Pages

Monday, June 15, 2009

Wedding Planner-Part II

Salam ukuwah,
Lipat sana-lipat sini haah jadi jugak bentuk bunga !! Lilit sini, cucuk sana jadilah bentuk lain pula...dengan anugerah jari-jemari ni, saya bersyukur dapat juga saya mengubah hantaran abang saya, tak payah la nk bazir duit tempah kat kedai 1 hantaran rm45...memang melampau mahal ! padahal nak buat memang senang ( warning: ckp mmg senang tp time buat tu payah jugak)

Gubahan mas kahwin

sepasang baju persalinan

buah limau a.k.a towel


kasut

handbag

toiletries

p/s : sesiapa nk wt gubahan hantaran bole la menempah ye !!! (bisnes baru)





















Wednesday, June 3, 2009

Wedding Planner-Part I

Sekarang sudah masuk 6 bulan kesibukan sebagai wedding planner( w.p utk abg je pun), saje nak try carrier sbg wedplan nih, apakah seronok atau membosankankan ? pejam celik-pejam celik kenduri kawen pun lagi beberapa minggu, segala usaha dan penat lelah dah nak berakhir.



Memang tak dapat dilupakan time kena round satu pajak ( dlm bahasa indonesia adalah pasar yg jual mcm2 brg, macam arked atau bazar korg nak cari ap cakap je !). Di sini bermulalah kerja saya, kena cari kedai untuk tempah langsir (tugasan dari mak dari Malaysia..huhu..). Bukan ape, round satu pajak pun sebab nak dapatkan design dan harge yang berpatutan dengan bajet. Kalau nak shopping di pajak terutamanya, kenalah tahu harga tempatan, jadi survey satu pajak dulu sebelum membeli, kalau tak senang2 kena tipu !!


toko jendela di pajak

Skill tawar-menawar lagi lah penting kalo nak shopping kt pajak, kalo tak harga yang diorang letak memang tak munasabah, yang lawaknye kalo pg pajak mesti hilang suara sebabnya tawar-menawar dengan bapak-bapak ibu-ibu kt pajak tu...haha..macam suara itik nila dah ! Mane tidaknye...tawar harga dari Rp350k bole jadi Rp100k, tak ke kering tekak ?? Hehe..itulah warna-warni kehidupan di Medan ! So, sape takde skill tawar-menawar bawaklah geng yang ada skill supaya tak ditipu bulat2 !
to be continued...



Tuesday, June 2, 2009

SaYe SuDaH tUa~17 May 2009

Salam ukhuwwah,

Hari ini usiaku telah meningkat lagi 1 tahun, sudah tamatlah dalam kamus hidupku perkataan "teen", tapi tak mengapa itu hanyalah sekadar nombor kn?? yang penting jiwa tetap remaja k...thanx to all my beloved fren yang buat suprise birthday party utk saya..dalam kesibukan minggu exam pun bersusah payah nk wt suprise party ni. Terima kasih kepada gmah, meen, not, huda, ecah, zie, aina, iza, zati, fairuz dan atul !

Saturday, April 18, 2009

Jadilah Hari ini lebih BAIK dari semalam



Salam ukhuwwah,


Alhamdulillah arini adalah sedikit masa terluang untuk mengupdate blog saya, setelah beberapa malam bercekang mata mengerjakan tutorial. Arini boleh lah relax sket, apa lag terus la menatap depan laptop...dok searching sana, searching sini tetibe terjumpalah satu article nih, tajuk die "10 things you waste ". Apakah isinya?? ni lah yang saya nak kongsikan, baca lah sebagai pengajaran buat diri kita semua !


Terfikirlah sejenak ketika membacanya...memang banyak perkara lagha dan lalai yang slalu kita lakukan tapi kadang2 kita x pernah sedar sehinggalah sesuatu musibah atau apa2 berlaku kan..?? betul tak?? Ini juga satu peringatan buat diri saya yg suke sangat lalai dan alpa..sebab itu kita perlu lah saling memperingati dengan prinsip "amar ma'ruf nahi munkar".


Kalau dalam kehidupan seharian, kita tak pernah lupa kalo nk mengisi keperluan perut kita kan?? bila lapar terus cari makanan tak pernah biarkan perut kosong, ada2 je makanan yang nak disuapkan ke mulut ni, tapi pernah tak kita sedar bahawa rohani kita pun memerlukan makanan dan kelaparan?? Biasalah, kita kan manusia "Insan(pelupa)" kita selalu lupa untuk memberi makan kepada rohani kita. Kalo korang nak tau bukan tubuh je boleh jadi malnutrisi, tapi kalo rohani tak dapat zat yang cukup pun boleh jadi malnutrisi tau...mungkin lagi teruk dari malnutrisi ! JADI sebagai tuan punya jasad dan rohani..janganlah abaikan tanggungjawab untuk memberi makan...kalo tak diberi makan nanti mengamuk la dia !! Macam2 boleh jadi...


Diharap post kali ini dapat mengenyangkan rohani korang semua, Selamat membaca !




10 THINGS U WASTE ??
(Lessons from Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah)


1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it.


2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.


3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).


4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.


5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.


6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.


7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.


8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.


9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa(this world).


10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.


p/s : article diambil dari www.iluvislam.com

Wednesday, April 15, 2009

LaMa MenYePi, KinI keMbALi

Sudah sekian lama saya meninggalkan blog kesayangan saya ni tanpa ditemani dengan cerita2 di perantauan, mungkin sebab kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar atau mungkin kerana sifat malas saya yang semakin menjadi2..maklumlah dah lama tak menulis…orang kata kalo nak istiqamah dalam sesuatu perkara mesti lakukan dalam masa 40 hari berturut-turut?? Hmm..mungkin sebab diri sendiri nak menaip kt laptop ni pun amat jarang skali tu yg tak istiqamah !

Alhamdulillah malam ni diberi kelapangan waktu nak berceloteh sket sebelum melelapkan mata sambil2 melupakan stress memikirkan apakah yang bakal terjadi pada tutorial esok, nih yg tension !! memikirkan diri yang tak berkeyakinan untuk berkata2 seperti rakan-rakan yang lain, terasa diri amat lemah dan rendah diri kalo bercakap bab2 berdebat dan mengeluarkan kata2 dengan lantang di khalayak ramai, hehe..kadang2 agak jeles dengan rakan2 yg pandai bercakap, fuhh…bila dah start berkata2 sampai tak boleh nak berhenti ! Walaupun preparation sebelum tutorial sudah dibuat tapi mesti dalam bilik tutorial tu efek simpatis datang tiba2, huh..gugup dibuatnya. Takpelah, masing2 ada kelebihan mereka tersendiri. Saya yakin setiap kekurangan dan kelebihan yang Allah beri pada diri manusia itulah yang menjadi pelengkap antara satu sama lain.

Hari ni teman sebilikku baru memulakan hobi baru ni “blogging”, dia ni memang hebat bermain dengan mata pena nih, malah berkata2 pun memang power !! sape berani lawan?? Memang tak dinafikan sape yang tak kenal Iza, seorang yang peramah dan banyak mulut (heheh..jgn mare..juz kiddin ). Dengar je muqaddimah blog iza ni da tau memang budak sastera + jiwang (maklumlah dari mat jiwa). Teruskan usaha cahiyok2 ! ni yg lagi rasa rendah diri bila Tok Guru da buat blog, saya anak murid baru belajar harap beri tunjuk ajar ye..heheh.

Oklah sampai disini dulu, perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya system badan berfungsi secara normal pada esok harinya..Selamat malam, Good Night, Oyasumi kepada semua !!

“..Ya Allah ampunilah dosaku dan permudahkanlah urusanku pada hari esok..”

Saturday, February 28, 2009

SCORE LONGKANG = 1 bukan 0 ???

Hari ni adalah hari libur yang kedua !!! Keseronokkan melanda !!! sebab memang jarang skali dapat cuti yang panjang…walaupun hanya 2 hari liburan, tapi amat bermakna bagi kami student2 medic USU…rancangan kami seterusnya adalah bermain bowling di YUKI simpang Raya !!! Perlawanan antara 2 kumpulan “cewek” dan 2 kumpulan “cowok”. Saya digandingkan dengan Fairuz dan Radhiah, lebih kurang 3 jam kami menghabiskan 2 set game…macam2 kejadian aneh berlaku sepanjang game…nk tau apa?? Saya score 1 walaupun bola tu lalu ikut longkang…aneh tapi benar !!!...itulah rahsia kejayaan saya..sape nk menuntut dari saya ?? haha…








Misi seterusnya ke M-Walk, kami ke sana dengan menaiki becak…itulah pengangkutan awam yang biasa kami gunakan sepanjang keberadaan kami di Negara Republik Indonesia ini…disebabkan 2 becak kami naiki…kami berkonvoi…siap berposing2 lagi on da way ke M-Walk...macam pelancong pula…keadaanku yang hampir kepada hypoglycemia (kandungan gula dalam darah berkurang) menyebabkan ku terus mengatur langkahku menuju ke tempat makan untuk mengembalikan keadaan homeostasis tubuhku..haha..mode medic student plak dah...takpela..”practice make perfect” sebagai persediaan untuk menjadi dokter yang berkaliber pada masa akan datang, terutamanya kepada semua pelajar ACMS yang diterapkan dengan Visi “ be a safe doctor”.

Friday, February 27, 2009

sEoUL gARdeN…Korea ??


Salam semua sahabat2ku..!!!

Pejam celik pejam celik..akhirnya exam blok control system telah pun berakhir…setelah 3 hari sibuk berpenat lelah dengan persediaan exam…sekarang saya hanya dapat berdoa dan bertawakkal kepadaNya…walau apa pun result yg saya dapat hujung semester ni saya kena terima dengan redha, apa yang penting saya telah berusaha !!

Pada petang harinya…kami bersiap2 untuk keluar makan di Seoul Garden..dimanakah ia?? Korea?? Tak lah... Nampaknya tak perlu bayar tambang beribu-ribu ringgit Malaysia tapi ribu rupiah je untuk makan makanan ala korea, kat Indonesia semua jenis makanan ada, dari masakan Jawa sampailah makanan jenis apa…sebut sahaja...tak payah susah2 nak ke Korea…hanya dengan membayar pak becak rp 20 000 dah boleh ke Sun Plaza untuk menikmati hidangan ala2 korea nih. Menu utama kat sini adalah stim boat, oOOoo macam ni rupanya makan stim boat…maklumlah baru first time makan…terima kasehlah pada orang yang membelanja saya pada hari tu…semua makanan yang dihidangkan mentah2…sebab kena stim sendiri !!! kadang-kala tertanya2 kenapa diberi nama “stim boat” ?? stim dalam boat ka?? mengikut teori saya..tempat nak stim makanan macam ala2 bentuk boat la agaknya…hehe..”cik jah wat pala” bak kata iza..malam tu memang la kami mengisi perut sepenuh mungkin…kalo boleh kene berbaloi dengan harga yang dibayar. Makan puas2..dari hidangan utama sampailah dessert semua kami sapu je..perut pun agaknya kalau boleh menjerit...dah menjerit da..tak larat nak proses bermacam2 makanan yang masuk dalam perut tu..itulah kami kalau bab makan tak tolak tepi !! so, siapa2 nak belanja kami makan boleh la ye..hmm..tak lupa kepada sahabat2 yang amat disayangi (Zati, Fai & Rod) sebab sudi join skali ke Seoul Garden, jasa kalianku kenang !! ..