Pages

Friday, September 28, 2012

BFF !

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hujung minggu ini diberi peluang bersama-sama mereka yang sefikrah, berjumpa kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. Posisi saya pada daurah kali ini adalah sebagai "orang yang merakamkan detik-detik indah", Namun apa yang kami rasa tidak mungkin dapat digambarkan melalui potret-potret sahaja bukan? siapa yang melalui detik itu pasti akan terpahat di hati segala kefahaman dan kegembiraan yang dikongsi bersama. 

Seperti juga daurah, rehlah atau apa jua aktiviti yang dilakukan bersama sebelumnya, kami perlu pastikan perjalanan dan objektif setiap program tercapai. Jadi setiap posisi memainkan peranan yang penting tak kira lah dari yang belakang tabir (chef-chef) sehinggalah yang menjadi orang paling depan(faci-faci) senuanya menyumbang semampu boleh. Moga kita sama-sama tetap berada dijalan ini dan mendapat apa yang terbaik disisi Allah.

***  

"Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata"
(Az-zumar : 22)

Teringin berkongsi apa yang saya dapat dari program ini dengan sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan bersama-sama dengan kami pada hari itu, sungguh pentingkan diri lah kalau saya tidak berkongsi apa yang saya dapat kan? Apa yang saya cuba nak highlight kan disini adalah sejauh mana hubungan kita dengan Al-quran? Pendapat peribadi saya Al-quran patut dijadikan BFF setiap orang. Dengan 'dia' disisi hati terhibur, semangat memuncak tinggi, idea bertambah, jiwa tenteram, akal berfikir panjang dan setiap tindak-tanduk pun dijaga supaya ikut apa yang disukai 'dia'. Hebatkan 'dia' ? Silalah jeles kalau anda tidak ada BFF sehebat 'dia'. Saya ada ! insyaAllah semoga 'dia' menjadi BFF saya dunia akhirat. =D 


Jadi, apa tunggu lagi? cuba ikut beberapa cara untuk berinteraksi dengan 'dia' supaya 'dia' menjadi BFF kita.

1. Khas untuk kamu, dari Kekasih

Rasa special tak kalau kita baca surat yang memang ditujukan khas kepada kita? Lagi-lagi kalau surat itu   diterima dari seseorang yang special, setiap bait kata-kata didalam surat tu kita baca dan fahami. Kalau boleh siap hafal lagi isi kandungannya bukan? Jadi tak salahlah kalau kita jadikan Al-quran begitu juga? Malah surat cinta dari Allah lagi exclusive dan istimewa. Setiap hari perlu dibaca supaya kita merasai cinta Allah kepada kita. 


2. Memahami Bahasa Arab

Sinonim dengan pelajar perubatan adalah buku rujukan yang tebal dan bersumberkan negara eropah, bagaimana nak mendalami ilmu perubatan kalau pelajar itu tidak tahu atau tidak faham dengan bahasa inggeris? Sedangkan buku rujukan kebanyakannya ditulis didalam bahasa itu. Jadi kita sanggup bersusah payah pergi tuisyen, beli kamus oxford, mendengar lagu-lagu inggeris dengan harapan dapat menguasai bahasa tersebut. Gigih kita untuk mendalami ilmu kan? 

Tetapi kenapa tidak ramai yang berusaha segigih itu  untuk mempelajari bahasa Arab? Sedangkan Al-quran memang jelas diturunkan sebagai manual kehidupan kita sepanjang zaman. Kalau tak faham, sudah tentulah kita tidak dapat mengaplikasikan dalam kehidupan kita apa yang diberitahu Al-quran. Analoginya, orang jepun memarahi orang Amerika tetapi menggunakan bahasa jepun, terkesankah kepada orang Amerika tersebut? Apa yang dicakapkannya pun tidak difahami, bagaimana hendak terasa dengan herdikan si Jepun tadi, malah mungkin orang Amerika hanya tertawa dek melihat gelagat yang ditunjukkan orang Jepun tadi. Tak faham, maka tak ambil peduli.

Bahasa Arab adalah bahasa yang terbaik dan terindah, sebab itu istimewanya Al-quran.

3. Hati yang berperasaan

Perasan tak kalau kita baca novel atau menonton drama-drama, mudah saja nak tergelak, menangis atau marah. Seolah-olah kita yang jadi watak hero-heroin didalam sesuatu kisah tu. Kenapa ya? Sebab kita baca dan lihat benda tu dengan perasaan kita. Jadi apa yang diperkatakan dilakonkan akan membuatkan kita feel dan menghayatinya. Berinteraksi dengan 'dia' juga perlukan "feeling", barulah kita akan rasa gementar dengan amaran Allah, rasa gembira dengan janji Allah dan rasa tenang dengan ayat-ayat cinta Allah. Lepas ni bila baca Al-quran kita sama-sama praktikkan untuk dapatkan feel sepertimana kita boleh feel semasa membaca novel cinta.

"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki. Dan barang siapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorangpun yang dapat memberi petunjuk" (Az-zumar : 23)


4. Background Al-quran

Tak kenal, maka tak cinta. 
Kita perlulah tahu sejarah bagaimana ayat Al-quran diturunkan supaya kita mencari hikmah disebaliknya. 
Al-quran diturunkan secara munajjaman(beransur-ansur) kepada Nabi Muhammad S.A.W mengikut keadaan dan peristiwa. Kenapa tidak diturunkan sekali gus? Kerana untuk memberi kesan yang mendalam kepada penerimanya yang bersangkutan atau berkaitan dengan keadaan ketika itu. Al-quran kekal sepanjang zaman, jadi hukum-hakam yang dinyatakan didalam Al-quran adalah sebagai panduan kita sampai sekarang. 

5. Siapa Kita
Siapa kita? seorang doktor? engineer? cikgu? pelajar? Kita sering merasakan diri kita adalah yang terbaik dan tidak dapat disamakan dengan orang lain, sehingga ia membina jurang diantara hati-hati kita. Segalanya berubah setelah Al-quran diturunkan sebagai wahyu, Rasulullah menyampaikan bahawa kita mempunyai persamaan iaitu kita adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini. Hebatnya bila manusia berinteraksi dengan Al-quran, jati diri dikenali dan tiada yang dapat menafikan kebenaran bahawa aqidah menyatukan manusia.

Moga bermanfaat.


p/s: Alhamdulillah, saya dan keluarga menghitung hari. InsyaAllah 15 oktober 2012 akan berangkat ke Tanah suci menjadi tetamu Allah. Doakan kami ye !





Thursday, September 20, 2012

High Class

    
Assalamualaikum, 


Tiba-tiba terbeli novel?  tak sinonim dengan pembaca sebenarnya, tujuan asal membeli buku yang ada unsur motivasi dan inspirasi, tapi Alhamdulillah tak rugi juga terbeli, novel ini bukan seperti novel cinta dipasaran yang menggunakan ayat hiperbola dan kiasan yang tinggi, tiada juga cerita cinta alam fantasi seperti dalam cerita korea. Penulis dapat memadatkan dan tepat dalam menyampaikan  mesej, Tak perlu pusing roundabout banyak kali untuk faham jalan cerita. Ditambah lagi berkonsep "novelat tarbiah", bolehlah disesuaikan dengan saya yang bukan pencinta novel..hehe..mudah-mudahan dapat memanfaatkan buku ini.
Walaupun baru beberapa helai membaca, nak promote kepada yang berminat. Beli langsung di page Penulis Dr.Farhan Hadi dan  Fatimah Syarha di sebarkanbahagia.blogspot.com


....jika benar dia untukku,kuatkan sayapku untuk terbang kepadanya. Kuatkan dirinya mempertahankan keindahan yang terpelihara. sampaikan aku padanya...




" sebaik-baik manusia adalah yang paling baik akhlaknya" (riwayat at-Thabrani)