Pages

Tuesday, July 12, 2011

Nasi Kucing dan Yogjakarta

Assalamualaikum,

Maaf dah lama jeri-jemari ni bercuti dari menulis, nak dapatkan feel untuk menulis semula memang mengambil masa kalau dah lama berehat. cuti semester boleh menulis semula ! nak update mengenai travel January lalu..

***

Plan kami memang nak travel di seluruh pulau indonesia sebelum balik ke Malaysia for good. Rugi juga kalau dah 3 tahun tinggal di Medan tak menjengah langsung ke jiran-jiran tetangganya. Jejak kaki kami dah ditinggalkan di Jakarta dan Bandung pada tahun 2010 (Trip 3 hari yang singkat dan padat, tapi tak diupdate didalam blog). Destinasi yang disasarkan seterusnya adalah Bali ! tapi cari-cari di web rasmi airasia semua harga tiket memang tak bagi kami pergi...huh...walaupun dah banyak kali kami cuba nasib untuk search waktu promo still harga mahal. Pada awalnya 7 orang nak ikut, tinggallah 4 orang. Setelah berbincang terpaksalah kami menukar destinasi ke yogjakarta atas sebab budget dan ada kenalan yang dapat membawa kami jalan-jalan disana. Last minute, mak saya join the trip menggantikan tempat sorang kawan yang tak dapat pergi tiba-tiba !

***

Akhirnya kami menjejakkan kaki di Lapangan terbang Adisucipto, yogjakarta setelah 2 jam perjalanan. Perkara pertama yang kami buat adalah bergambar depan flight airasia! unik sebab ada gambar-gambar dan berwarna warni. Bukan merah-putih. Pintu masuk ke aiport disini sangat dekat dan ruang sangat kecil, sebab barisan kami beratur untuk urusan imigresen panjang sampai ke luar. Sampai giliran depan pak imigrasi, saya kena tahan sebab tak bawa KITTAS. Nak balik tak mungkin, Alahai macam mana boleh tak bawa KITTAS ?? dokumen ni sangat penting untuk travel dalam Indonesia kalau belajar di Indonesia. Alhamdulillah Allah lembutkan hati pak imigrasi dan dia percayakan saya, selesai masalah. Ingatkan dah kena balik sorang-sorang (*_*).

***

Kebanyakan tempat di yogjakarta dipenuhi dengan candi-candi tinggalan zaman dulu, banyak pengaruh hindu-budha di sini. Jadi ia merupakan salah-satu destinasi wisata(pelancongan) kalau ke yogja.


Candi Prambanan


Tempat pertama kami lawat adalah binaan candi yang telah dibina pada abad ke-8 oleh raja budha zaman dahulu. Candi ini merupakan candi kedua terbesar di Jawa setelah Borobudur. Gambar diatas merupakan beberapa buah candi yang masih elok dan dibina semula. Terdapat beratus-ratus buah candi disini dengan nama yang berbeza (Candi Utama-Lumbung, Bubrah dan Sewu).


beberapa candi yang telah runtuh


patung-patung budha dari runtuhan candi
(yang peliknya kenapa semua kepala patung ni takde??)


Muzium di Prambanan
macam batu bersurat terengganu??

***

Universitas Islam Indonesia, Yogjakarta

Kebetulan, kawan kami terpaksa menguruskan bebrapa hal di universitinya, sempat kami melawat sekitar Universiti Islam Indonesia di Yogjakarta. Menurutnya, baru-baru ni sewaktu kerja pembinaan perpustakaan disuatu kawasan di sini mereka terjumpa sebuah candi peninggalan zaman dahulu kala. Terbukti memang banyak candi-candi peninggalan zaman dulu di sekitar yogja...mungkin masih banyak lagi yang belum ditemui?


***

Tanggal 25 Oktober 2010, Yogjakarta dikejutkan dengan kejadian letusan gunung Merapi, gunung yang masih aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 68 kali semenjak tahun 1548. Banyak nyawa yang terkorban dan harta benda yang hilang. Walaupun kejadian itu telah berlaku beberapa bulan yang lalu, saya masih dapat melihat "lahar dingin" mengalir di lereng-lereng bukit dan di pinggir jalan sewaktu kami disana, ada juga jalan-jalan yang terpaksa ditutup semasa hujan lebat kerana lahar dingin mengalir sampai ke tepi jalan. Melihat kesan letusan Merapi mengingatkan saya bahawa sekelip mata sahaja Allah boleh mengambil nikmat kita semasa didunia. Nikmat hidup, kesihatan, harta, keluarga dan sebagainya. Panas lahar yang sedikit dimuntahkan Merapi itu pun sudah mampu melenyapkan manusia, tumbuhan, haiwan, rumah, besi. Bagaimana panas api neraka?



Gambar diambil beberapa bulan selepas Merapi meletus (Januari, 2011)

Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w pernah bersabda: Api (ini) yang dinyalakan oleh anak Adam adalah sepertujuh puluh dari kepanasan api Neraka Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, dengan kepanasan inipun sudah memadai wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Sesungguhnya kepanasan api Neraka Jahanam melebihi kepanasan api ini sebanyak enam puluh sembilan bahagian (kali ganda). Setiap satu bahagian, kepanasannya sama dengan api ini. (Bukhari & Muslim)


orang-orang kampung melihat kawasan rumah mereka musnah akibat
lahar dingin gunung Merapi


lahar dingin sampai ke tepi jalan
(lahar dingin masih aktif mengalir sewaktu kami melalui jalan disana)

***

Perjalanan diteruskan dan kami mencari penginapan yang selesa dan murah untuk istirehat sebelum menyambung perjalanan kami esok ke candi Borobudur
( merupakan salah satu dari 7 wonders of the world) !


Bilik-bilik disini disusun memanjang, tempat selesa dan harga berpatutan untuk "budget hotel". sebenarnya penginapan ini dikhaskan untuk rombongan yang ramai, tapi Alhamdulillah rezeki kami dapat menginap disini walaupun hanya 6 orang, mungkin bukan waktu cuti sekolah jadi tak penuh dengan booking

***

next destination...

Entrance fee untuk masuk bagi orang local dan pelancong sangat jauh berbeza. Jadi kami semua bercadang nak berlakon macam orang local, maklumlah cakap pun dah bunyi sama...mungkin mereka tak perasan...kawan kami yang dari sana siap cakap kami ni saudara mereka dari kalimantan?? huh..mana lah dia dapat idea tu...

bergambar depan pintu masuk Taman Wisata Candi Borobudur

tiba-tiba makcik guard cakap "mana KTP nya dik??", semua terkedu +____+ "kalian dari KL ya? dulu ibu kerja disana", adeyh...mana makcik guard ni tau? padahal semua senyap tak cakap apa-apa. Agaknya terdengar perbualan kami semasa nak ambil gambar di pintu masuk (gambar diatas).

Walaupun kami dari Malaysia tapi disebabkan ada student card yang menunjukkan belajar di Indonesia...dapatlah harga local =) . Tapi kisah di imigresen berulang kembali~ saya tertinggal matrix card pula..huhu..travel kali ni careless sikit..banyak tertinggal dokumen. Alhamdulillah dipermudah urusan, merayu kat pakcik yang jaga tu...yakinkan yang saya memang pelajar dari USU. (^_^)v

gambar dibawah adalah sekitar candi Borobudur


ukiran batu menunjukkan upacara agama budha zaman dahulu (kiri)
stupa yang mempunyai patung budha didalamnya (kanan)




we are at the wonders of the world

sedikit fakta mengenai Borobudur :

Borobudur dibangun oleh Raja Samaratungga, salah satu raja kerajaan Mataram Kuno, keturunan Wangsa Syailendra. Borobudur adalah sebuah tempat ibadah yang selesai dibina pada 26 Mei 824, hampir seratus tahun sejak masa awal dibina. Nama Borobudur sendiri menurut beberapa orang berarti sebuah gunung yang berteras-teras (budhara), sementara beberapa yang lain mengatakan Borobudur berarti biara yang terletak di tempat tinggi. Candi Budha ini memiliki 1460 relief dan 504 stupa Budha di kompleksnya. Candi Borobudur termasuk dalam World Wonder Heritages .

Bangunan Borobudur berbentuk punden berundak terdiri dari 10 tingkat. Tingginya 42 meter sebelum direnovasi dan 34,5 meter setelah direnovasi karena tingkat paling bawah digunakan sebagai penahan. Enam tingkat paling bawah berbentuk bujur sangkar dan tiga tingkat di atasnya berbentuk lingkaran dan satu tingkat tertinggi yang berupa stupa Budha yang menghadap ke arah barat. Setiap tingkatan melambangkan tahapan kehidupan manusia. Sesuai mahzab Budha Mahayana, setiap orang yang ingin mencapai tingkat sebagai Budha mesti melalui setiap tingkatan kehidupan tersebut.

menurut kepercayaan Budha, sesiapa dapat menyentuh kepala patung Budha melalui lubang di stupa akan mendapat luck yang baik untuk kehidupannya nanti.

Bagian dasar Borobudur, disebut Kamadhatu, melambangkan manusia yang masih terikat nafsu. Empat tingkat di atasnya disebut Rupadhatu melambangkan manusia yang telah dapat membebaskan diri dari nafsu namun masih terikat rupa dan bentuk. Pada tingkat tersebut, patung Budha diletakkan terbuka. Sementara, tiga tingkat di atasnya dimana Budha diletakkan di dalam stupa yang berlubang-lubang disebut Arupadhatu, melambangkan manusia yang telah terbebas dari nafsu, rupa, dan bentuk. Bagian paling atas yang disebut Arupa melambangkan nirwana, tempat Budha bersemayam.

***

T.A.M.A.N.S.A.R.I

Tempat ni merupakan taman-taman istirehat atau kubu pertahanan keluarga diraja pada zaman Sultan Hamengku Buwono I atau sekitar akhir abad 17 M. Kalau dilihat dari luar seperti bangunan usang yang lama ditinggalkan dan tak nampak seperti tempat pelancongan. Lokasinya juga terletak disekitar perumahan orang tempatan.

tempat permandian diraja

ukiran dibangunan ada unsur eropah-jawa

tangga ditengah-tengah kolam? untuk memancing ke?

kubu pertahanan didalamnya


didalam perjalanan taman sari ke kraton kami menyusuri suatu kawasan perkampungan untuk melihat mereka menghasilkan seni kraftangan Indonesia

pakcik ni tengah buat patung wayang kulit guna kulit kerbau

***
K.R.A.T.O.N

ke-ratu-an bermaksud tempat tinggal raja atau kawasan istana raja-raja. Ia dibina pada tahun 1756 Masehi atau tahun Jawa 1682 oleh Pangeran Mangkubumi Sukowati yang kemudian bergelar Sri Sultan Hamengku Buwono I. Menurut pakcik yang bawa kami keliling istana, kesultanan ini ada pengaruh hindhu dan islam. Sehingga unsur-unsur reka bentuk bangunan, perayaan dan pakaian kesultanan ini dipengaruhi dua agama tersebut. Setiap binaan didalam bangunan ini melambangkan simbol tertentu.

simbol bunga warna merah di tiang (gambar kiri) merupakan unsur agama hindu dan warna hijau simbol bagi agama islam.



Alun-alun (tempat sultan duduk semasa rakyat menghadap)
*sultan akan tepuk kedua tangan dari sini, seluruh rakyat di kota ni dapat dengar tepukan tu dan datang berkumpul..

***

Kami meneruskan perjalanan ke pantai parangtritis untuk melihat sunset

detik-detik sunset yang sempat dirakamkan di pantai parangtritis, yogjakarta 2010

aktiviti petang ni cuma bersantai melihat keindahan alam sambil makan jagung bakar ! nyum2..


***
bila malam tiba...

pemandangan kota yogjakarta dari Bukit Bintang

Malam ni kami ke Bukit Bintang ! tapi bukan BB di Kuala Lumpur...kat sini pun ada BB. Tempat ni berada dekat atas bukit dan ia digelar bukit bintang sebab dari sini boleh nampak kota yogja, cahaya dari lampu jalan dan bangunan nampak seperti bintang-bintang di langit. Kawasan ni banyak kedai-kedai untuk makan sambil melihat pemandangan kota yogja, tapi apa yang merosakkan pemandangan adalah tempat ini juga menjadi tumpuan muda-mudi yang "bercouple" berdua-duan disini. Rasa nak je tolak diorang masuk gaung! hehe...jadi, kami singgah disitu untuk beberapa minit sahaja.

Didalam perjalanan balik kami sempat singgah di satu gerai menjual nasi kucing. bukan nasi berlauk kucing atau untuk kucing tapi nasi untuk manusia lah...hehe..ia adalah nama special yang dipakai di yogja. Nasi kucing ni berharga Rp 1,000 = RM=0.30, dari luar nampak seperti bungkusan nasi lemak tapi sebenarnya nasi putih dan sambal ikan bilis je. Kalau nak tambah lauk lain seperti tempe, leher ayam atau lain-lain dikira harga lain. Patutlah dipanggil "nasi kucing", sebab nasi dia segenggam tangan (macam kita bagi kucing makan).


gerai yang menjual nasi kucing


***


Ladang Teh Karang Anyar

suasana seperti di cameron highland, udara sejuk dan pemandangan hijau

antara daun teh yang dipetik dibahagi menjadi 3 kelas (daun paling kecil kelas 1), daun-daun ni akan dikeringkan untuk dijadikan serbuk teh

Miss Ladybird pun nak makan daun teh

Petani-petani wanita yang gagah mengangkat kayu-kayu kering

***

Parangijo

Suatu kawasan air terjun atau perkelahan

Berhenti makan durian tepi jalan memang best! terima kasih kepada abang ino dan mabrur, bodek-bodek pakcik jual durian dengan bahasa jawa terus dapat harga dari Rp200k jadi Rp50k untuk 5 biji durian. Enak bangeett !!

abang ino terpegun lihat mabrur makan durian dengan penuh penghayatan...haha..(>.<)

***

Atas sebab tempat-tempat menarik di sekitar yogja kami dah lawati, kawan kami mencadangkan kami ke Solo, bandar sebelah dengan yogja, katanya disana ada pasar klewer yang terkenal dengan jualan borong, selalunya peniaga-peniaga baju, telekung atau barang lain akan ambil barang dari sini. Perjalanan dari yogja ke Solo mengambil masa 3 jam...tapi perjalanan kami ke sana cuma mengambil masa 2 jam sebab driver kami bawa kereta style drift...amaran: hati-hati jika anda anda sakit jantung...heheh..

Di pasar Klewer dapat beli harga barang dengan harga borong, harga blouse sekitar Rp35k keatas tapi syarat kena beli 1 corak atau jenis yang sama dengan 3 saiz berbeza. Kalau anda ada niat nak berniaga boleh memborong disini.

Sampai semula di kota yogja kami sempat ke UGM...dengar-dengar ramai juga student medic disini?

kami sempat buat lawatan di sekitar UGM, tapi tak nampak pun student Malaysia?
baru ingat nak buat lawatan sambil belajar..=(


***

Malioboro Street


Malam terakhir di Yogja, kami dibawa untuk melihat kemeriahan jalan Malioboro, sepanjang 1km jalan ini dipenuhi dengan gerai-gerai yang menjual souvenir Yogja. Tempat ini popular dikalangan pelancong yang datang ke yogja. Disini kami dapat mencari souvenir kenangan dari yogja dan cenderahati untuk kawan-kawan dan keluarga yang tak dapat ikut. Harga untuk barangan disini boleh ditawar sehingga 1/2 atau 1/3 harga asal.

masing-masing memborong di Malioboro

Nasi Kucing gergasi

simbol kota yogja


Kami ditengah Kota Yogja !

Fotografer membahayakan diri duduk tengah jalan semata-mata nak ambil gambar kami di tengah kota yogja. Menara jam ini merupakan titik penanda center of yogjakarta city.

Gambar kenangan bersama kawan-kawan dari yogja,
Terima kasih atas pelayanan yang baik selama kami di Yogja =)
20 January 2011