Hanya blog biasa. Sekadar perkongsian pengalaman dan pendapat dari hati. Moga ia memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk. Segala kekurangan hanya dari kelemahan saya sendiri.
Wednesday, May 12, 2010
Kongsi cerita~
Salam ukhuwah,
Alhamdulillah hujung minggu lalu saya diberi kelapangan untuk menghadiri daurah a.k.a usrah gabungan yang selalu dibuat oleh senior2 koas yang sentiasa komited dan bermujahadah ! teruskan usaha seperti ini lagi !
Seperti biasanya kami berkumpul bersama-sama dengan tujuan merapatkan ukhuwah antara junior-senior dan memantapkan lagi iman masing-masing.
Jadi, bagi sahabat-sahabat yang tak dapat hadir pada hari tu jangan la besrsedih..saya akan
Kali ni Mas’ulah kami memilih topik TAWAZZUN untuk dibincangkan..apa maksudnya?? perkataan ni berasal dari b.arab yang bermaksu keseimbngan..tapi keseimbangan apa yang dibicarakan nie?? Keseimbangan alam? Makanan? diet?..semua tu bukan ! Keseimbangan yang diperkatakan disini adalah keseimbangan didalam tubuh manusia..
Didalam Quran, beberapa bukti perlunya menjaga keseimbangan adalah didalam Surah Ar-Rahman (55:1-9) ;
“Allah yang Maha Penyayang1◊Yang telah mengajarkan Al-Quran2◊Dia menciptakan manusia3◊mengajarnya pandai berbicara4◊Matahari dan Bulan beredar menurut perhitungan5◊dan tumbuh2an dan pepohonan, keduanya tunduk kepadaNya6◊Dan langit telah ditinggikan-Nya dan Dia ciptakan keseimbangan7◊agar kamu jangan merusak keseimbangan itu8◊Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu9”
Manusia dibina atas 3 unsur (jasad, roh dan akal)…jadi bagaimana nak jaga keseimbangan tubuh kita?? Pasti kita semua tahu bagaimana nak menjaga keseimbangan jasad
Bagaimana kita menjaga roh? Perkara paling mudah tanpa perlu mengeluarkan modal wang atau tenaga yang banyak..hanya perlu ucapkan zikrullah..mengingati Allah. “Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”…kalau hati kita tenang dengan clubbing? berfoya-foya? Karaoke? Bergaul bebas? Itu bukanlah ketenangan yang kekal…sebab bila apa yang dikatakan diatas telah tiada atau apabila kita telah bosan dengannya..pasti kita akan mencari benda yang lain sebagai pengganti untuk membuat diri kita happy..betul tak?? Jadi ketenangan yang hakiki hanyalah dapat dimiliki jika kita sentiasa ingat pada Allah s.w.t , kerana hanya DIA lah yang kekal dan pencipta yang Ar-Rahman dan Ar-Rahim kepada hamba-hambanya.
Macam mana dengan Akal? Haa..akal ni pun sangat penting..kalau kita berfikir tak menggunakan akal, kacau bilau juge dibuatnye..jadi sebelum setiap perbuatan or pekerjaan yang kita lakukan mestilah guna akal yang diberikan Allah ni..gunakan sebaiknya !
To be continue…ni baru part I ye..nantikan entry seterusnya..smoge diri diberi kelapangan lagi update ilmu2 yang saya dapat pada daurah lalu..
Sampai disini dulu..ada banyak lagi pengisian, tapi tengah banyak keje sekarang ni..terpaksalah membahagi masa mengikut priority masing2..maaf jika ada salah dan silap..segala komentar dialu-alukn..wslm
p/s : Yeay~ Parent da sampai