Pages

Wednesday, April 25, 2012

Halal itu Indah

Assalamualaikum,

Daripada Mr.Poet ~

My love for you is not of this earth, but of the Heavens,
Yet I know it's not possible, because Heaven is greater,
And the greatest of all Heavens, is the one with you in it,
For Heaven will not feel heavenly without you, my love.


cerita pendek menarik, mengandung banyak mesej yang tepat dan padat !! jom baca =)

link : http://www.aimanazlan.com/2012/02/manis-ep-1.html

Tuesday, April 24, 2012

Hidayah

Assalamualaikum,
Banyak lagi rahsia kulit yang tak sempat dikongsikan di entri yang lalu, baru teringat dan terus nak post disini...
Tak perlu bangga dengan ilmu-ilmu manusia yang selalu mengatakan mereka lah orang pertama yang menciptakan ini dan itu, merekalah yang pertama menemukan ini dan itu. 
Hakikatnya, Al-Quran lagi advanced...semua ilmu-ilmu yang manusia baru temukan sudah diberitahu didalamnya 1400 tahun yang lalu. Beruntunglah bagi mereka yang mengkaji dan berfikir.
Kalau, kita buat revison pada gambar anatomi kulit di entri sebelum ni, reseptor sakit manusia terletak dilapisan dermis kulit. Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu). Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?
Al-Quran telah menyatakan terlebih dahulu sebelum penemuan saintis:
“Sesungguhnya orang-orang yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka, Tiap-tiap kali kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa’ 4:56)
Allah Maha Mengetahui dan tidak pernah mungkir dengan janjiNya. Mereka yang ingkar akan dicampakkan ke dalam api neraka yang kekal selama-lamanya. Rasa sakit itu akan berterusan dirasakan mereka yang diazab nanti. 
Nauzubillah.

Dengan penemuan ini, Allah telah memberi hidayah kepada seorang profesor atau pengkaji didalam bidang dermatologi, Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh. 
Hasil kajian beliau terhadap ciptaanNya telah membuat dirinya berfikir tentang kebesaran Allah dan ingin mendalami Islam yang sebenar.
Alhamdulillah.
***
Tips penjagaan Kulit dari doktor pakar:



-Pakai sabun, syampoo, bedak  atau produk yang dibuat khusus untuk bayi (sebab kurang chemicals)
-Tak perlu beli mahal-mahal cleanser, facial wash, (air paip lagi murah&meriah)
-Tak perlu kosmetik, compact powder,  maskara, blusher (banyak produk ada bahan karsinogenik dan toxic if deipakai selalu, guna baby powder je)
-Jangan pegang-pegang muka sangat, tau la hensem/cantik , tak payah nak picit-picit jerawat =p (nanti bole kena infeksi kuman dan muka ada parut)
-Jaga kebersihan diri 
-Jangan pakai sabun yang ada ubat@,medicated soap such as ********...xley sebut nanti kena saman! (medicated soap akan bunuh flora(kuman) normal di kulit kita, lagi senang kuman jahat nak serang )
" point penting ---> natural and pure "

Sekian 
Dr.Khadijah =)








Sunday, April 22, 2012

Kulit pintu utama tubuh badan

Assalamualaikum,

Berakhir sudah posting di department Dermatology, sekejap sahaja sebulan masa berlalu. Setiap pagi berdiri dan bersesak-sesak 14 orang di dalam klinik dari jam 8am-12pm observe pesakit-pesakit datang. Melihat seni dan cara doktor-doktor disini melayani dan merawat pesakit mereka dengan penuh perihatin dan tanggungjawab. Kagum.

Minggu pertama masuk, semua masih blur dengan penyakit-penyakit kulit. Semua ruam dan kelainan kat kulit tu nampak sama je...masih tidak dapat membezakan jenis-jenis penyakit kulit. Bila ditanya doktor pakar, masing-masing mengalihkan mata kesana-sini, buat-buat macam mencatat nota, sebenarnya niat nak lari dari ditanya. Tiada keyakinan bila ilmu didada kurang. So, bila balik perlulah bertungkus-lumus memperbaiki kekurangan diri, mendalami ilmu Dermatology !


Dr.Umaselvam with his students @ Klinik dermato, HTF

Minggu dua, ilmu pengetahuan dermato semakin baik, apa yang perlu kami tahu semakin terarah. Bila ditanya doktor pakar, ada laa terdengar suara-suara halus yang menjawab tapi masih ragu-ragu, Bila doktor tanya WHAT ? semua macam kerang busuk, sengih-sengih. Pre-test uji basic dermatology.

Minggu tiga, pesakit tunjuk je kulit dah boleh diagnose, walaupun tak 100% betul tapi kebanyakannya dapat menjawab dengan baik. Confident levels masing-masing juga meningkat, dengan berani menyuarakan jawapan dengan suara yang lantang. Terima kasih kepada Dr.Umaselvam (Specialist, origin India ), berusaha menjadikan setiap orang dari kami berani untuk bersuara dan bercakap lantang. Setiap hari akan ada "Talk bout", kami perlu bercerita mengenai apa-apa penyakit kulit yang kami tahu. Tak ada seorang pun yang terlepas pandang, menyorok la kat belakang kawan-kawan sebab nak elak ditanya, tapi tak mungkin terlepas, yes You ! Mid-test lebih mencabar.

Minggu empat, isnin dan selasa post-test dermatology. Setiap orang perlu cari pasien untuk present case kepada penguji, Alhamdulillah dapat case scabies. Penyakit yang umum dan biasa tengok. Bonusnya, tak sempat saya tanya banyak-banyak, pasien sendiri beritahu diagnosis penyakit, bagai bulan jatuh ke riba ! Tak perlu saya serabutkan kepala fikirkan kemungkinan penyakit apa untuk kecilkan skop diagnosis. Alhamdulillah, penguji pun tak tanya banyak.



***

Peraturan Allah itu Indah



Gambar diatas menunjukkan struktur kulit manusia

Selama satu bulan berada di department kulit, rugilah kalau kita hanya mampu mendapatkan ilmu perubatan semata-mata! Sebagai seorang Muslim yang bakal menjadi doktor, setiap pandangan dan pemerhatian perlulah menggunakan mata hati. Janganlah melihat dengan pandangan kosong, setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya. Tadabbur(menghayati) ciptaan Allah.

*berjalan, melihat dan mentafsir

Secara amnya, kulit manusia terdiri dari 3 lapisan: Epidermis, dermis dan subkutis. Kulit merupakan benteng pertahanan paling luar dalam tubuh manusia. Kulit merupakan organ manusia yang paling besar dan merupakan pintu masuk ke dalam tubuh badan manusia yang penuh misteri. 

Hebat sunggguh ciptaan Allah, pertahanan pertama ni amat penting supaya manusia tak mudah dijangkiti penyakit dengan mudah, banyak lagi proses yang berlaku di kulit ni. Kelenjar sebum yang diciptakan bertujuan mengeluarkan minyak di kulit, tujuannya supaya kulit tidak menyerap air berlebihan, mengelakkan kehilangan air dan supaya kulit tak berkedut.

Sel-sel kulit manusia akan terus menerus diganti, proses ini menyebabkan sel-sel yang telah mati berkumpul di permukaan kulit bersama dengan minyak dan bakteria di permukaan kulit, Jika tak dibersihkan, bakteria-bakteria itu akan memanipulasi bahan-bahan tersebut, menimbulkan bau badan dan jangkitan di kulit kita. 

Allah Maha mengetahui apa yang diciptakan, jadi diperintah orang-orang Islam berwuduk sebelum menunaikan solat. Wudhu' dilaksanakan dengan air suci dan anggota yang wajib dibersihkan adalah muka, tangan, kepala dan kaki.

Di dalam surah Al-Maaidah ayat 6, Allah telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;”
                                                  
                                                            Wudhu' @ Ablution


Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.” 

Dalam sehari  5 waktu solat x 3 kali basuhan =15 kali pembersihan kulit dilakukan, kalau ditambah mereka yang rajin buat solat sunat dan solat dhuha? tambah bonus lagi lah. Muka bersih =) tak perlu toner tak perlu cleanser yang mahal-mahal, air Allah ciptakan cukup sebagai pembersih muka dan pencegah jangkitan kulit.

Memang sangat banyak hubungan yang kita boleh dilihat, Allah mmenetapkan hukum adalah untuk kebaikan bagi manusia. Mungkin didalam tempoh sebulan derada di klinik kulit, masih banyak kekurangan dari diri saya untuk menafsir apa yang saya lihat.

1.Seks bebas




Terkejut melihat, kes berkaitan dengan penyakit seksual adalah dari mereka dari golongan muda-mudi, risau apabila generasi muda zaman sekarang sudah mula berjinak-jinak dengan perkara begini, bagaimana lah nanti generasi akan datang yang akan dibentuk? Sedih lagi jika kita tahu mereka beragama Islam Isu seks bebas dianggap seperti benda biasa, setiap minggu ada sahaja pesakit yang ke klinik dengan kes ini. Dimanakah salah kita? 

p/s: boyfriend, girlfriend atau tunang bukanlah tiket sah untuk melakukan itu. Kalau dah mampu tu, jangan lambat-lambatkan nikah. Kalau belum mampu, puasa banyak-banyak, ia dapat melemahkan hawa nafsu !
Janganlah kau melakukan zina atau hubungan diluar tabie jika tidak mahu dijangkiti penyakit menular Seksual (Syphilis, HIV, Gonorrhea, Condyloma Warts). 



2.Mendedahkan aurat

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, ataubapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anakmereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
[Surah An-Nur ayat 31]



kan manis bertudung?? Ustazah Amni

Benarlah perintah Allah, mengandungi banyak kebaikan. Jika kita menutup anggota tubuh, kulit dengan sebaiknya, terik matahari pun tak dapat merosakkan kulit kita. Melanin yang dihasilkan melanosit berfungsi melindungi kulit kita dari sinar UV matahari, tetapi jika sinar UV yang berlebihan, ia akan merosakkan sel melanosit itu sendiri. Bersyukurlah Kulit hitam manis maknanya dikurniakan banyak melanosit, banyak bahan pelindung dari sinaran matahari yang merbahaya. Tak perlu lah sibuk-sibuk nak cari pemutih muka yang akan menghalang proses penghasilan melanin. Anda akan berisiko terkena bahaya sinar UV.  Jadi kenapa kita dituntut menutup aurat? elak dari sinaran berlebihan lah...sayangnya Allah kat manusia, dah bagi cara nak elak perkara yang dapat membawa keburukan. Tutup aurat (pakaian tidak tipis, longgar dan menutup perhiasan) jika tidak mahu mendapat penyakit yang disebabkan sinaran matahari yang terik (Photodermatitis, kanser kulit). Pemakaian baju yang terlalu ketat juga perlu dielakkan, supaya proses pengeluaran peluh dari tubuh tidak terganggu dan supaya thermoregulasi tubuh seimbang.





Sekian,
Moga ilmu yang dikongsi mendapat manfaat dan kebaikan bersama 
sampai jumpa di entri lain.

Nota kaki:
Persiapan ke department Pulmunology & Respiratory !!