Pages

Saturday, April 16, 2011

Saat Lafaz Sakinah


Salam ukhuwah,

PROMOSI (KUSUS PRA-PERNIKAHAN BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MEDAN)

Pendaftaran untuk kursus pra-pernikahan telah dibuka. sila daftarkan nama anda kepada AJK2 yang bertugas sebelum terlambat. Bersyukur, kursus yang dulu telah tertangguh dapat diteruskan pada tahun ini. Harap segalanya berjalan lancar. Kepada AJK Badan Kebajikan dan Kerohanian (BADAR-PKPMI CM)selamat bertugas =) (selaku panitia dana&sumbangan, saya memohon mana2 pihak yang ingin memberi sumbangan bagi program kami..amat dialu-alukan)
maklumat terkini mengenai kursus ini akan diberitahu melalui Facebook rasmi BADAR PKPMI-CM.

Alhamdulillah sudah ramai sahabat-sahabat yang telah mendirikan baitul muslim, TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU ! Walaupun banyak majlis mereka yang tak dapat saya hadiri, hanya dapat berdoa semoga mereka semua berbahagia dan sentiasa dibawah RahmatNya. Bentuklah keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. Selamat Menjalankan Amanah & Tanggungjawab bersama dengan sebaiknya.

Bagi mereka yang belum bertemu jodoh? sentiasalah berdoa supaya ditemukan dengan seseorang yang dapat membimbing dan membawa pasangannya ke syurga. “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]



Khas buat sahabat-sahabat yang telah dan bakal mendirikan rumah tangga...


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Ulang Chorus
(Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East)

Thursday, March 31, 2011

6 in 1

Assalamualaikum,

Tajuk entri seperti nak bercerita mengenai makanan instan pula? Ini bukan promosi makanan instan ye, ini hanya berkisar cerita saya dan bukan diri anda.Sangat tidak digalakkan anda semua untuk ambil makanan cepat saji ni, banyak bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan. Harap maklum (pesanan daripada Dr.Khadijah pakar nutrisi anda =p). MSG oh MSG, tiba-tiba teringat yang saya sedang membuat penelitian mengenai bahan itu.

Cuti selepas exam final blok Brain&Mind digunakan sebaiknya, walaupun waktu singkat tetapi digunakan sebaik dan sepadat mungkin. Itulah sebabnya munculnya idea tajuk entri 6 in 1.

**********

Visa B

Plan utama adalah ke kedutaan Republik Indonesia di Jalan Tun Razak awal-awal pagi untuk antri nomor(beratur ambil nombor).Tapi sampai jam 10 juga, trafik jam di KL memang tak dapat dielakkan =_= . Dari luar pagar dah dapat feel berada Indonesia, suasana sesak dengan manusia di ruangan kedutaan. Sedia maklum, negara mereka mempunyai populasi manusia yang ramai. Nyaris-nyaris visa saya tak boleh siap harini, waktu giliran nombor saya dipanggil jam tepat jam 12, kalau ikutkan memang tak boleh lepas, apa lagi fikir plan B à senyuman paling menawan. Ok, boleh ambil visa pukul 4 ye dik..=) Akak memang paling baiklah !

**********

Kamu Reject saya?

Sampai hati ! Kali ke-5 mencuba nasib untuk naik skybridge KLCC, tapi tetap tak ada rezeki. “Tiket Habis”, pergi waktu pagi petang sama je. Tak apa saya tak mudah mengalah, tunggu dan lihat bila saya akan tawan kamu. Jadi, untuk membuang masa sementara menunggu pukul 4 ptg, berlegar-legarlah kami berempat sambil mencari spot yang menarik. Jadi photographer amatur.

abang-abang photographer ketawa lihat gelagat photographer amatur, nice pose !


**********

Bukit sentosa

Dapat call dari seorang makcik ni, “nak pergi Bukit Sentosa teman makcik tak?“, terus jawab “boleh” Harini memang tak plan apa-apa, dirumah pun tiada siapa, ikutlah. On the way, singgah beli Putu Bambu World(makcik ni cakap memang popular kat area sini), makan time panas-panas sedap. Bukit sentosa ni rupanya rumah lama makcik tu, angkut barang-barang sebab dia nak pindah semula ke situ rupanya.

**********

Doktor “Kecik”

No 24B, Jalan 11, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

(Untuk temujanji rawatan hubungi 0133999230/0133330335)

Hmm...gelaran “dr.kecik” ni saya dapat daripada seorang packcik waktu saya menjaga Klinik Homeopathy Keluarga Selayang. Takde lah comel sangat saya ni, Huhu…nak kena minum enfagrow banyak2..boleh ke? Umur dah max untuk pertumbuhan =( .

Alhamdulillah impian kami sekeluarga nak buka klinik dah tercapai, semoga kami dapat membantu masyarakat yang memerlukan. Masa cuti ini lah dapat digunakan untuk bantu parent jaga klinik. Selama di klinik, tak ramai sangat yang masuk untuk mendapatkan rawatan. Mungkin masih peringkat awal, belum lagi mendapat sambungan hangat atau mungkin masyarakat Malaysia masih kurang tahu mengenai rawatan alternative Homeopathy? Untuk tahu lebih lanjut boleh baca maklumat disini

Semangat nak buat pemeriksaan tekanan darah percuma kalau ada pesakit masuk, konon-konon nak practical apa yang dibelajarkan, tapi tak ada pula pesakit nak cek BP.

**********

Apple of my eye

Malam ni dapat bermain dengan si comel Amni, tapi biasalah mula-mula sampai buat sombong dengan mak su dia Huhu…sekarang dah besar lasak, pandai memanjat-manjat dan sangat suka makan. Waktu makan buah mangga, pandai Amni buat muka senyum tersipu-sipu, ada maksud la tu, ni yang buat maksu cair. Tak jadi merajuk dengan Amni.

**********

KL Tower

1 hari sebelum balik ke Medan, macam-macam makanan teringat nak makan. Set date dengan mak dan ayah, “jom Lunch kat tempat special, I’ll treat u both ”,Teringat KL Tower ada restoran berputar, ini lah kali kedua saya menjejakkan kaki di KL Tower. Dulu pernah ke sana waktu zaman-zaman muda, tapi hanya sampai di bahagian tinjauan sahaja untuk pertandingan melukis. Tak menang, tapi dapat pengalaman masuk pertandingan yang grand! Suka..suka..

Restoran Seri Angkasa, makan sambil berputar dan dapat lihat pemandangan seluruh kota raya Kuala Lumpur. Makanan kat sini memang banyak pilihan (Menu Continental), tapi not preferred untuk kali kedua (Untuk 1st time tak apa lah..dapat naik tower, rugi kalau tak pernah naik bangunan tertinggi di Negara sendiri, kalau di Overseas mesti sibuk nak naik kan? Bangga jadi Anak Malaysia!). Masa Lunch 12pm-3pm, tapi sampai sana dah pukul 1.15pm, makan kena laju-laju memang tak best, tak sempat menikmati.


Saranan kepada Chef-chef disana : perlu tingkatkan rasa makanan sama seperti di tempat asal. Tak perlu rakyat Malaysia pergi jauh-jauh. Nasi Briyani Dubai masih tak dapat ditanding.

Berputar kepala makan di restoran Berputar. +_+ taktik tak bagi makan banyak ea?

Word of the day dari salah seorang pekerja restoran…

“Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan dalam senyuman”

**********

Nak pack barang balik Medan hari ini ! Semangat Baru, safe journey to me !

Tuesday, March 15, 2011

Surat untuk Awak

Salam sayang untuk awak.

Awak,

Sebelum itu saya ingin menyatakan bahawa saya sangat sayang awak. Mereka pun sangat sayangkan awak. Kami tak pernah berasa tidak senang apabila dipertemukan dengan awak. Maaf, mungkin pada mulanya kami agak takut untuk mendekati diri awak. Yelah, awak seperti tidak mengendahkan kami. Seperti tidak mahu bergaul dengan kami yang tidak up to date macam awak ni.

Rupa-rupanya kami juga salah, sebenarnya awak yang malu untuk mendekati kami. Kata awak kami ni terlalu baik, dan awak juga kata bahawa kami ni tak macam awak. Apabila awak berkata begitu, terasa ada percikan api di hati. Bukan percikan api kerana marahkan awak tetapi marahkan diri sendiri. Kami sangat bersalah, kami sepatutnya menegur awak dari mula lagi. Maafkan kami, kami bukanlah yang terbaik tetapi kami akan cuba jadi yang terbaik untuk awak dan yang lain-lain.

Semasa awak mengadu tentang sesuatu, saya cuba mendengarnya. Saya ingin menyelami hati awak. Sebenarnya awak juga baik. Mungkin benar, pengaruh kawan itu penting. Sekiranya kita berkawan dengan orang yang mengajak kita kepada kemungkaran, kita pasti akan terjebak sehingga melupakan-Nya. Itu tandanya iman kita masih belum kuat.

Awak,

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:" Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu."(al-Bukhari)

01.Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.

02.Solat merupakan tiang agama. Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna dia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna dia telah meruntuhkan agamanya.

03.Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.

04.Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha' solatnya yang tertinggal itu.

Saya takut bila awak meninggalkan solat, sedangkan awak sendiri tahu jika meninggalkan salah satu sudah dikira bukan Islam lagi. Jangan malu untuk berubah! Pedulikan kata kawan 'syaitan' awak. Saya masih ingat lagi sewaktu awak menghantar saya ke stesen LRT, saya sudah berjanji di dalam hati ingin berterus terang dengan awak. Ingin sangat saya meluahkan secara berdepan dengan ayat yang tidak berkias. Saya rasa apa yang saya lakukan sebelum ini tidak menjadi kerana setiap kali saya menegur awak secara selingan mungkin tidak memberi apa-apa makna.

Saya juga masih mempunyai kelemahan dalam diri sendiri. Saya juga masih ketinggalan di dalam bab-bab agama, tetapi Alhamdulillah bab yang wajib tak pernah saya tinggalkan. Awak, saya mungkir janji! Saya tidak dapat mengucapkan perkataan itu secara bersemuka dengan awak. Saya sangat tidak berdaya, apakah saya tidak mampu melakukan 'Amar Maaruf, Nahi Mungkar' kepada kawan sendiri. Saya selalu gagal bila ia berkaitan dengan kawan.

Akhirnya, bila tiba di rumah barulah saya meluahkannya secara direct tetapi itupun menerusi telefon bimbit. Awak seperti mengubah topik lain, saya semakin takut. Takut awak akan terasa, tetapi ia adalah untuk kebaikan awak juga. Saya sangat sayangkan awak. Saya tidak mahu awak lalai sehingga melupakan DIA. Awak sebenarnya sangat baik sebab awak ada kesedaran dan tak pernah lari untuk semakin merapati kami.

Kata sahabat saya yang jauh lebih berilmu daripada saya, awak mungkin diberikan hidayah daripada Allah untuk berubah. Dan kami adalah orang-orang yang dipilih-Nya untuk mendekati awak. Kami tidak boleh meninggalkan awak. Kami tidak boleh tidak memperdulikan awak walau sedikit pun. Saya respect dengan sahabat saya itu. Awak, sekiranya awak membaca surat ini saya percaya awak mengerti maksudnya.

Yang Benar,

Kami yang sangat sayangkan awak.



sumber: iluvislam

Sunday, March 6, 2011

Kita orang Asing

Assalamualaikum,

Bismillah...

Alhamdulillah harini telah selesai satu tugas yang dipertanggungjawab kepada kami. Terima kasih pada sahabat yang sentiasa bergerak bersama seiring dan selangkah. Tanpa ikatan ukhuwah yang terjalin erat mungkin kita akan rasa keseorangan duduk bersendirian, kadang tersungkur dan hanyut tanpa arah. Memang nikmat UKHUWAH tak akan kita dapat jika kita memilih untuk bersendiri. Itu pilihan kita !

Terima kasih semua yang bertungkus-lumus dan pada senior-senior, teman seperjuangan dan adik-adik yang hadir. LOVE U ALL

===========================================


Kita adalah orang asing kalau kita pergi travel ke sesuatu tempat yang lain budaya, lain cuaca, lain susana dari yang kebiasaan. betul tak? Begitulah situasinya kita didunia sebagai orang asing atau traveller sahaja. Singgah sebentar dan kembali ke tempat asal.

"Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau pengembara"...."Jika kamu berada di petang hari, jangan tunggu pagi..." (Hadith ke 40, HR Bukhari)

Apa ciri-ciri pada seorang traveller?

hmm...kalau mengikut pengalaman, nak pergi tempat orang mestilah bawa banyak bekalan (pakaian,makanan,toiletries, peta,ubat etc), searching google untuk tahu tentang tempat itu(peta, pengangkutan, tempat untuk dilawati), persiapan yang lengkap lah untuk pergi ke tempat yang kita sendiri tak tahu apa yang bakal dihadapi dan berharap perjalanan lancar semasa di sana. Lagi? mesti berdikari dan jangan malu untuk bertanya, kalau tidak sesat nanti. Bila balik mesti beli souvenir untuk orang yang diingati.

travel around the world boleh. Niat kerana Allah. Ambil pengajaran

Jadi kalau kita didunia sebagai traveller, apa persiapan kita lakukan untuk menuju Akhirat? Pertanyaan keluar dari kakak naqibah. Huh, kena pada batang hidung sendiri. terasa diri memang tak bersungguh untuk persiapan ke SANA. Tak seperti persiapan nak pergi holiday planning awal-awal dengan cermat dan teliti =p .

Sepatutnya kena lebih, bukankah begitu? (Muhasabah diri)



Ciri-ciri Traveller

Didunia

Tempat asing

Berhati-hati

Memelihara diri dari pengaruh negatif

Memelihara dari ancaman orang tak dikenali

Mempunyai Bekalan

Amalan soleh

Pakaian, makanan, ubatan

Berdikari

Tiada tempat bergantung selain Tawakal kepada Allah

Tiada yang mengenali dan seorang diri

Prioriti

Memilih apa yang penting dan berfaedah untuk dilakukan.

Melawat tempat-tempat menarik (attraction places)

Mempunyai Alat mencapai tujuan

Semua bidang atau perkara yang dilakukan kerana Allah

Kapal terbang, bas, feri

Tempat kembali

Akhirat, bertemu Allah

Rumah, bertemu keluarga

Souvenir

Sumbangan untuk Allah

Hadiah, buah tangan



"Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau pengembara"...."Jika kamu berada di petang hari, jangan tunggu pagi..." (Hadith ke 40, HR Bukhari)


Kalau travel di tempat paling best yang memang dah lama di idam-idam kan, mesti kita akan usahakan jadual travelling pack dengan pergi ke tempat-tempat yang wajib pergi kan? seboleh-bolehnya setiap saat, minit, jam dan hari dipenuhkan dengan aktiviti. Kalau boleh tak nak tidur atau rehat sebentar, sebab nak hargai masa-masa berharga di tempat itu. Ye lah, dah la bayar mahal, peluang sekali seumur hidup, mungkin pernah kita listkan sebagai my dream place dalam diary waktu kecil-kecil dulu? (macam berpengalaman je...) takkan kita nak sia-sia kan begitu sahaja.

Point disini. Kehidupan didunia ni pun singkat sama seperti kita travelling. stay beberapa hari dan kembali ke tempat masing-masing. Kalau hidup di dunia kita akan kembali padaNya juga. Jadilah kita seorang yang memanfaatkan untuk diri sendiri dan bermanfaat untuk orang lain. Sentiasa tanya bagaimana usia kita digunakan?



Sultan Muhammad Al-Fateh tawan constantinople usia 23 tahun. Saya usia 22 tawan nafsu sendiri pun belum tentu...hmm..(>.<)



p/s: mood balik malaysia dah start, yeay~ (AK 455 7/3/2011, 5.55pm)

Wednesday, March 2, 2011

Chocoholics~

Bismillah.

Bila study waktu matahari tegak atas kepala, mula lah mata terasa seperti dihempap batu, perut pula berkeroncong membuat lagu. Petanda saya perlukan stimulant untuk teruskan study. Terus melangkah pergi ke peti ajaib, cari-cari sesuatu yang boleh dijadikan stimulant. Nampak sesuatu yang menarik Cadbury Bournville fine dark chocolate. Baru teringat tak makan lagi coklat yang diberi kawan saya. Terima kasih kepada yang memberinya, tahu-tahu saja saya ni chocoholics. Memang perlu simpanan coklat untuk waktu-waktu darurat sebegini.

Buka-buka je pembalut coklat ni terus dapat pesanan penaja~Cadbury bagi Tips untuk menikmati Dark Chocolate ni..

Silakan baca~

1.Fine dark chocolate delivers a unique experience. So, before you taste your Bournville, take a moment to savour its rich aroma. This will help heighten your appreciation of the flavour.

2.Take a bite. A small one.

3.Focus on the bouquet of flavours as the chocolate melts on your tongue. Note the texture, the feel of it. Take your time. Afine dark chocolate is not something you hurry.

4.Take a deep breath.

5.Continue to savour bit by bit, taking time to enjoy the rich cocoa taste that is distinctively Cadbury Bournville.


Dah tau kan cara nak menghayati coklat...? apa lagi, jom makan~

Berharap setelah dapat stimulant(coklat) kadar Norepinephrine, dopamine dan serotonin yang imbalance tadi jadi homeostasis(seimbang) semula !


Disini mungkin dapat menambah ilmu dan memperkaya pengetahuan...


F.A.K.T.A C.O.K.L.A.T :

1. Gelombang theta didalam otak meningkat saat kita menghidu bau coklat. Aktiviti gelombang ini selalu dapat dilihat pada orang yang sedang relax atau tidur.

*coklat dapat menyebabkan seseorang rasa tenang.

2.Coklat meningkatkan kadar neurotransmitter serotonin dan dopamine didalam otak. Bahan ini dapat meningkatkan rasa gembira dan senang.

*coklat dapat buat kita happy dan anti-stress

3.Bahan didalam coklat mengandung Tryptophan(dapat meningkatkan serotonin) dan phenylethylalamine(bertindak sebagai neurotransmitter didalam otak) yang dapat membuat seseorang gembira, berfikiran positif, senang hati dan lebih fokus.

*coklat dapat tingkatkan konsentrasi

4.Coklat juga mengandung anti-oksidan, penting untuk pertahanan didalam tubuh. membuat seseorang lebih sihat.

p/s : Entri kali ini ada unsur-unsur Blok Brain&Mind, jika ada penggunaan ayat yang tak dapat difahami sila klik link di setiap tulisan untuk memudahkan kamu semua =)

maklumat diambil dan diolah dari :

ArticlesBase.com, http://serendip.brynmawr.edu/bb/neuro/neuro04/web1/kcoveleskie.html

Monday, February 14, 2011

K.T.I

Assalamualaikum semua...

Sebelum baca entri kali ni, mari saya ajar "Words of the day", tak lah timbul miscommunication.

DOPING= Dosen Pembimbing
KTI=Karya Tulis Ilmiah @ Thesis @ Research
Pharmacology=Ilmu tentang ubat-ubatan
THT=Tenggorokan Hidung Telinga @ ENT (Ear Nose Throat)
Parasitology=Ilmu Kaji parasit
Anatomy=Ilmu kaji struktur tubuh manusia
Gizi : Ilmu Nutrisi Makanan
Homeopathy= klik sini

Sekarang ni sebagai "senior" tahun akhir (tahun akhir untuk teori je =p, ada 2 tahun lagi baru betul2 super senior, can't wait !), kehidupan tak sesibuk macam tahun pertama dan tahun kedua, dulu kelas dari pagi sampai petang, sekarang kelas pun 2-3 jam sehari, makalah, laporan lab, lukis-lukis sel(histologi) semua dah tak perlu fikir lagi, yang ada cuma skill lab je.
BAHAGIA-nya hidup sebagai senior =)

Tapi, bila senarai nama doping KTI dah keluar, baru lah life sibuk senior yang sebenarnya dirasakan, kelam-kabut nak kena jumpa doping, fikir tajuk KTI, proposal dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, saya dapat doping dan department yang best untuk KTI. Prof.Dr.Aznan Lelo dan Pharmacology. memang sangat sinonim. Mungkin skop penelitian saya jadi lebih luas untuk penelitian berbanding dengan department-department lain yang hanya spesifik untuk penyakit tertentu seperti THT, parasitology, anatomy, gizi etc.

Teruja nak research mengenai 2 bidang yang telah saya ceburi Complementary Medicine (Homeopathy) Vs Modern Medicine. Harap dapat berguna untuk masa depan saya sebagai Muslim Doctor merawat pesakit-pesakit. (Moto : Benefits and less harm)

Pertemuan pertama dengan doping asyik tertangguh. Maklumlah doping kami orang hebat dan sibuk, jadi selalu pergi ke kongres atau seminar luar negara. Dah set temu janji Rabu 16 Feb 2011. Moga urusan kami sekumpulan dipermudah untuk jumpa beliau.


Straigt to the point -_-

sebenarnya nak minta tolong sahabat-sahabat yang ada idea-idea brilliant, sumbangkan lah sikit idea-idea tajuk yang sesuai apa yang boleh saya buat untuk KTI nanti? sila berikan idea anda melalui comment /chatbox blog /FB...Terima kasih jika sudi membantu.

idea hebat + idea hebat = idea sangat hebat
idea hebat+idea hebat+idea hebat+idea hebat= idea supeerrr hebat



Monday, February 7, 2011

Pesanan untuk pemuda-pemuda di luar sana

petikan diambil dari khutbah jumaat


Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat.

Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!”

Salah seorang daripada mereka berkata,

“impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”


Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!”

Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”


‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!”

Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”


Lalu ‘Umar berkata,

“harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah,

agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”


Benar.


Semoga Allah mencucurkan redha dan rahmat-Nya kepada ‘Umar. Beliau sesungguhnya tahu apakah sebenarnya tunggak sebuah tamadun, bagaimana misi yang besar boleh Berjaya dan bagaimanakah ummah yang mati boleh dibangkitkan semula.


Walaupun sebuah negara dengan wawasannya memerlukan sumber untuk berjaya, mereka terlebih dahulu memerlukan manusia yang merancang dan menguruskan sumber-sumber itu. Malah di antara segala keperluan sebuah negara, keperluan tertinggi ialah pada lelaki-lelaki sejati, tunggak ummah berdiri.


Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya lelaki-lelaki tulen itu amat sukar untuk dicari, sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata. Kerana itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:


“Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh.”

[Hadith riwayat al-Bukhari]

Sejarah membuktikannya.

Catatan-catatan hebat di sepanjang sejarah itu berlaku bukan ketika umat bertemu permata berharga yang tidak pernah ditemui sebelumnya. Tetapi umat akan mencapai kegemilangan seiringian dengan kemunculan manusia-manusia hebat seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih pembebas Constantinople.


Impian ‘Umar al-Khattab itu adalah sebenar-benar impian yang juga diimpikan oleh lelaki tulen yang hebat sepertinya.


Sidang Jamaah rahimakumullaah,

Lelaki tulen yang bagaimanakah yang kita impikan?

Apakah yang bermisai lintang atau muka dihias jambang?

Pelanggan tongkat ali atau penagih kopi keras malam dan siang?


Jika itulah ukuran ketulenan seorang lelaki, kita sudah memiliki cukup ramai lelaki yang sedemikian itu.

Sesungguhnya kehebatan seorang lelaki, tidaklah ditentukan oleh usia. Di sana terdapat ramai sahaja lelaki yang berusia 60 tahun tetapi memiliki jiwa dan pemikiran berusia 6 tahun. Mereka ini masih tenggelam dalam keseronokan dan hal-hal yang tidak bermakna dalam hidup ini. Sebagaimana mereka begitu mudah dirangsang keseronokan, begitu jugalah mereka ini begitu mudah dikalahkan oleh ujian. Sedikit cubaan hidup menumbangkan kekuatan dirinya.

Mereka ini tidak lebih daripada sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh manusia dewsa.


Sedangkan di satu sudut yang lain, kita bertemu dengan orang muda yang kata-katanya, tingkah lakunya dan pemikirannya menyerlahkan kematangan dan kejantanan hakiki.


Di dalam satu peristiwa, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu telah lalu berdekatan dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain. Mereka bertempiaran lari semasa melihat kelibat ‘Umar kecuali seorang iaitu ‘Abdullah Ibn al-Zubayr radhiyallaahu ‘anhu. Lalu ‘Umar bertanya kepadanya, “mengapakah kamu tidak lari bersama kawan-kawanmu?” Beliau berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk aku takut kepadamu dan jalan ini juga tidak sempit. Ruang yang ada cukup untuk engkau lalu!”


Begitu juga di dalam suatu peristiwa, seorang anak remaja masuk ke istana mengadap salah seorang Khalifah Bani Umayyah, untuk bercakap mewakili kaum kabilahnya. Khalifah berkata, “carikan lelaki yang lebih dewasa untuk mewakili kaummu!” Budak lelaki itu berkata, “wahai Amir al-Mu’minin, seandainya kepimpinan ditentukan oleh faktor usia, maka di sana ada lebih ramai orang lain yang layak menjadi Khalifah selain engkau.”


Ini adalah sebahagian daripada catatan sejarah yang memaparkan tentang kualiti jati diri dan kejantanan sebenar yang ditonjolkan oleh manusia yang hebat biar pun pada usia yang masih muda.


Sesungguhnya ketokohan seseorang itu tidak pernah ditentukan semata-mata oleh tubuh yang besar dan sasa.

Allah SWT mengungkapkan tentang perspektif orang-orang Munafiq di dalam firman-Nya:


“Apabila engkau melihat mereka, engkau akan berasa takjub dengan penampilan tubuh badan mereka”

[al-Munafiqun : 4]

Abdullah ibn Ubai ibn Salul, ketua kaum Munafiq ini mempunyai tubuh badan yang hebat dan berpakaian dengan pakaian yang mengagumkan. Beliau dan kaumnya berasa bahawa penampilan itu mampu menyembunyikan kejelekan diri mereka yang sebenar.

Tetapi di dalam sambungan ayat ini, Allah memberikan ungkapan yang sangat tepat tentang hakikat mereka ini:


“Sedangkan mereka itu tidak ubah seperti kayu reput yang tersandar di dinding”

(Al-Munaafiqoon: 4)

Ada manusia yang tersalah memandang, menyangkakan bahawa kayu itulah yang menampung tegaknya dinding. Hakikatnya kayu itu langsung tidak mempunyai sebarang makna. Tersandar menunggu reput dimamah hari.


Di dalam sepotong hadith Sahih yang lain, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“seorang lelaki berdosa yang bertubuh sasa di dalam hidup, tidak mempunyai sebarang nilai pada timbangan Akhirat walaupun pada kadar seekor nyamuk.”

Lalu Baginda membacakan firman Allah:


“ Mereka orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang nilai di Akhirat nanti pada timbangannya”

[al-Kahf : 105]

‘Abdullah ibn Mas’oud merupakan seorang lelaki yang ‘dhaif pada tubuh badan. Pada suatu hari salah satu kakinya tersingkap hingga kelihatan betapa kurusnya kaki itu. Sebahagian sahabat yang melihatnya ketawa. Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Kamu mentertawakan kakinya yang kurus, tetapi aku bersumpah demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kaki-kaki itu lebih berat di Akhirat nanti berbanding Gunung Uhud!”


Sidang Jemaah sekalian,

Usaha untuk melahirkan manusia yang memiliki jati diri sejati di era ini adalah suatu cabaran yang sangat besar. Setiap anak yang lahir, mereka memiliki fitrah dan potensi yang sama. Akan tetapi ramai yang terjebak ke kancah kesilapan apabila membiarkan kemewahan dan kesenangan hidup merosakkan potensi ini hingga menjejaskan personaliti mereka.


Kembali kepada persoalan utama, apakah tindak tanduk kita yang membunuh potensi itu, dan apakah tindak tanduk kita yang boleh membangunkan potensi berkenaan?

Di mimbar Jumaat ini, kita rumuskan beberapa amalan yang terdapat di dalam Islam, khusus untuk membina jati diri anak-anak kita agar mereka membesar dengan nilai peribadi dan kematangan yang optimum:


Pertama: Gelaran

Di dalam Sunnah, banyak dipaparkan contoh bagaimana anak-anak diberikan gelaran Abu oleh Rasulullah sallaahu ‘alayhi wa sallam.

Biar pun kanak-kanak ini masih kecil, tetapi gelaran Abu itu menyuntik nilai kedewasaan pada anak-anak ini.

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana beliau mempunyai seorang adik yang masih kecil, baru sahaja belajar menjamah makanan pejal. Dia digelar Abu ‘Umair.


Apabila adiknya ini ada bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam akan berkata,

“Wahai Abu ‘Umair, apa yang Nughair sedang lakukan?” (Nughair itu adalah seekor burung kecil yang sering menjadi permainan Abu ‘Umair itu).

[Hadith riwayat al-Bukhari]


Di dalam amalan kita yang mungkin penggunaan gelaran Abu atau Ummu itu agak janggal, terdapat amalan yang biasa dilakukan dengan motif yang sama. Anak-anak diberikan gelaran Abang Long atau Yop, Uda, Alang dan lain-lain, yang mana penggunaan gelaran ini kepada anak-anak membantu mereka untuk cepat berasa dewasa dengan sifat keabangan dan tanggungjawab.


Amalan seperti ini harus diteruskan dan hindarkanlah memberi gelaran yang membantutkan rasa kedewasaan anak-anak ini seperti Anje, Bucu, Boboi atau Adik kepada anak yang sudah sepatutnya dewasa dan menggalas tanggungjawab kehidupan.


Kedua: Membawa Anak-anak ke Majlis Orang Dewasa

Amalan ini juga membantu mendedahkan anak-anak kepada alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka. Ini merupakan amalan Sahabat-sahabat Nabi. Mereka sering membawa anak untuk hadir bersama di dalam majlis mereka bersama dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


Muawiyah ibn Qarrah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam apabila duduk bersama para sahabat, setiap seorang mereka akan membawa anak masing-masing yang mana anak-anak itu akan berdiri di belakang bapa mereka, lalu si bapa akan mendudukkan si anak di hadapannya.

[Hadith riwayat al-Nasaa’ie]


Di dalam kehidupan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan para Sahabat, kehadiran anak-anak di dalam majlis mereka tidak pernah dianggap sebagai gangguan, malah anak-anak itu dibawa oleh ibu bapa dengan matlamat yang sama, mendedahkan anak dengan majlis orang dewasa untuk mendewasakan mereka.


Ketiga: Mengiktiraf Anak-anak di Khalayak

Sahl ibn Sa’id menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam satu majlis, baginda dibawakan cawan untuk minum.

Di kanan baginda ada seorang kanak-kanak manakala yang dewasa berada di sebelah kiri.


Selepas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam minum, baginda bertanya kepada kanak-kanak itu,

“apakah kamu benarkan aku beri cawan ini kepada orang-orang dewasa sebelum aku berikannya kepada kamu?”


Kanak-kanak itu menjawab,

“aku tidak akan mengalah dengan hakku untuk minum sejurus selepasmu.”


Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan cawan itu kepadanya.

[Hadith riwayat al-Bukhari]


Kita sebagai ibu bapa dan orang yang dewasa harus menggalakkan perbuatan-perbuatan seperti ini, melayan anak-anak ini sesekali sebagai manusia dewasa untuk menimbulkan rasa tinggi harga diri pada diri mereka.


Di dalam sebuah hadith, Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam melalui sekumpulan kanak-kanak lalu baginda memberi salam kepada mereka.

[Hadith riwayat Muslim]


Jangan sekali-kali memalukan anak-anak dengan memarahi atau menghina mereka di hadapan orang ramai kerana ia akan membunuh keyakinan diri dan menimbulkan dendam yang merosakkan emosi. Anak-anak, biar pun pada usia yang kecil sudah mempunyai harga diri yang mesti dihargai, khususnya oleh ibu bapa mereka sendiri.


Keempat: Mengajar Mereka Sukan Lasak

Abu Umamah ibn Sahl radhiyallaahu ‘anhu meriwayatkan

bahawa ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu menulis kepada Abu ‘Ubaidah al-Jarrah radhiyallaahu ‘anhu mengarahkan kepadanya,

“ajarkanlah anak-anak kamu berenang”

[riwayat Ahmad di awal Musnad 'Umar al-Khattab]


Anak-anak perlu didedahkan dengan sukan-sukan yang boleh meningkatkan semangat, kekuatan jiwa dan daya survival diri mereka.

Malah dalam kehidupan seharian, anak-anak yang lelaki harus diajar membuat kerja yang kasar sesuai dengan kemampuan mereka seperti membasuh kereta, berkebun, mengecat, bertukang dan lain-lain aktiviti di bawah matahari untuk meningkatkan kelasakan mereka.


Kelima: Menghindarkan Anak-anak Lelaki Daripada Elemen Keperempuanan

Anak-anak lelaki wajar dihindarkan daripada aktiviti-aktiviti yang lazimnya dekat dengan naluri dan jiwa perempuan.

Memakaikan anak-anak dengan pakaian yang berwarna atau bercorak seperti perempuan, memakai sutera dan barang kemas, bergelumang dengan muzik yang lembik biar pun ia nasyid dan hal-hal lain yang mengurangkan kelasakan anak-anak ini hendaklah dihindarkan


Keenam: Memberikan Tugasan dan Berkongsi Rahsia Dengan Kanak-kanak

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan,

“Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang kepadaku ketika aku sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain,

baginda memberi salam kepadaku dan menghantar aku ke suatu tugasan pendek.


Ia telah melewatkan aku pulang kepada ibu.

Apabila aku tiba di rumah, ibuku bertanya,

“apakah yang telah melewatkan kamu?”


Aku menjawab,

“Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menghantar aku ke suatu tugasan.”


Ibuku bertanya, “Tugasan apakah itu?”

Aku menjawab, “Ia adalah rahsia!”

Ibuku berkata, “jangan ceritakan rahsia Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada sesiapa”

[Hadith riwayat Muslim]


Ketujuh: Menghindarkan Anak-anak Daripada Tenggelam Dengan Kemewahan

Ibu bapa biar pun berada dan hidup mewah,

mestilah mengenakan beberapa kesusahan kepada anak-anak sebagai latihan untuk membentuk jati diri mereka. Jika anak mahukan basikal,

biar pun ibu bapa mampu membelikannya, anak wajar disuruh mengumpul duit sendiri agar mereka belajar menghargainya dan belajar berusaha.

‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu pernah berkata,


“Kuatkan semangat. Kesenangan dan kemewahan tidak kekal selama-lamanya”

Demikianlah sebahagian daripada pendekatan Islam dalam mendidik anak-anak agar mereka membesar dengan jati diri dan nilai kejantanan yang besar.

Buku seperti Pendidikan Anak-anak di Dalam Islam karangan Sheikh Abdullah Nasih ‘Ulwan dan yang seumpama dengannya harus berada di tangan ibu bapa untuk mereka membesarkan anak-anak hebat, sebagaimana Allah mengurniakan mereka di permulaan kehidupan dengan kehebatan yang sama.

Sesungguhnya masa depan ummah ini bermula daripada apa yang berlaku di setiap rumah

p/s: masih wujudkah Ar-rijal seperti Impian Umar ?

Kagum -__-