Pages

Sunday, April 25, 2010

"Today is a beautiful day, but I cannot see it"

Salam ukhuwah,

A nice story to share with you..  

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. 
He held up a sign which said: "I am blind, please help."

There were only a few coins in the hat. A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words. 
 
Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?" The man said, "I only wrote the truth. I said what you said, but in a different way."

I wrote: "Today is a beautiful day, but I cannot see it."

Both signs told people that the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people that they were blessed that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?
 
Moral of the Story:

Be thankful for what you have. Be creative. Be innovative. Think differently and positively. 
 
When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.

Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

 

Anas (radiAllahu anhu) said: The Prophet (salAllahu alayhi wasalam) said:

"None of you Truly believes until I am more beloved to him than his father, his child and all the people." Some other reports add: "his life, his wealth and his family." [Sahih Al-Bukhari and Muslim]


Ali ibn Abi Talib (radiAllahu anhu) once said:

"The Holy Prophet is dearer to us than our wealth, our children, our fathers, our forefathers, our mothers and cool water at the time of severe thirst."

 

 

Friday, April 23, 2010

Mengapa Perlu Berkahwin??

Salam ukhuwah dan salam perjuangan dari bumi medan...
Maaf kepada semua sahabat diatas kemalasan saya mengupdate blog...mungkin disebabkan internet yang slow membuatkan diri rasa tidak bersemangat untuk memasukkan entry2 baru...baiklah, disebabkan mood sekarang dalam perancangan program "Aku Terima Nikahnya" a.k.a kursus kahwin, program MEGA yang julung-julung kalinya akan dianjurkan oleh BADAR-PKPMICM (Badan Kebajikan & Kerohanian), maka terdetiklah niat di hati ingin berkongsi artikel mengenai alam perkahwinan..semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya..(^.^)v..renung-renungkan dan selamat beramal !!
1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!
2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.
3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.
Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..Mengapa Perlu Berkahwin ?
Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.
Dari Abi Samrah r.a menyatakan :
Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).
Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :

"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).
Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.
Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.
Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti
Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :

"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)
Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.
Jiwa tenang dengan jalan pernikahan
Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman.
Firman ALLah ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". (Ar Rum :21)
Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.
Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.
Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.
Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.
Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.
Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.
"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui". (An Nur : 32)
* Penulis adalah Ustaz Mohd Zul bin Roslan. Beliau merupakan salah seorang moderator agama iLuvislam.com. Artikel ini diambil dari blognya

Saturday, April 10, 2010

untukmu Muslimah

Ratuku
Ingin kuluahkan
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbangan hati ku ini
Takkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku
Kebimbangan ku ini masih menebal
Apabila kudengar
Dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walaupon tanpa relamu

Ratuku
Kebimbangan ku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga
Yang tak segan silu
Melempiaskan kecantikannya
Ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujud lagikah ratu idaman hatiku??
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku
Bukanlah ku harap kau segigih siti hawa
Yang berlari-lari antara safar dan marwa
Bukan juga sesetia ainul mardiyah
Menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkaulah bukan Siti Khadijah
Mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan A'ishah
Bukan juga Rabi'atul Adawiyah
Wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa..
Cukuplah sekadar kau mencontohi
Bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga harumannya
Melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu

Ratuku
Esok musim bunga
Pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar
Memetik mu lagi
Jangan ada kumbang-kumbang ganas
Menghisap madumu
Janngan biarkan gagak-gagak hitam itu
Merosakan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku
Aku bukanlah
Memandang kecantikanmu
Walaupon kadangkala
Aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang mampu buat aku tersenyum lega
Kerana akan kutemuai
Ratu yang sebenar-benarnya ratu