ! (^__^)

Saturday, December 11, 2010

D.E.B.A.R.A.N

Bismillah..


Salam ukhuwah,

Final exam sudah. sekarang menunggu OSCE (Objective Structured Clinical Examination) dan remedial paper. Debaran OSCE makin hari makin terasa tapi kenapa mood nak exam makin hilang? mungkin sebab lagi beberapa hari dah nak pulang ke tanah air ! bila masa-masa macam ni lah selalu terfikir biarlah masa berlalu cepat.. boleh balik cepat? hehe =p

OSCE sepatutnya melatih seseorang dalam sesuatu skills, tapi kalau OSCE di USU rasa macam melatih seseorang jadi fotokopi berjaya? hafal MATI setiap ayat dalam prosedur...berdoalah dapat dosen (panggilan bagi lecturer) yang sporting, kalau tertinggal satu word takde lah fail dan perlu remedial OSCE !

Antara prosedur yang perlu dihafal untuk OSCE :
1.Pemeriksaan Fisik Gastrourinary system
2.Pemasangan Kateter
3.Anamnesis (History taking) Penyakit Menular Seksual
4.Pemeriksaan Fisik Gastrointestinal System
5.Pemasangan NGT
6.Pemasangan Infus
7.Direct Rectal Examination
8.Pemeriksaan visus
9.Pemeriksaan Saraf Kranialis
10.Anamnesis THT
11.Pemeriksaan Kelainan pada Leher

Setiap station perlu selesai dalam masa 10 minit, deringan loceng (penanda mula atau akhir di setiap station) kadang-kadang menambahkan ke-teruja-an semasa OSCE, mungkin sampai lupa apa yang dihafal sebelum ni! Paling best, kalau panel atau dosen station yang akan dihadapi tu, muka serius dan tak friendly langsung...huhu..parah-parah.

Selamat berOSCE semua student USU ! ALL THE BEST. mulakan langkah dihari OSCE dengan senyuman ye...moga dosen-dosen yang jaga OSCE semua dalam keadaan mood yang baik !

mode: hafal mati

prosedur yang perlu hafal word by word


rindu si budak kecik ni ! sempat balik time study week, baru 3 bulan tak jumpa maksu dah cebek macam ni ye?? umur 4 bulan, baby ni baru nak kenal orang, waktu jumpa umur 1 hari tak boleh kenal orang lagi! balik ni nak pastikan amni bagi senyuman paling lebar =) , jangan nakal-nakal !

siapa ni?? tak kenal lah...saya takut..-baby amni

Friday, October 29, 2010

Ujian Akan sentiasa Datang

Salam ukhuwah,

Entri kali ni ringkas, semua sedang sibuk menggunakan waktu sebaiknya study untuk final exam blok GIS, study-study juga tapi jangan lupa
untuk Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakkal (D.U.I.T)

SEMOGA BERJAYA DIDALAM PEPERIKSAAN

حظا سعيدا في الامتحان

УДАЧИ на экзамене

परीक्षा में अच्छे भाग्य

Bonne chance dans L'EXAMEN

โชคดีในการสอบ...

ΚΑΛΗ ΕΠΙΤΥΧΙΑ στις εξετάσεις

GOOD LUCK IN THE EXAM

(^____^)v
~A good muslim doctor to be~
Insya Allah

Friday, October 15, 2010

Salam Ukhuwah,

Bismillah...


Minggu ni adalah minggu yang paling busy dalam blok GIS (Gastrointestinal System). Jadual dan tugasan kuliah yang banyak ! Makalah farmakologi, Tugas poliffarmasi, nak kena cari resep (senarai nama ubat yang dikeluarkan oleh pihak apotek@farmasi), kerja tutorial, lab setiap hari, sampai tak sempat nak buat nota ringkas yang warna-warni...memang kena speed up untuk catch-up banyak benda tertinggal. Tapi Alhamdulillah dalam kesibukan, masih diberi kesempatan ntuk berkongsi benda-benda bermanfaat bersama adik-adik dan mungkin juga sahabat blog? Jom sama-sama tadabbur surah An-Naas..!

Surah An-Naas:1-6
Surah Makiyyah

Tafsir:

Katakanlah Aku berlindung kepada Tuhan(yg memelihara dan menguasai) manusia (1) Raja Manusia (2) Sembahan Manusia (3) dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi (4) yang biasa membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia (5) dari golongan jin dan manusia (6)

Tadabbur:


Ayat 1-3: Kepada siapa kita memohon? Permohonan perlindungan disini adalah kepada Tuhan Ar-Rabb(yg memelihara), Al-Malik (raja yg menguasai) manusia, Al-Ilah(yg disembah manusia). Ketiga-tiga ayat berakhir dengan "an-naas". Pengkhususan dibuat untuk manusia adalah supaya manusia merasakan kedekatannya pada waktu meminta perlindungan dan pemeliharaan.

Ayat 4 : Apa yang dipohon? Memohon diberi pelindungan dari semua kejahatan(umum) dan bisikan syaitan yg bersembunyi(khusus).

Ayat 5: "al-waswaasul"(suara halus) dan "khannaas"(tabiat syaitan bersembunyi dan kembali lagi)

Ayat 6: Bisikan kejahatan boleh datang daripada syaitan atau manusia.


Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda :


"Syaitan itu tetap berada di hati anak Adam. Apabila dia mengingati Allah, syaitan itu akan bersembunyi. Dan, apabila dia lalai syaitan itu membisikkannya"
Kenapa syaitan bermusuh dengan manusia sampai nak membisikkan kejahatan didada manusia?? Semua adalah kerana kesombongan, kedengkian dan dendam iblis terhadap manusia. mereka tidak mahu sujud kepada nabi Adam a.s semasa penciptaan manusia kerana merasa diri mereka hebat ! diciptakan dari Api berbanding manusia yang diciptakan dari Tanah. Jadi, mereka (Iblis) berjanji akan menyesatkan keturunan nabi Adam kecuali mereka yang mengingati Allah.
Kenapa Allah mengizinkan Iblis berbuat demikian?? Allah Maha Mengetahui dan Dia tidak membiarkan manusia tanpa persiapan. Maka, Allah jadikan iman sebagai perisai, zikir sebagai bekalan dan isti'adzah sebagai permohonan perlindunga kepada kita. Semua dah disediakan, hanya kita yang nak atau tak nak. Tepuk dada, tanya IMAN !
Wallahu'alam...semoga bermanfaat buat semua.
p/s: ulasan dibuat berdasar Tafsir Fi zhilalil Quran, Sayyid Quthb

Friday, October 8, 2010

berjalan-meredah-mendaki-melihat-mentafsir

Bismillah,


Selama 4 jam(2 jam pergi-2jam balik) kami meredah hutan dengan tujuan nak tengok AIR TERJUN 2 WARANA, sifat ingin tahu atau curiosity nak tengok macam mana dua warna tu?? sanggup kuredahi hutan belantara, arus sungai, lautan api...metafora sangat~ ada mendaki bukit ada menuruni curam ada merentas anak-anak sungai ada masuk dalam tanah lumpur ada tergelincir batu. Pengalaman yang tak boleh dilupakan, macam-macam jenis hutan pernah saya jelajah, tapi setiap hutan ada keunikan tersendiri ! Penat dan sakit-sakit tu biasalah, maklumlah dah lama bersara dari aktiviti-aktiviti lasak sebegini sejak keluar dari alam persekolahan...

Tanpa training dan warm-up, seramai 20 orang pelajar perubatan tahun 3 USU memulakan ekspidisi atau sebenarnya holiday selepas penat lelah mengharungi minggu ujian UTS (ujian tengah semester). Tepat jam 9.30 pagi kami berkumpul dan memulakan perjalanan...


1 jam pertama semua tengah excited ambil gambar dan bersembang-sembang, masuk jam kedua semua dah mula berdiam diri untuk menyimpan tenaga.

muka-muka semua tengah excited

tour guide kami dalam hutan

check point pertama untuk berehat sebentar, baru 30min jalan

(shot-shot yang diambil sepanjang perjalanan kami ke air terjun dua warna)

curamnya..terpaksa menggunakan tali untuk turun..










sambil-sambil masuk hutan, nak asah bakat photographer juga


Subhanallah sangat indah ciptaanNya…teruja.tergamam.terasa di alam lain. hehe..selalu tengok scenary seperti ini hanya terpapar di desktop komputer, itupun keaslian gambar itu diragui sebab mungkin diedit menggunakan photoshop, tapi ini kenyataan. SANGAT CANTIK, memang tak pernah tengok air terjun macam air laut dan ada 2 warna, warna hijau dan biru ! Kalau korang masukkan kaki dalam air terjun ni memang rasa dia sama macam celupkan kaki dalam baldi berisi ais, tetapi tak setanding dengan kesejukan air terjun semasa trip kami ke Kundasang, Sabah. Sejuknya sampai ke tulang hitam. Di Sabah kami siap dicabar oleh ketua jungle tracking “siapa dapat bertahan selama 10 minit dapat hadiah!”, apa lagi kami sahut cabaranlah ! Tapi memang SANGAT SEJUK. 10minit pun dah rasa lama.

Air terjun dua warna, Sumatera Utara, Indonesia

sedang mencuba untuk buat efek air splashing, credit to zie




(dar kiri : wani, taqi, dja, insyi, zie, che nab, ain, zahirah)

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sangat best dan setiasa menceriakan suasana, lain kali jom banyakkan waktu bersama, barulah kita dapat mengenali hati-budi masing-masing ! semoga aktiviti-aktiviti sebegini dapat merapatkan lagi ukhuwah antara kita..disamping menambah kekuatan fizikal dan mental !

Saturday, October 2, 2010

Bagaimana anda menghadapinya?





Assalamualaikum,



Jika anda didatangi oleh seorang yang dari agama yang berbeza bertanyakan tentang islam kepada anda? apakah anda akan mencari 1001 alasan (saya tak layak, saya tak alim, saya tak cukup ilmu) untuk tidak menghiraukannya atau cuba sedaya upaya untuk memberi kefahaman kepadanya? Pasti terdetik persoalan ini jika kita betul-betul berada didalam situasi ni kan? Kalau tak? Pernah tak kita memikirkan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah Allah yang sebenarnya? Janganlah jadi seorang yang Muslim hanya pada nama tetapi jadilah seseorang yang Islamnya pada hati, lisan dan perbuatan. Tugas kita umat islam untuk menyampaikan !

Ini lah masa untuk saya perbaiki diri dalam ilmu agama. Perlu banyak bertanya dengan orang-orang yang lebih alim atau arif tentang hal-hal ni, moga perselisihan dan kegelisahan yang bermain difikiran kawan saya akan terjawab, moga dia diberi hidayah!

"Ya Allah Lancarkanlah lisanku dalam agamaMu, berilah aku kekuatan dan bimbinglah aku ke jalan Yang Benar"




p/s: ada sahabat-shabat yang nak tolong saya? beri hujah/pendapat/komentar/penerangan amat dialu-alu kan ---QS 4:171, 21:91, 43:61, 43:63 (penjelasan ayat2 yang diminta oleh teman saya)




















Friday, September 24, 2010

Kenalkah saya pada DIA?

Salam Ukhuwah,

semalam tak terlintas Ayat Al-Quran yang nak dikongsi dalam entri sebelumnya, tiba-tiba dapat ilham semasa membincangkan "Ma'rifatullah a.k.a mengenal Allah" bersama adik-adik tadi. Alhamdulillah. Ayat ni memang sangat terkesan! terutama kepada anda pelajar-pelajar Medic yang diberi peluang untuk mempelajari ilmu ciptaan Allah dengan lebih mendalam...

2 cara mengenal Allah s.w.t:
-Qauniah: melalui tanda kekuasaan & kebesaran ciptaanNya
-Qauliah: Ayat-ayat Al-Quran

Bismillahirrahmannirrahim

(Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang)
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda(kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?"

(QS Fussilat, 41:53)


Video menarik untuk ditonton, selamat menghayatinya..



memang senang kalau kita nak mengenali DIA...jadilah anda seorang pemerhati.pendengar.pemikir.pengembara yang sentiasa mencari RedhaNya

(^______^)

sibuk!

Salam ukhuwah,


saya sangat "busy" malam ni ! tapi sempat mencuri masa untuk update blog
(alasan: hilangkan stress)

walaupun tajuk yang saya dapat pada pemicu kali ni mengenai Anatomi sistem pencernaan manusia, entah kenapa rasa susah nak compress info-info yang diperoleh supaya jadi simple dan senang untuk difahami?

MasyaAllah ~ untuk memahami pun dah rasa susah apatah lagi kalau kita fikirkan bagaimana proses penciptaan organ-organ dalam tubuh manusia?


Allah Maha Besar dan Maha Kuasa lah yang telah menciptakan manusia ! organ-organ yang pada mata kasar manusia nampak biasa, tapi sangat banyak peranan dan fungsi didalam tubuh manusia...Banyak bukti-bukti kekuasaan Allah yang dapat kita lihat dalam kejadian diri kita!

Buka mata.Buka hati.Buka Akal
(Open your Eyes-Maher Zain)



(flipchart dan buku-buku akan bersepah bila ada tutorial -->)


p/s: semoga hari esok berjalan dengan lancar dan maaf kepada adik-adik usrah...mungkin bahan yang akan dikongsi esok
tak seberapa, tapi akak akan cuba sedaya upaya beri yang terbaik! (inilah akibat

tak pandai urus masa dengan sebaiknya)
temujanji esok! surau FK, jam 12.15wib..



nak sambung bermujahadah! =)

Saturday, September 18, 2010

Ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang mengenali diri...moga ikatan ukhuwah yang telah terjalin berkekalan selamaNya...Uhibbukumfillah !

"Never shall I forget the days I spent with you. Continue to be my friend, as
you will find me yours"

-Ludwig Van Beethoven-
p/s: berusaha googling nak cari quote yang best !!

Friday, September 17, 2010

Jangan Buang Masa !

Salam ukhuwah,

Bismillahirrahmanirrahim...

Demi Masa(1) Sesungguhnya manusia
itu dalam kerugian(2) Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh, mereka
berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar(3)

-Surah Al-Asr-
Saya baru lepas exam blok Genitourinary System (GUS) ? setiap kali habis exam blok mesti rasa macam mimpi...semua yang dipelajari selama sebulan lebih dan efek simpatetik yang terpaksa ditanggung selama 1 minggu sebelum exam dah tamat ! hanyalah untuk exam selama 150 minit? huh..memang cepat masa berlalu, masa tak pernah menunggu ! Tak mengapa, yang penting kita kena mencari ilmu untuk mencari redhaNya..bukan exam semata-mata ye kawan-kawan... Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada, kalau diberi ini nak yang itu, kalau dah ada nak yang lebih lagi, Nauzubillah ! jadikanlah diri ini diantara hamba-hambaMu yang bersyukur~ Jangan pernah memandang yang lebih tinggi dari kita tapi lihatlah yang dibawah kita atau yang kurang bernasib baik dari diri kita...moga ia dapat mendidik diri menjadi orang yang bersyukur. Yang penting saya dah buat apa yang termampu dalam exam tadi ! yang lain tawakkal kepada Allah =)
Moga dapat keputusan lebih baik dari sebelumnya~
Blok Baru.Lembaran Baru. Azam Baru. Semua Baru
jom siapkan makalah dulu !!

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya

Salam Ukhuwwah, 

Allahuakbar...Allahuakbar...Alllahuakbar...Walillahilham...takbir bergema di pagi raya...Seluruh umat islam didunia akan merayakan kejayaan umat islam melawan hawa nafsu selama 1 bulan yg lalu di Bulan Ramadhan...Alhamdulillah..

seperti biasa tak lengkap jika hari raya, saya tak ambil kesempatan untuk solat sunat eidul fitri..ditempat saya solat sunat eidul fitir dilaksanakan pada pukul 8.30 pg, dan sebelum ke masjid atau ke surau...kita disunatkan untuk makan dulu pada waktu pagi...

Seronok bila tengok keluarga masing-masing berpakaian sedondon..setiap tahun setiap family ada tema baju untuk raya pertama ! kami memilih warna pink sebagai tema untuk tahun ni ! Teringat zaman kanak-kanak dulu..kalau setiap kali nak raya memang complete set semua nak baru..hehe..tapi bila dah makin dewasa..semua tu dah tak kisah sangat...

Tahun ni raya pertama di KL...esok baru pulang kampung, kluang ! tak tahu nak jalan mana..ramai kawan2 yang dah balik kg..ada siapa2 rumah di KL ?? nak datang raya boleh??

Baiklah, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini dan seluruh umat islam didunia! Mohon maaf Zahir & Batin...Biar jauh di mata tapi dekat di hati~

Semoga Silaturahim antara umat islam semakin erat di hari yang Mulia ini

~Mari ziarah menziarahi sesama kita !!


p/s: gambar2 raya akan diupdate nnt !! (^_^) (-_-)(*_*)(+_+)(~_~)




Monday, September 6, 2010

HEALING-Sami Yusuf

It's so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر

What I'm feeling
عمّا يختلج في قلبي

But I guess it's ok
لكن اعتقادي

Cause I'll keep believing
ينبع من إيماني

There's something deep inside
هناك شيء في الأعماق

Something that's calling
ينادي

It's calling you and I
يناديني ويناديك

It's taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء


VERSE 2:

Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء

Break every border
اكسر القيود والحدود

Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء

It's Nature's order
نظام كوني رباني

There is a hidden force
هناك قوى خفية

Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض

It's pulling you and I
تجذبني أنا وأنت

It's pulling us up high
تجذبنا للأعلى


CHORUS:

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف

A Smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان

And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء


MIDDLE 8:

Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب

An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى

Seek only to give and you'll receive
إسع نحوالعطاء... و ستلقى و تعطى

So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى

OUTRO (x2):

قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

Song Name: "Healing"
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi
Mixed and Mastered at Andante Studios


Nota oleh penghantar: lagu ini mendidik kita untuk tidak mementingkan diri sendiri, dan bersikap baik dengan semua orang kerana, 'heal and you will be healed'

Cinta Yang PastI

Salam ukhuwwah semua,

mari kita berkongsi artikel dari iLuvislam !

selamat membaca, semoga bermanfaat buat diri dan sahabat2..


Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta. Agak pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai juga tidak ada keinginan untuk berkenal-kenalan (kononnya) dan berhubungan sama ada secara SMS ataupun surat (baru romantik kononnya) dengan sahabat lain yang berlainan jantina.

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta ?
Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang
untuk merasakan perasaan cinta?
Adakah Islam ini terlalu kejam apabila mengekang seseorang itu
daripada terjebak dengan percintaan ?

Bukan begitu saudaraku...

Islam adalah agama yang syumul! Segalanya sudah ditetapkan oleh syari'at supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia. Cinta yang diimpikan semasa remaja cuma fatamorgana yang tidak kekal. Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka.

Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri. Pada fikiran sebilangan remaja, 'cuma setakat menelefon dan menghantar mesej dan surat bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga'

Firman Allah S.W.T:

(٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬



Maksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah. Apatahkan lagi berzina!.

Mengapa Allah kata,
'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'?

Mengapa tidak dikatakan,
'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA'

atau
'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'?

Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram hukumnya, apatah lagi jika berzina.

Asyik daripada menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa dan kemudian ke arah kegiatan-kegiatan yang seterusnya.




Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian,

Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina. Moga kita sama-sama dapat memelihara diri kita dari menghampiri dan kemudiannya melakukan perkara-perkara tersebut yang antaranya :

1. (Melihat) نظرة
-Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya


2. (Senyum)فسامهم
-Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing


3.(Memberi Salam) فسلام

- Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan

4.(Bercakap Kosong) فكلام
-Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta


5. (Berjanji)فموعدون
- Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati


6. (Berjumpa) فلقاءون
-Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya - yang ketiga makhluk bernama syaitan) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah, disinilah permulaan zuriat dibuang di longkang-longkang, di celah-celah belukar serta semak samun, di tong-tong sampah, di jalanan dan juga di kaki lima. Di sinilah permulaan tergadai segala kehormatan diri. Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri.


Zina bukan sahaja menggadai kehormatan diri malah kehormatan agama, masyarakat dan ibubapa malah merosakkan generasi ummah! Mahukah kamu untuk memalit najis yang hina di muka ibubapa setelah mereka membesarkan kamu ibarat menjaga sebutir permata yang berharga? Mereka juga yang telah bersusah payah melahirkan serta membesarkan kamu dengan menggunakan segala kudrat yang ada. Mereka yang telah banyak berjasa dalam kehidupanmu


Wahai rakan-rakanku sekalian,

Waktu ini bukanlah masanya lagi untuk kita bercinta. Perjuangan dan perjalanan masih jauh dan kita masih mentah untuk melalui alam percintaan. Percintaan yang sebenar bermula apabila kita mula mahu melangkah ke gerbang perkahwinan.

Carilah cinta yang disandarkan kepada-Nya yang menjanjikan kemanisan di dunia dan kelebihan di akhirat. Sesungguhnya cinta kepada makhluk ciptaan-Nya merupakan satu fitrah yang tidak boleh dielak oleh seseorang yang bergelar manusia. Sedangkan Adam pun berasa sunyi tanpa kehadiran Hawa, bukan? Apakah yang tidak ada di syurga?

Fikirkanlah tentang ganjaran serta nikmat-nikmat yang bakal menanti kita di syurga yang tiada di dunia sementara kita melawan dari menuruti hawa nafsu kita yang sentiasa mahukan keseronokan yang tidak kekal juga kenikmatan yang tidak berpanjangan.

Marilah sama-sama kita menyeru diri kita serta kawan-kawan kita sekalian untuk kembali kepada ajaran agama kita sebagai pedoman mereka dalam kehidupan agar negara kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Tuhan.

Wallahumusta'an.

Artikel yang baik untuk dibaca berkaitan C.I.N.T.A tulisan Hilal Asyraf.

1. Saya perlukan teman wanita
2. Cinta-Cinta Itu
3. Bersedia Menjadi Isteri
4. Bersedia Menjadi Suami
5. Perempuan
6. Berikanlah Alasanmu Itu Kepada Allah
7. Berhala-berhala di dalam Jiwa


Wednesday, August 18, 2010

Kempen Ramadhan

TeRsEnYUmLah =)

Salam Ukhuwah, 

Janganlah pernah anda mengeluh atau berasa malang jika ditimpa musibah...tetapi tersenyumlah dan hadapilah ia dengan hati yang tenang kerana itu adalah tanda kasih-Nya dan anda adalah antara orang-orang hebat yang telah dipilih Allah !

Sama-sama kita renungkan...

Ujian Allah = Kasih Sayang-Nya

Dalam menempuh hidup disertai dengan ujian daripada Allah, perlu kita ingat, ujian dan dugaan itu adalah tarbiah Allah. Cuba ingat kembali apakah hikmah selepas ujian Allah itu, adakah kita merasa lebih tenang dalam kesenangan? Atau merasa lebih susah dalam kesusahan? Saya yakin deh! Kita semua boleh berfikir dan renung sejenak, disetiap ujian yang Allah turunkan, ada kebaikan akhirnya. Cuma, mahu tidak mahu sahaja untuk kita berfikir.

Ujian yang Allah berikan itu datang daripada pelbagai arah. Sama ada kita dipermainkan, dihina, dimaki dan dikhianati oleh hamba Allah yang kita kasihi, cintai, sayangi dan yang kita kenali, juga suatu penyakit yang Allah turunkan. Itu semua adalah kasih sayang Allah.

Allah sebenarnya ingin mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah ingin memberitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurga-Nya.

Apabila ujian datang menimpa, kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu.

Kita sering terlupa, bahawa setiap manusia telah dan akan Allah uji dengan cara yang lain. Kita terlupa, bahawa ada hamba Allah yang lain yang lebih teruk dan hebat ujian diri mereka. Begitulah sifat kita sebagai manusia. Seringkali terlupa. Rasanya ungkapan Tun Mahathir yang berbunyi ‘Melayu Mudah Lupa’ patut digantikan dengan ungkapan ‘Hamba Allah Mudah Lupa’. 
Hamba Allah Mudah Lupa


Sabar =Orang-orang Yang Hebat

Seringkali, apabila kita teruji dan mungkin menangis menumpang adu kepada sahabat, ungkapan SABAR seringkali kedengaran dan menunjukkan bahawa kekuatan sabar itu adalah KUAT. Ada orang yang sudah lali dengan perkataan sabar yang diungkapkan oleh orang lain.. Ada orang akan mendapat semangat daripada perkataan sabar yang disebut oleh orang lain.

Dan bagi diri saya sendiri, apabila saya memujuk diri saya untuk bersabar, seakan-akan ada suatu semangat yang sukar untuk saya gambarkan. Begitu juga apabila sahabat-sahabat yang lain memberikan sedikit semangat untuk diri saya.

Perlu kita renung sejenak dan tanam dalam hati. Sifat SABAR itu adalah salah satu sifat yang paling tertinggi di sisi Allah. Bukan semua orang boleh bersabar dengan dugaan yang dihadapi, boleh bertenang sambil tersenyum dalam menjalani kehidupan hari demi hari. Tiada sifat seorang muslim yang paling tinggi di sisi Allah melainkan sifat sabar. Sabar adalah kekuatan. Ia tidak mengira keturunan atau darjat yang ada pada diri seseorang itu.

Pesanan buat diri saya sendiri. Saya seringkali memujuk diri. Saya yakin dengan janji Allah.

Allah tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih sayang melalui pandangan rahmat-Nya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, Insyaallah.

Percaya dan yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu cubaan kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya. Allah tidak zalim untuk menyeksa kita dengan ujian yang Allah memang tahu kita tidak mampu untuk memikul ujian itu. Cuba renungkan kembali, atas dasar apa kita dilahirkan ke dunia dan apa niat kita di atas muka bumi ini.

Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak akan goyah walau dihempas badai yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.

Apabila sebarang musibah datang melanda, cepat-cepat bersuci dan menghadap Tuan Punya Dunia. Mengadulah, menangislah. Memang sifat kita lemah apabila berada di hadapan-Nya. Pujuk jugalah hatimu untuk melunturkan ego agar dirimu lembut untuk menitiskan airmata dihadapan-Nya. Ingatlah wahai diriku, secubit ujian yang Allah berikan, bergumpal-gumpal pahala sebagai ganjaran Allah kepada hamba-Nya. Syaratnya adalah dengan BERSABAR.


sumber:  iluvislam.com

Tuesday, August 17, 2010

KeEp SileNt

Salam Ramadhan Kareem~

Selamat menjalani Ibadah Puasa kepada sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...

bulan ni mungkin sedikit sepi dengan Entry-entry baru..hehehe...saya  sedang menyibukkan diri dengan buku dan lecture's notes...persiapan awal perlu dibuat supaya study week yang jatuh pada hari raya nanti tak disibukkan dengan aktiviti membaca buku2...Hari raya adalah Hari untuk menyambut kemenangan Umat Islam setelahlah sebulan menjalani Ibadah Puasa dan hari merapatkan silaturrahim !  Gunakan Masa sebaik mungkin ! Masa Adalah Emas..hargailah masa-masa bersama orang tersayang disekeliling anda..




sOmEtImES there's SoMetHing We ShOUldn't doubt..

u kNOw what u should and u shouldn't !

nOt otHErs.. 

Allah kNOws whAt's THe BesT fOr u~



 

Tuesday, July 27, 2010

Lahirnya Mujahidah Baru !

Salam Ukhuwah, 

Tahniah kepada abang dan kak ipar kerana telah selamat dikurniakan seorang cahaya mata yang bakal menjadi mujahidah InsyaAllah ! Baby Selamat dan sihat dilahirkan pada tanggal 26 July 2010 bersamaan 14 sya'aban 1431H pada jam 5.34pm...Semoga menjadi Insan Solehah dan menjadi pejuang agama, bangsa dan negara kelak ! ameen..

Muka-muka kegembiraan menyambut kelahiran mujahidah baru dalam keluarga...



newborn


bersama ibu&ayah

        atuk&wan- 1st cucu

 

                                                moyang- 1st cicit                                                     

maksu-1st niece

Aku Jiwa Pahlawan

Salam Ukhuwah,

Tahniah kepada batch DeJourney, adik-adik f2 dan cikgu-cikgu Sek. Men Islam Al-amin Gombak(SMIAAG) kerana kita sama2 telah berjaya menjayakan program yang julung-julung kalinya diadakan " AKU JIWA PAHLAWAN" pada 23-25 july2010. Moga dari program ini lebih ramai lagi pahlawan agama, bangsa dan negara dilahirkan ! ameen~

Walaupun saya tak dapat terlibat secara penuh sepanjang program berlangsung tapi rasa gembira dapat menyumbang sedikit tenaga di belakang tabir (keje2 di belakang dapur lah ye..ajk makanan..=)  ) terima kasih pada adik2 f4 yg membantu akak ye..(nurina, aqillah, yasmin)




bergambar bersama peserta



Faci Banin a.k.a Lelaki

mendengar Taklimat dari kakak2 & abang2


siapa KOMRAD kita? (adik2 sdg menulis kelebihan&kekurangan pada sahabatnya)


Menjadikan AL-Quran sebagai teman setia


ukhuwah terjalin antara senior & junior


Faci Banat a.k.a Perempuan

Bersama sahabat2 seperjuangan
Moga Ukhuwah yg terjalin kan kekal selamanya !!

Wednesday, July 14, 2010

Siapakah SPAIN yang kau Puja??

Salam Ukhuwah, 

Alhamdulillah pagi ini diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dan diberi nikmat iman dan islam...moga hari ini lebih baik dari semalam ! Pagi-pagi buta saya dah check email, terpampang tajuk inbox "Siapakah Spain yang Kau Puja??", sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan sahabat-sahabat yang lain..mungkin entry kali ni untuk santapan rohani..maklumlah sebelum ni cerita pasal makanan je... Demam World Cup dah pun berakhir, masing-masing takde lah nak jadi burung hantu lagi...tapi kan bagus kalau mereka-mereka yang sudah biasa bangun pagi tadi tetap istiqamah(berterusan) bangun pagi tapi dengan tujuan bertahajjud? Alhamdulillah, moga ada insan2 yang sebegitu...

World cup kali ni dijuarai oleh pasukan SPAIN dengan mata 1-0, Apakah yang menariknya sampai saya ingin berkongsi dengan anda tentang SPAIN?? tahukah anda siapa mereka ini??Jom kita baca sama-sama ceritanya..


copy and paste dari email sahabat saya :

Aku sangat sedih hari ini. Truly, i am.

Aku melihat betapa jauhnya perjalanan dakwah ini kerana masih lagi kita terus-terusan dibelenggu duniawi. Aku merasai bebanannya dan aku harap kamu juga begitu. Aku tahu aku juga belum bersih dari kotoran jahiliyah, dan aku tahu kamu juga begitu. Kita serupa. Tak ada bedanya. Aku sekadar ingin melakarkan apa yang aku rasa kerana sudah tidak tertahan lagi di dada ini.

 

Semalam ada perlawanan bola antara Spain dengan Holland. Wah, hebat betul sokongan dari kalangan kenalan-kenalanku. Sejak sebelum aku tidur, malam semalam, facebook sudah dibanjiri status-status yang menampilkan sokongan besar pada dua negara ini. Fine, nak buat macam mana, tak apa lah. Sekali sekala, tak ada salahnya bukan? Sokong-sokong bola, bangun awal- awal pagi untuk tonton bola bersama keluarga… itulah pandanganku terhadap rakan-rakan yang minat bola.

 

Tapi yang berlawan semalam adalah Spain dan Holland. Dan pagi tadi, aku melihat, ramai yang gembira betul dengan kemenangan Spain, tak kurang juga yang bersedih dengan kekalahan German. Aku melihat sokongan yang padu diberikan kepada Spain. SPAIN YANG SUATU KETIKA DULU MERAMPAS BUMI FILIPINA DARI UMAT ISLAM DALAM PEPERANGAN YANG SANGAT LAMA!

 

LUPAKAH KALIAN?

Aku berasa sedih sekali. Aku tahu, alaaa…ni just game bola aje. Rilek la weii… Bukan sokong betul-betul pun. Bukan sedih betul-betul pun…

 

Aku tak peduli. Tetap juga bagiku, perkara ini perkara besar. Ini soal apa yang occupy minda kebanyakan kita hari ini. Bahkan dari kalangan orang-orang yang sudah mendapat tarbiyyah pun, aku lihat beriya-riya sekali. Jangan sampai kita sekular. Berkobar-kobar semangat dan jati diri di program-program, menangis dengan video-video pembunuhan kejam dan layanan buruk terhadap umat Islam, tapi tiba saat lawan bola, kita sama saja dengan orang-orang lain. Tak ada beza. Seolah-olah tidak pernah ditarbiyyah. Seolah-olah tidak pernah mendendami musuh-musuh ini! Padahal mereka terus-terusan mendendami kita.

 

Aku tak peduli kalau orang nak kata aku ekstreme. Aku mungkin tak faham perasaan minat bola. Tapi ada org pernah minat music-music barat dan pernah minat Jay Z dan Linkin Park. Orang tu pernah hafal-hafal lagu semua. Tapi hari ini alhamdulillah, orang tu boleh benci sebencinya, kerana dia sudah tak mampu lagi menahan untuk menangis tiap kali lihat keadaan umat yang dibelenggu kegagalan dan dalam masa yang sama dia pula menambahkan lagi kegagalan umat.

 

Aku teringat kisah bagaimana Tentera France dulu nak merampas Andalusia. Tidakkah kalian ingat? Bagaimana mereka menghantar perisik untuk melihat keadaan pemuda Islam di Andalusia. Kali pertama dan kedua perisik itu turun ke sempadan, mereka bertemu pemuda yang menangis kerana tidak dibenarkan oleh ibunya untuk menyertai batalion jihad tentera Islam kerana dia belum habis menghafaz Al Quran. Lalu perisik tentera France terkocoh-kocoh pulang kerana tau tak mungkin ada peluang untuk menguasai bumi Islam Andalusia saat itu kerana pemuda-pemudanya masih berhatikan Al Quran.

 

Beberapa tahun kemudian, selepas sampah imperialism dilonggok ke tengah-tengah masyarakat Islam Andalusia, perisik France turun lagi dan kali ini bertemu pemuda yang bersedih hati kerana tak dapat membeli seorang lagi hamba wanita. Terus, perisik itu pulang dan tentera France berangkat dengan penuh semangat dan akhirnya Andalusia dirampas seluruhnya dengan begitu mudah! Kerana apa? Kerana pemudanya sudah berhatikan wanita.

 

Bagaimana pula kita? Adakah kita sudah berhatikan bola? Mahukah antum melihat kita mengulangi sejarah Filipina?

 

Tahukah kalian, 16 March 1521, tentera Sepanyol memulakan ekspedisi mengkoloni bumi Islam Filipina melalui jajahan Ferdinand de Magellans. Ketika itu, majoriti penduduk Filipina, rata-ratanya adalah MUSLIM. Tentera SEPANYOL mengkoloni wilayah utara Filipina dengan mudah sekali. Lalu penduduk wilayah utara dikristiankan dan diserap masuk ke dalam anggota tentera dan diseru-seru supaya meneruskan misi yang kononnya suci.

 

Namun begitu, tentera sepanyol mendapat tentangan yang sangat dahsyat dari wilayah Selatan. Tentera kafir ini terpaksa bertempur dengan para jundullah kilometer demi kilometer untuk sampai ke Mindanao-Sulu dan akhirnya Kesultanan Sulu jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1876. Beerti Sepanyol suatu ketika dahulu terpaksa ambil masa selama 375 TAHUN untuk mengalahkan kamu muslimin Filipina!

 

Dan selama peperangan itu, bukan sedikit lah muslimin yang dibunuh kerana mempertahankan tanah air mereka kerana mereka sedar MEREKA ADALAH KHALIFAH!

 

Saat kolonialisme itu jugalah Sepanyol memulakan sistem sekular pecah dan perintah di Filipina, mission-sacre ke atas orang Islam dan ejekan-ejekan buruk diterapkan terhadap orang Islam. Tahukah kalian orang Islam digelar dengan panggilan “MORO” yang bermaksud orang buta huruf, tak bertuhan, jahat, dan pembunuh. Dan gelaran ini lekat SAMPAI HARI INI! Dendam, pembunuhan dan pertelingkahan masih lagi berlaku antara kristian dan muslim di Filipina hari ini…semuanya, semuanya, semuanya adalah kerana kolonisasi SEPANYOL di bumi Fillipina suatu ketika dahulu.

 

Wahai saudaraku, aku tidak minta kalian untuk bergadai seluruh hartamu, atau membunuh dirimu, atau menggadai maruahmu. Pintaku cuma satu, ayuhlah bersama-sama, kita bangkit kembali. Jangan terlalaikan dengan buai dunia.   

 

Kita tidak mungkin jadi sempurna. Kita pasti ada kelemahan. Tapi jangan sampai kelemahan kita melemahkan Islam yang sebenarnya cukup sempurna.

 

Allahul musta’an.

Aiyuhal ikhwah, jaahidu fillah haqqa jihadih!

 

 

Thursday, July 1, 2010

Mee Hailam

Salam Ukhuwah, 

Menu kali ni lain sikit dari hari biasa..masakan mee pula...menuntut resepi dari nenek saya..inilah hasilnya..silakan mencuba !


nampak sedap kan?? =P    

Bahan-bahan:
a) 1 ulas bawang merah
b) 3 ulas bawang putih
c) 1.5 sudu besar cili giling
d) 1 sudu besar sos tiram
e) 2 sudu besar sos tomato
f) 2 sudu besar sos cili
g) ayam, udang, sotong
h)2 mangkuk air
i)1 paket mee
j)sayur sawi

Cara-cara:
Tumis bahan a)-c) sampai kering, masukkan bahan g), masukkan segala jenis sos, tambahkan air, masak sampai mendidih kemudian  masukkan mee dan sayur sawi..kacau rata..
taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng..siap dimakan !!





Sunday, June 27, 2010

Yukk Makan !

Salam Ukhuwah,

Post kali ni pun pasal makanan juga...sekarang ni in the mood of eating, marilah berkongsi resepi bersama..kalau ada sahabat-sahabat yang ada resepi yang best silalah beritahu saya..mungkin saya boleh melawat link-link yang berkaitan...Menu kali ini adalah Sayur Kailan Ikan masin dan Ikan cencaru masak sambal belada !

Kailan ikan masin


Cara-cara: 

Tumiskan 2 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah sehingga naik bau, kemudian masukkan  ikan masin, goreng hingga garing, tambah sedikit sos tiram dan air..celur sayur kailan..siap !

Ikan cencaru Belada


Cara-cara:

1. Goreng ikan

2. 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang merah dan 6 biji cili merah dikisar dan ditumis hingga naik bau, tambah kan sedikit air asam jawa(besar duit 50sen), masak sampai agak2 nak kuah banyak mana..tuang atas ikan yang telah digoreng tadi...sudah pun SsHhiaaaPp !!


Selamat mencuba~


Thursday, June 24, 2010

Nasi Tomato Ekspress

Salam Ukhuwah,

Alhamdulillah kenyang perut semua orang makan..haa..atas sebab sume orang bagi thumbs up dengan masakan saya, boleh la nak berkongsi resepi dengan sahabat-sahabat semua..tapi resepi ni telah diubah suai sedikit ..sebab tu lah nama diberi "Nasi Tomato Ekspress", sebab bahan dan cara yang digunakan mudah sahaja~ sesuai untuk orang2 bujang..hehe..

ini lah hasilnya:

Nasi Tomato


Bahan-bahan:

a) 3 pot nasi dan 3 cawan air

b) bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis

c)10 sudu besar bawang merah yang telah dikisar

d) 4 ulas bawang putih diketuk

e) 1-2 biji tomato dicincang 

f) Sos tomato ( ikut suka nak letak banyak mana)

g) 1/4 tin susu cair

h)daun bawang, daun sup dan bawang goreng

cara-cara: tumis bahan b)-d), sampai naik bau masukkan tomato dan sos tomato, setelah kering masukkan susu cair, tambahkan garam secukupnya kemudian masuk air dan beras yang telah dicuci, gaul rata dan masukkan dalam periuk nasi automatik, setelah nasi masak taburlah hiasan2(bahan h)


Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:

a)8 sudu besar bawang merah yg telah dikisar

b)3 ulas bawang putih diketuk

c)10 biji cili kering dikisar

d)1-2 biji tomato dikisar(tergantung nak masam ke tak)

e)Beberapa ketul ayam yang telah digoreng

f)garam secukupnya

cara-cara: tumis bahan dari a)-c) setelah naik bau masukkan tomato yg telah dikisar, masukkan ayam dan garam secukupnya, setelah siap taburlah daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan

Salad penyeri sajian dan gizi tambahan yg penting !!


Selamat mencuba~ segala pertanyaan atau komen amat di alu-alu kan..(^_^)v


Special Dishes For my Brother

Salam ukhuwah,

Tak sempat seminggu..abang saya dah terpacul kat rumah...kerteh tu macam dekat sangat dah bagi dia,  sebab every week dia nak balik...gembira juga hati ni =) sekurang-kurangya bertambah la ahli dalam rumah ni semula..tak lah sunyi sepi rumah, nampak juga ada orang lalu-lalang..

jadi, semangat nak mencuba resepi baru pun datang! sebab ada orang boleh makan masakan saya!! (sorry lah menggemukkan orang lain =p) 

menu yang difikirkan sekarang adalah nasi tomato?? hurm..tak pernah lagi buat...tak mengapa, kita gunakan kemudahan cyber yg serba moden nih..search resepi di internet sahaja!! 

harap2 menjadi..dan kalau ada siapa yang bole bagi pendapat??  dialu-alu kan ye..

p/s: resepi akan dikongsi jika masakan saya menjadi dan terbukti sedap oleh mulut2 yang makan masakan saya !! =)

 

Sunday, June 20, 2010

Menanti dan terus menanti...

Salam ukhuwah to all my blog fans !! hehe..(sapelah jd fan blog yg ntah ap2 ni..)

Ada seorang sahabat cakap.. blog saya ni dah bersawang...?? memang lama betul blog saya dibiarkan tidak berpenghuni..maaflah memang not in the mood update blog kalau internet seperti kura2..bahkan lagi lambat dari kura2..huhu..

Alhamdulillah sekarang saya dah balik rumah, dengan kelajuan internet yg sangat laju mood berblog ni sudah kembali !!

"Penantian itu suatu penyeksaan"..betul lah tu..saya sedang menanti jawapan yang tak pasti dari Hospital Selayang sebenarnya..jawapan untuk buat attachment selama 3 minggu di hospital mulai rabu(23june2010) ni tak dijawab lagi..semangat dan keinginan yang berkobar-kobar ni nampaknya tak dipandang mereka..bagi lah kami peluang~ =(

Jadi saya ambil keputusan untuk walk-in, jumpa sendiri dengan pegawai yang bertugas di hospital berkenaan..moga2 saya success untuk meyakinkan mereka dengan niat murni kami ingin belajar..huhu..

p/s: doakan kejayaan saya~


Wednesday, May 12, 2010

Kursus Kahwin

Kongsi cerita~

Salam ukhuwah,

 

Alhamdulillah hujung minggu lalu saya diberi kelapangan  untuk menghadiri daurah a.k.a usrah gabungan yang selalu dibuat oleh senior2 koas yang sentiasa komited dan bermujahadah ! teruskan usaha seperti ini lagi !

Seperti biasanya kami berkumpul bersama-sama dengan tujuan merapatkan ukhuwah antara junior-senior dan memantapkan lagi iman masing-masing.

 

Jadi, bagi sahabat-sahabat yang tak dapat hadir pada hari tu jangan la besrsedih..saya akan cuba sampaikn apa yang saya dapat sepanjang daurah minggu lalu ~ moge ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk semua..=) 

 

 

Kali ni Mas’ulah kami memilih topik TAWAZZUN untuk dibincangkan..apa maksudnya?? perkataan ni berasal dari b.arab yang bermaksu keseimbngan..tapi keseimbangan apa yang dibicarakan nie?? Keseimbangan alam? Makanan? diet?..semua tu bukan ! Keseimbangan yang diperkatakan disini adalah keseimbangan didalam tubuh manusia..

 

Didalam Quran, beberapa bukti perlunya menjaga keseimbangan adalah didalam Surah Ar-Rahman (55:1-9) ;

 

“Allah yang Maha Penyayang1◊Yang telah mengajarkan Al-Quran2◊Dia menciptakan manusia3◊mengajarnya pandai berbicara4◊Matahari dan Bulan beredar menurut perhitungan5◊dan tumbuh2an dan pepohonan, keduanya tunduk kepadaNya6◊Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan7◊agar kamu jangan merusak keseimbangan itu8◊Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu9”

 

Manusia dibina atas 3 unsur (jasad, roh dan akal)…jadi bagaimana nak jaga keseimbangan tubuh kita?? Pasti kita semua tahu bagaimana nak menjaga keseimbangan jasad kan? Mestilah kita akan makan makanan yang halal dan berkhasiat, berolahraga, menjaga kebersihan dsb. Tetapi adakah kita tahu bagaimana cara menjaga keseimbangan roh dan akal? Seharusnya, roh adalah unsur yang paling penting dijaga oleh setiap insan…kenapa ye? Sebab apabila kita meninggal dunia ini..roh kita yang akan kembali padaNya, jasad akan tinggal terkubur menjadi tulang dan makanan cacing.

 

Bagaimana kita menjaga roh? Perkara paling mudah tanpa perlu mengeluarkan modal wang atau tenaga yang banyak..hanya perlu ucapkan zikrullah..mengingati Allah. “Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”…kalau hati kita tenang dengan clubbing? berfoya-foya? Karaoke? Bergaul bebas? Itu bukanlah ketenangan yang kekal…sebab bila apa yang dikatakan diatas telah tiada atau apabila kita telah bosan dengannya..pasti kita akan mencari benda yang lain sebagai pengganti untuk membuat diri kita happy..betul tak?? Jadi ketenangan yang hakiki hanyalah dapat dimiliki jika kita sentiasa ingat pada Allah s.w.t , kerana hanya DIA lah yang kekal dan pencipta yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim kepada hamba-hambanya.

 

Macam mana dengan Akal? Haa..akal ni pun sangat penting..kalau kita berfikir tak menggunakan akal, kacau bilau juge dibuatnye..jadi sebelum setiap perbuatan or pekerjaan yang kita lakukan mestilah guna akal yang diberikan Allah ni..gunakan sebaiknya ! Ada 2 cara menjaga akal iaitu gunakan akal untuk memahami apa yang terdapat didalam Al-Quran(QAULIYAH) dan gunakan akal untuk melihat kebesaran ciptaan Allah S.W.T(QAUNIYAH).

 

To be continue…ni baru part I ye..nantikan entry seterusnya..smoge diri diberi kelapangan lagi update ilmu2 yang saya dapat pada daurah lalu..

 

Sampai disini dulu..ada banyak lagi pengisian, tapi tengah banyak keje sekarang ni..terpaksalah membahagi masa mengikut priority masing2..maaf jika ada salah dan silap..segala komentar dialu-alukn..wslm

 

p/s : Yeay~ Parent da sampai Medan hari ni,  need to spend more time with them !

Sunday, April 25, 2010

"Today is a beautiful day, but I cannot see it"

Salam ukhuwah,

A nice story to share with you..  

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. 
He held up a sign which said: "I am blind, please help."

There were only a few coins in the hat. A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words. 
 
Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?" The man said, "I only wrote the truth. I said what you said, but in a different way."

I wrote: "Today is a beautiful day, but I cannot see it."

Both signs told people that the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people that they were blessed that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?
 
Moral of the Story:

Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively. 
 
When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.

Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

 

Anas (radiAllahu anhu) said: The Prophet (salAllahu alayhi wasalam) said:

"None of you Truly believes until I am more beloved to him than his father, his child and all the people." Some other reports add: "his life, his wealth and his family." [Sahih Al-Bukhari and Muslim]


Ali ibn Abi Talib (radiAllahu anhu) once said:

"The Holy Prophet is dearer to us than our wealth, our children, our fathers, our forefathers, our mothers and cool water at the time of severe thirst."