Pages

Tuesday, May 31, 2011

Sayonara Medan


Salam Ukhuwah,

Sambil menghitung hari untuk menunggu selesai pengajian pre-klinikal di Medan, satu per satu memori di Medan yang muncul dalam benak fikiran, sekejap sahaja masa berlalu meninggalkan kita semua, pejam celik pejam celik saya telah pun melalui kehidupan di Medan selama 3 tahun. Banyak yang saya belajar selama di perantauan apa erti kemanisan, erti kepahitan, erti perjuangan, erti berdikari, erti kasih-sayang, erti persahabatan, itulah sebenarnya rencah kehidupan yang membuatkan kita lebih matang.

Mungkin ini adalah salah satu lembar cerita dalam hidup saya, didalam Qada’ dan Qadar dapat rezeki belajar di rantauan untuk mendidik dan membentuk diri saya yang sekarang. Alhamdulillah.

Biarlah hanya ilmu yang bermanfaat dicedok dari pengalaman disini, segala yang kurang elok dijadikan sempadan, “ambil yang jernih, buang yang keruh”.


Things I would miss M.E.D.A.N


Fakultas Kedokteran Universitas Sumatera Utara

Tempatku menimba ilmu !


Tutorial's group


B2.1 Skills Lab Mates

Sebelum masuk skills lab kene hafal prosedur-prosedur yang perlu dilakukan. Saya selalu tidak. Kadang tajuk hari tu pun tak tahu, terkial-kial nak hafal on da spot. Ada yang hafal macam mesin fotokopi, ada yang kena marah sebab tak hafal, ada yang nervous sampai lupa semua yang dihafal. Itu semua sudah berlalu. Walaupun dalam pelatihan, kami perlu cekap dan tidak boleh tersilap. Kerana di dunia realiti sebagai doktor kami perlu menyelamatkan 1 nyawa. Doktor sangat memerlukan mental dan fizikal yang kuat.

Bersemangatlah doktor dan bakal doktor semua !


"Makan selera boss harga anak kos"

Ternampak ada satu warung ni pasang banner dengan tema macam ni...sesuai dengan kami "pelajar" duit yang cukup-cukup makan tapi nak makan sedap-sedap (macam orang kaya). Jadi memang sesuai lah berada di Medan, banyak makanan yang enak-enak boleh dapat dengan harga berbaloi-baloi.

Jomlah datang Medan !


Ayam penyet

Makanan ni sinonim dengan Medan, pergi ceruk mana di Medan makanan ni mesti wajib ada. Special nya makanan ni terletak pada sambalnya. Tak semua pandai buat sambal yang rasa Umph..Dengarnya ayam penyet dah masuk pasaran Malaysia. Sama tak rasa dia dengan ayam penyet Medan? Mungkin kalau rindu ayam penyet tak perlu lah datang Medan.


Becak

Ini lah transport yang menjadi pilihan saya, lebih flexible untuk ke mana-mana. Becak motor juga dikenali sebagai BETO. Orang sini memang terkenal dengan shortform semua perkataan. Harga pengangkutan ni tak tetap, tergantung pada kita yang menawar dan pak becak yang meletakkan harga. Kalau anda baru datang, hati-hati sebab memang kebarangkalian untuk diketok amat tinggi. Kalau anda tak tahu jalan, boleh juga pak becak ni buat-buat tak tahu jalan dan sesat kemudian minta tambang lebih. Pernah ada pengalaman pahit dengan becak yang membuatkan saya jadi BENCI dan FOBIA seketika. Tapi tak semua begitu.


Pengalaman meredah banjir dengan becak untuk ke kampus

(becak a.k.a sampan beroda)

Peristiwa ini terjadi selepas hujan melanda Medan dari petang sampai pagi. Mungkin sistem perparitan masih kurang efisien dan sampah masih memenuhi longkang-longkang di kota ini. Inilah akibatnya. Pagi-pagi bersiap ke kampus tapi ditengah jalan terpaksa meredah lautan. Naik becak tapi dah rasa macam naik sampan. Lebih MALANGnya bila sampai di kampus, baru tahu segala aktiviti kuliah dibatalkan. kenapa kami tak tahu lebih awal? huhu...

Moga Kota Medan dan isinya bertambah maju di masa akan datang, Katakan TIDAK kepada Korupsi !


RM3 for all these veggies (*_*) murah sangat! kalaulah Malaysia begini..

Bila rindu masakan Malaysia, kami pergilah ke pajak (pasar) untuk beli barang dapur. Lagipun masak sendiri lebih jimat dan lebih mengikut selera. Bayangkan beli sayur banyak-banyak macam ni tapi harga macam beli 1 ikat sayur di Malaysia. Kalau membeli-belah di pasar Malaysia duit macam air tapi barang yang dapat tak banyak. Itulah yang menariknya pajak di Medan. Baru boleh amalkan hidup sihat dengan buah-buahan dan sayuran !


Angkot= angkutan kota

Kenderaan ni merupakan salah satu public transport di Medan selain becak dan teksi, terkenal dengan kebisingan bunyi Hon dan Lagu dangdut-nya. Transport yang paling murah untuk kemana-mana. Paling mahal Rp 3,000 = RM 1. Selama 3 tahun di Medan, mungkin tak banyak menggunakan angkot sebabnya...

bila naik angkot nanti nak berhenti kene jerit "minggir pak" dengan kuat atas sebab lagu dangdut yang dipasang supir kuat dan mungkin tidak terdengar jika suara anda perlahan..hmm..

angkot ini akan ambil penumpang seramai-ramai mungkin walaupun bila kita tengok sampai dah ada penumpang yang duduk dipintu angkot, supir-supir ni masih nak ambil muatan lagi. Pelik. Sesak !


Thursday, May 26, 2011

Jom Futsal

Salam ukhuwah,


Tema hari ini "badan sihat minda cergas", Alhamdulillah selesai friendly futsal antara Team Tasbi dan Martebeuties, terima kasih kepada yang menguruskannya. Pertama kali main excited! dapat pengalaman tergelecek di padang futsal (0_O)..

Nak jadi seorang muslim yang sihat tubuh badan, jadi masa lapang perlu diisi dengan olahraga. tapi, futsal ni mungkin pilihan sekali-sekala sahaja terutama untuk golongan wanita...futsal lebih sesuai untuk golongan lelaki. Sesuai dengan fitrah wanita tak boleh lasak sangat ye, banyak lagi pilihan olahraga yang sesuai dengan kondisi fizikal dan mental wanita. Untuk sihat tidak hanya satu cara.


===========================================================================


Salah Futsal atau pemain Futsal?

Sedih melihat ada yang beralasan "susah pakai seluar panjang, nanti susah nak lari", "susah laa.. nak gelecek bola nanti tersangkut", Kenapa nak beralasan kalau itu memang hukum Allah, kita wajib ikut! siapa kita nak menolak hukum? Mungkin pemikiran kita telah disogokkan dengan cara berpakaian mereka, kalau main bola sepak mesti berseluar pendek. Kalau tak, nanti dilabel "orang pelik". kenapa mesti meniru mereka? Bukankah itu satu perancangan mereka kepada pemuda-pemuda islam supaya terikutkan trend yang mereka ciptakan? Tidak salah kita berfutsal, tapi tentulah lebih baik jika adab-adab permainan itu diamalkan?

Kita selalu mendengar adab berpakaian wanita. Namun, bagi aurat lelaki ia jarang dibicarakan kerana dianggap mudah untuk diikut...tapi yang mudah lah selalu diremehkan...mungkin disini dapat dikongsikan beberapa adab ketika bermain bola sepak terutamanya bagi lelaki.

Mudah-mudahan yang kurang faham dapat jadi faham dan yang kurang tahu dapat ilmu yang bermanfaat.

Sebagai muslim, perlu diperhatikan perkara-perkara yang dilarang dan dianjurkan ketika bermain bola sepak :

  1. Hendaknya dalam bermain bola, termasuk menonton, kita memperhatikan waktu-waktu solat yang fardhu. Terutama solat Maghrib yang waktunya memang sangat singkat. Main bola atau menontonnya dengan meninggalkan solat wajib yang fardhu hukumya dosa besar.
  2. Pakaian yang digunakan untuk main bola perlu menutup aurat. Aurat laki-laki sudah jelas, iaitu bagian tubuh yang terletak antara pusat dan lutut. Jika main bola dengan terlihat paha di atas lutut termasuk melanggar ketentuan syariah yang secara umum disepakati ulama.
  3. Haram hukumnya bertaruh duit atau harta tertentu dengan menggunakan hasil pertandingan, sebagaimana yang sekarang ini berkembang.
  4. Harga tiket bola dunia atau profesional sangat tinggi. Padahal yang menonton berjumlah puluhan ribu. Seandainya duit yang terkumpul itu digunakan untuk kepentingan yang lebih mendesak, seperti masalah kelaparan, kesehatan, kemiskinan dan sejenisnya, tentu akan jauh lebih bermanfaat. Malah, memperkaya para pemilik modal klub-klub bola sepak.
  5. Yang perlu diperhatikan lagi adalah demam (fever) bola sepak, terutama bila sedang ada event tertentu. Ramai yang menumpukan perhatian, sampai melalaikan banyak tugas penting. Hal-hal seperti ini perlu dihindari. Kerana tujuan bola sepak adalah olah raga dan kesihatan, bukan sekadar permainan dan perbincangan yang tidak produktif.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (QS 2;208)


Batas Aurat Laki-laki :

Batas aurat laki-laki menurut jumhur ulama adalah antara pusar dan lutut baik kepada laki-laki muslim dan non-muslim atau wanita muslim dan non-muslim.

Aurat laki-laki ialah antara pusat sampai dua lutut. [HR. ad-Daruquthni dan al-Baihaqi, lihat

Fiqh Islam, Sulaiman Rasyid].

Dari Muhammad bin Jahsyi, ia berkata: Rasulullah Saw melewati Ma’mar, sedang kedua pahanya

dalam keadaan terbuka. Lalu Nabi bersabda:

Wahai Ma’mar, tutuplah kedua pahamu itu, karena sesungguhnya kedua paha itu aurat.” [HR.

Ahmad dan Bukhari, lihat Ahkamush Sholat, Ali Raghib].

Jahad al-Aslami (salah seorang ashabus shuffah) berkata: pernah Rasulullah Saw duduk di dekat

kami sedang pahaku terbuka, lalu beliau bersabda:

Tidakkah engkau tahu bahwa paha itu aurat?” [HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi dan Malik, lihat

Shafwât at-Tafâsir, Muhammad Ali ash-Shabuni].

Juga Rasulullah Saw pernah berkata kepada Ali ra: “Janganlah engkau menampakkan pahamu dan

janganlah engkau melihat paha orang yang masih hidup atau yang sudah mati.” [HR. Abu Dawud

dan Ibnu Majah, lihat Shafwât at-Tafâsir, Muhammad Ali ash-Shabuni].


Empat dalil diatas sudah menjelaskan tentang batas-batas aurat bagi seorang laki-laki. Dan definisi aurat adalah bagian tubuh yang wajib di tutupi dan haram untuk diperlihatkan kepada orang lain yang tidak berhak melihatnya. Adapun pengucualian khusus adalah bagi istrinya yang boleh melihat seluruh anggota badannya. Karena istrinya adalah pakaian baginya dan fungsi pakaiaan adalah menutup aurat. Menutup berarti menyentuh, bagaimana mungkin tidak boleh melihat sementara menyentuh hukumnya lebih berat daripada melihat”.


Batas Berpakaian bagi laki-laki

Ada tiga batas bagi laki-laki dalam berpakaian yaitu :

1. 1.Tidak menyerupai wanita

2. 2.Tidak mengunakan Sutera dan Emas

3. 3.Tidak menyerupai orang-orang kafir

Wednesday, May 4, 2011

M.i.S.i

Assalamualaikum,

Selamat pagi...

Suasana pagi yang nyaman, memang bagus untuk dapat idea kalau menulis blog dan bagus juga untuk tidur kalau melayan mata yang malas-malas nak buka ni. Pilihlah mana yang terbaik. =)

Misi untuk hari ni :

Polonia Airport

jemput kawan-kawan mak saya di airport Polonia, Medan. Mereka datang melancong dan saya merangkap travel agent mereka. Siapa-siapa berminat nak datang Medan silalah hubungi saya bisa dapet Paket Murah Meriah koq..bak kata orang Medan('',)...(offer sebelum kami tinggalkan bumi Medan untuk selamanya dan sambung Clinical Years di Malaysia)

(Bukan travel agent pro, tapi boleh la kalau nak bantu mereka yang terdekat bawa jalan-jalan di Medan)

Final Discussion

Nak Jumpa dosen Community Researh Programme (CRP) dan DOPING saya untuk final discussion sebelum Proposal Karya Tulis Ilmiah(KTI) diserahkan dan hadapi hari ujian pada 20 Mei 2011. Dengar kata, saya dapat penguji "Mak-nya CRP", memang kena khatam buku statistik lah..(@__@)

Rumah Sakit Adam Malik (RSUP)

Nak cuba ke sana untuk kali kedua...tujuan nak survei awal total population untuk research nanti. Pertama kali pergi, ikut langkah kaki je, tak tahu arah mana nak dituju...mujur terserempak dengan senior KOAS (Clinical years) yang tunjuk jalan, tahulah kami nak berurusan disana nanti. Harap-harap doktor, KOAS dan perawat dalam mood yang baik untuk melayani kerenah kami waktu nak buat full research disana nanti.