Pages

Thursday, April 21, 2011

vaccine booster

Bismillah...

Stress exam dah selesai seketika, tapi dalam jiwa masih ada yang tak kena...mungkin perlukan suntikan booster lagi untuk pertahankan sistem pertahanan jiwa yang sentiasa turun naik ni. Kalau jasad ada vaccination berkala untuk pertahanan sistem tubuh, sekarang masa vaccination untuk jiwa saya ! hmm...helai demi helai dibuka...mengharapkan terjumpa sesuatu yang dapat memberi booster pada jiwa...

"Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami tampakkan; dan tidak ada sesuatu pun tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit" (14:38)


Alhamdulillah, InsyaAllah setiap kesulitan ada jalan yang telah ditentukan untuk penyelesaiannya, semua perkara itu DIA yang merancang. Kuatkan jiwa saya !

Terngiang kata-kata seorang kakak...walaupun Allah dah tahu semua perkara, tapi kita mesti cerita semua pada DIA...dari A-Z, macam kita nak bercerita pada mak atau ayah lah, mesti nak cerita semua detail-detail kan? sebenarnya, kalau tak cerita pada mereka pun, mereka dah boleh agak yang kita ni merahsiakan sesuatu daripada mereka.

Allah pun sangat suka kalau kita cerita semua benda pada DIA, sebab DIA tahu, yang kita masih memerlukanNya dan kita tak lupakan DIA. Kadang-kadang kita yang sebenarnya tak mahu meminta dan memohon, terlalu sombong dan Ego.

Hakikatnya...

Allah sentiasa menunggu kita untuk mengadu atau berkongsi cerita pada DIA. Tengok betapa Caring nya Allah pada Kita?



minta maaf semua ! =)

Saturday, April 16, 2011

Saat Lafaz Sakinah


Salam ukhuwah,

PROMOSI (KUSUS PRA-PERNIKAHAN BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MEDAN)

Pendaftaran untuk kursus pra-pernikahan telah dibuka. sila daftarkan nama anda kepada AJK2 yang bertugas sebelum terlambat. Bersyukur, kursus yang dulu telah tertangguh dapat diteruskan pada tahun ini. Harap segalanya berjalan lancar. Kepada AJK Badan Kebajikan dan Kerohanian (BADAR-PKPMI CM)selamat bertugas =) (selaku panitia dana&sumbangan, saya memohon mana2 pihak yang ingin memberi sumbangan bagi program kami..amat dialu-alukan)
maklumat terkini mengenai kursus ini akan diberitahu melalui Facebook rasmi BADAR PKPMI-CM.

Alhamdulillah sudah ramai sahabat-sahabat yang telah mendirikan baitul muslim, TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU ! Walaupun banyak majlis mereka yang tak dapat saya hadiri, hanya dapat berdoa semoga mereka semua berbahagia dan sentiasa dibawah RahmatNya. Bentuklah keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. Selamat Menjalankan Amanah & Tanggungjawab bersama dengan sebaiknya.

Bagi mereka yang belum bertemu jodoh? sentiasalah berdoa supaya ditemukan dengan seseorang yang dapat membimbing dan membawa pasangannya ke syurga. “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]



Khas buat sahabat-sahabat yang telah dan bakal mendirikan rumah tangga...


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus
(Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East)