Hanya blog biasa. Sekadar perkongsian pengalaman dan pendapat dari hati. Moga ia memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk. Segala kekurangan hanya dari kelemahan saya sendiri.
Monday, February 23, 2009
GiGi BeSi
Friday, January 16, 2009
HoBi bAru~pekebun berjaya
Friday, January 2, 2009
..Cuti-CuTI kUALa LUMpuR..
underwaterworld
pertandingan menyusun bola...cepat2 !!!

gambar kanan : dalam gua..afiq takut eh??

opss..terjerat kt sarang labah-labah !!
ZOO NEGARA
Hari berikutnye...sy bwk cuzin2 sy yg comey2 ni pg Zoo Negara..hari ni plg memenatkan..jln2 dlm zoo ni pnat gak ye..zoo ni terletak kt ulu klang..huhu..nk msuk zoo ni mahal sket sy kne la kluarkan RM15 utk dewasa dan RM18 utk 3 org cuzin sy..
sblm memulakan xpdc menjelajah zoo dgn bjln kaki, sy bawa diorg sume naik mini train yg disediakan didalam zoo..mmg lmbt btul train ni bergerak..hehe..rasenye jln kaki lg cepat ??..
sy mcm jd cikgu tadika plak?? melawat sambil belajar...hehe...mgajar name2 haiwan, tahniah !!diorg ni cepat tangkap name2 haiwan kt sini..semoge mendapat new lessons in ur school holidays !!
3 cuzin sy yg chomeyl bsame burung
bangau ~ Afiq, Afina, Lisa ~
1-kepala giraffe xde.. 2-fina-dja-afiq 3-cepatla tgkp gmbr !!
k.djah nk tgkp kura2 boley x ??
kepenatan bercampur kegembiraan !!! seronok tgk budak2 ni happy...nnt k.djah bwk jln2 lg k??
Sunday, December 21, 2008
DiriMu KuKENAng..
Arwah Nur Intan Shereena (kiri) dan Nur Athirah (kanan)
Peristiwa yg paling bersejarah dalam hidup sy…iaitu tragedi paling pahit yg berlaku dlm keluarga sy pd tahun 2008 iaitu pada tanggal 30 November 2008 dua org sepupu sy telah pergi buat selamanya, mereka menjadi mangsa korban tanah runtuh yg berlaku di ulu yam perdana. Al-fatihah buat arwah Nur Athirah dan Nur Intan Shereena, semoga ditempatkan bersama orang-orang yg soleh.

Kali terakhir sy berjumpa dgn mereka pd majlis doa selamat sblm sy ke Indonesia, Kami bergambar bersama dan berbual mesra dgn arwah, malah mereka merancang untuk bertemu dgn sy di Indonesia nanti. Sungguh x dpt dipertikaikan bahawa ajal maut semuanya telah ditetapkan Allah, manusia hanya boleh merancang. Takziah buat keluarga paklong semoga tabah mengahadapi dugaan ini..
Wednesday, November 12, 2008
PENAWAR HATI

langkah terasa payah,
nafas terasa lelah,
hati teramat gelisah,
menghadapi ujian yang Maha Esa..
Kalbuku,
yakinlah pada janji ar-Rahim,
kau tak pernah sendiri,
tidak mungkin jua terasa sunyi,
mustahil jua tandus tanpa cinta,
kerna kasih Nya sentiasa ada buatmu...
Nuraniku,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
teguhlah kau terus berdiri,
kerna kau pasti mampu hadapinya,
itu janji Tuhan yang Esa...
LELAKI IDAMAN
Seorang lelaki yang aku idamkan Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang butaButa,
Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya
Biarlah dia seorang bisu,
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran Asalkan dia petah membangkang kemungkaranDan lantang menyuarakan kebenaran
Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil Bakhil,
Bakhil dalam memberi senyuman Pada wanita yang bukan mahramnya Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAHKembali megah di muka bumi
Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa Papa,
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha EsaPersoalannya...
Masih adakah lelaki idaman itu??
Thursday, October 2, 2008
Berhari Raya Di Perantauan
Disana kami dijamu dengan hidangan ala-Malaysia...barulah terasa seperti di tanah air sendiri..pelbagai juadah seperti lemang, ketupat, rendang, bubur kacang dan lain2 yg dpt dinikmati. Sy mkn dgn berselera, walaupun mknn disini byk dan sedap2 belaka, tapi tak dpt ditandingi dgn mskn mak sy...ni yg teringatkan lontong yg mak sy buat..sedapnyee..harap2 sy dpt beraya di Malaysia tahun dpn..Miss my mom's cooking very much !!