Pages

Tuesday, April 24, 2012

Hidayah

Assalamualaikum,
Banyak lagi rahsia kulit yang tak sempat dikongsikan di entri yang lalu, baru teringat dan terus nak post disini...
Tak perlu bangga dengan ilmu-ilmu manusia yang selalu mengatakan mereka lah orang pertama yang menciptakan ini dan itu, merekalah yang pertama menemukan ini dan itu. 
Hakikatnya, Al-Quran lagi advanced...semua ilmu-ilmu yang manusia baru temukan sudah diberitahu didalamnya 1400 tahun yang lalu. Beruntunglah bagi mereka yang mengkaji dan berfikir.
Kalau, kita buat revison pada gambar anatomi kulit di entri sebelum ni, reseptor sakit manusia terletak dilapisan dermis kulit. Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu). Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?
Al-Quran telah menyatakan terlebih dahulu sebelum penemuan saintis:
“Sesungguhnya orang-orang yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka, Tiap-tiap kali kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa’ 4:56)
Allah Maha Mengetahui dan tidak pernah mungkir dengan janjiNya. Mereka yang ingkar akan dicampakkan ke dalam api neraka yang kekal selama-lamanya. Rasa sakit itu akan berterusan dirasakan mereka yang diazab nanti. 
Nauzubillah.

Dengan penemuan ini, Allah telah memberi hidayah kepada seorang profesor atau pengkaji didalam bidang dermatologi, Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh. 
Hasil kajian beliau terhadap ciptaanNya telah membuat dirinya berfikir tentang kebesaran Allah dan ingin mendalami Islam yang sebenar.
Alhamdulillah.
***
Tips penjagaan Kulit dari doktor pakar:



-Pakai sabun, syampoo, bedak  atau produk yang dibuat khusus untuk bayi (sebab kurang chemicals)
-Tak perlu beli mahal-mahal cleanser, facial wash, (air paip lagi murah&meriah)
-Tak perlu kosmetik, compact powder,  maskara, blusher (banyak produk ada bahan karsinogenik dan toxic if deipakai selalu, guna baby powder je)
-Jangan pegang-pegang muka sangat, tau la hensem/cantik , tak payah nak picit-picit jerawat =p (nanti bole kena infeksi kuman dan muka ada parut)
-Jaga kebersihan diri 
-Jangan pakai sabun yang ada ubat@,medicated soap such as ********...xley sebut nanti kena saman! (medicated soap akan bunuh flora(kuman) normal di kulit kita, lagi senang kuman jahat nak serang )
" point penting ---> natural and pure "

Sekian 
Dr.Khadijah =)








Sunday, April 22, 2012

Kulit pintu utama tubuh badan

Assalamualaikum,

Berakhir sudah posting di department Dermatology, sekejap sahaja sebulan masa berlalu. Setiap pagi berdiri dan bersesak-sesak 14 orang di dalam klinik dari jam 8am-12pm observe pesakit-pesakit datang. Melihat seni dan cara doktor-doktor disini melayani dan merawat pesakit mereka dengan penuh perihatin dan tanggungjawab. Kagum.

Minggu pertama masuk, semua masih blur dengan penyakit-penyakit kulit. Semua ruam dan kelainan kat kulit tu nampak sama je...masih tidak dapat membezakan jenis-jenis penyakit kulit. Bila ditanya doktor pakar, masing-masing mengalihkan mata kesana-sini, buat-buat macam mencatat nota, sebenarnya niat nak lari dari ditanya. Tiada keyakinan bila ilmu didada kurang. So, bila balik perlulah bertungkus-lumus memperbaiki kekurangan diri, mendalami ilmu Dermatology !


Dr.Umaselvam with his students @ Klinik dermato, HTF

Minggu dua, ilmu pengetahuan dermato semakin baik, apa yang perlu kami tahu semakin terarah. Bila ditanya doktor pakar, ada laa terdengar suara-suara halus yang menjawab tapi masih ragu-ragu, Bila doktor tanya WHAT ? semua macam kerang busuk, sengih-sengih. Pre-test uji basic dermatology.

Minggu tiga, pesakit tunjuk je kulit dah boleh diagnose, walaupun tak 100% betul tapi kebanyakannya dapat menjawab dengan baik. Confident levels masing-masing juga meningkat, dengan berani menyuarakan jawapan dengan suara yang lantang. Terima kasih kepada Dr.Umaselvam (Specialist, origin India ), berusaha menjadikan setiap orang dari kami berani untuk bersuara dan bercakap lantang. Setiap hari akan ada "Talk bout", kami perlu bercerita mengenai apa-apa penyakit kulit yang kami tahu. Tak ada seorang pun yang terlepas pandang, menyorok la kat belakang kawan-kawan sebab nak elak ditanya, tapi tak mungkin terlepas, yes You ! Mid-test lebih mencabar.

Minggu empat, isnin dan selasa post-test dermatology. Setiap orang perlu cari pasien untuk present case kepada penguji, Alhamdulillah dapat case scabies. Penyakit yang umum dan biasa tengok. Bonusnya, tak sempat saya tanya banyak-banyak, pasien sendiri beritahu diagnosis penyakit, bagai bulan jatuh ke riba ! Tak perlu saya serabutkan kepala fikirkan kemungkinan penyakit apa untuk kecilkan skop diagnosis. Alhamdulillah, penguji pun tak tanya banyak.



***

Peraturan Allah itu Indah



Gambar diatas menunjukkan struktur kulit manusia

Selama satu bulan berada di department kulit, rugilah kalau kita hanya mampu mendapatkan ilmu perubatan semata-mata! Sebagai seorang Muslim yang bakal menjadi doktor, setiap pandangan dan pemerhatian perlulah menggunakan mata hati. Janganlah melihat dengan pandangan kosong, setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya. Tadabbur(menghayati) ciptaan Allah.

*berjalan, melihat dan mentafsir

Secara amnya, kulit manusia terdiri dari 3 lapisan: Epidermis, dermis dan subkutis. Kulit merupakan benteng pertahanan paling luar dalam tubuh manusia. Kulit merupakan organ manusia yang paling besar dan merupakan pintu masuk ke dalam tubuh badan manusia yang penuh misteri. 

Hebat sunggguh ciptaan Allah, pertahanan pertama ni amat penting supaya manusia tak mudah dijangkiti penyakit dengan mudah, banyak lagi proses yang berlaku di kulit ni. Kelenjar sebum yang diciptakan bertujuan mengeluarkan minyak di kulit, tujuannya supaya kulit tidak menyerap air berlebihan, mengelakkan kehilangan air dan supaya kulit tak berkedut.

Sel-sel kulit manusia akan terus menerus diganti, proses ini menyebabkan sel-sel yang telah mati berkumpul di permukaan kulit bersama dengan minyak dan bakteria di permukaan kulit, Jika tak dibersihkan, bakteria-bakteria itu akan memanipulasi bahan-bahan tersebut, menimbulkan bau badan dan jangkitan di kulit kita. 

Allah Maha mengetahui apa yang diciptakan, jadi diperintah orang-orang Islam berwuduk sebelum menunaikan solat. Wudhu' dilaksanakan dengan air suci dan anggota yang wajib dibersihkan adalah muka, tangan, kepala dan kaki.

Di dalam surah Al-Maaidah ayat 6, Allah telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;”
                                                  
                                                            Wudhu' @ Ablution


Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.” 

Dalam sehari  5 waktu solat x 3 kali basuhan =15 kali pembersihan kulit dilakukan, kalau ditambah mereka yang rajin buat solat sunat dan solat dhuha? tambah bonus lagi lah. Muka bersih =) tak perlu toner tak perlu cleanser yang mahal-mahal, air Allah ciptakan cukup sebagai pembersih muka dan pencegah jangkitan kulit.

Memang sangat banyak hubungan yang kita boleh dilihat, Allah mmenetapkan hukum adalah untuk kebaikan bagi manusia. Mungkin didalam tempoh sebulan derada di klinik kulit, masih banyak kekurangan dari diri saya untuk menafsir apa yang saya lihat.

1.Seks bebas




Terkejut melihat, kes berkaitan dengan penyakit seksual adalah dari mereka dari golongan muda-mudi, risau apabila generasi muda zaman sekarang sudah mula berjinak-jinak dengan perkara begini, bagaimana lah nanti generasi akan datang yang akan dibentuk? Sedih lagi jika kita tahu mereka beragama Islam Isu seks bebas dianggap seperti benda biasa, setiap minggu ada sahaja pesakit yang ke klinik dengan kes ini. Dimanakah salah kita? 

p/s: boyfriend, girlfriend atau tunang bukanlah tiket sah untuk melakukan itu. Kalau dah mampu tu, jangan lambat-lambatkan nikah. Kalau belum mampu, puasa banyak-banyak, ia dapat melemahkan hawa nafsu !
Janganlah kau melakukan zina atau hubungan diluar tabie jika tidak mahu dijangkiti penyakit menular Seksual (Syphilis, HIV, Gonorrhea, Condyloma Warts). 



2.Mendedahkan aurat

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, ataubapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anakmereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
[Surah An-Nur ayat 31]



kan manis bertudung?? Ustazah Amni

Benarlah perintah Allah, mengandungi banyak kebaikan. Jika kita menutup anggota tubuh, kulit dengan sebaiknya, terik matahari pun tak dapat merosakkan kulit kita. Melanin yang dihasilkan melanosit berfungsi melindungi kulit kita dari sinar UV matahari, tetapi jika sinar UV yang berlebihan, ia akan merosakkan sel melanosit itu sendiri. Bersyukurlah Kulit hitam manis maknanya dikurniakan banyak melanosit, banyak bahan pelindung dari sinaran matahari yang merbahaya. Tak perlu lah sibuk-sibuk nak cari pemutih muka yang akan menghalang proses penghasilan melanin. Anda akan berisiko terkena bahaya sinar UV.  Jadi kenapa kita dituntut menutup aurat? elak dari sinaran berlebihan lah...sayangnya Allah kat manusia, dah bagi cara nak elak perkara yang dapat membawa keburukan. Tutup aurat (pakaian tidak tipis, longgar dan menutup perhiasan) jika tidak mahu mendapat penyakit yang disebabkan sinaran matahari yang terik (Photodermatitis, kanser kulit). Pemakaian baju yang terlalu ketat juga perlu dielakkan, supaya proses pengeluaran peluh dari tubuh tidak terganggu dan supaya thermoregulasi tubuh seimbang.





Sekian,
Moga ilmu yang dikongsi mendapat manfaat dan kebaikan bersama 
sampai jumpa di entri lain.

Nota kaki:
Persiapan ke department Pulmunology & Respiratory !! 


Wednesday, March 28, 2012

Time is running


Assalamualaikum,


Gambar kenangan: Group K7 & K8 posting cardiology

Alhamdulillah saya masih diberi peluang menikmati pelbagai nikmat. Selesai posting di HSB Alor Star dengan masih memakai white coat terus berhenti Shahab perdana beli tiket bas express on the spot! Kalau bab balik rumah, decide last minute pun jadi! hehe... Cuti 3 hari pun dah rasa bersyukur untuk student clinical seperti saya, Clinical year adalah tempat untuk kami melatih diri mengurus masa dan diri sebaiknya. Keluar masuk hospital buat ward round, oncall, present case dan sebagainya. Salah satu persediaan awal sebelum masuk dunia realiti H.O? Yang membezakan kami dengan H.O mungkin tanggungjawab H.O lebih berat berbanding kami, kehadiran student klinikal di hospital hanya untuk belajar dan mencedok ilmu-ilmu dari doktor-doktor yang berpengalaman bagaimana untuk mendiagnosis dan menangani sesuatu penyakit, kalau sekarang silap diagnose pun takpe =p . H.O nanti tanggungjawab memang berat, wajib tahu diagnose dan terapi. Jangan silap!


Bergambar bersama dokotor-doktor pakar yang sentiasa memberi tunjuk ajar
Thanks to Dr. Billy & Dr.Shukor , Really Inspired !!
(Tender, Love & Care)


Hari terakhir di HSB, melawat pesakit kami yang sangat sporting.
Moga Sembuh cepat na..kami dah xmai lagi melawat makcik.

Pengalaman berada di HSB, mengasah communication skills dengan pesakit-pesakit! Kami perlu pandai sembang supaya pesakit-pesakit ni dapat menceritakan penyakit mereka dan memudahkan kerja kami untuk diagnose penyakit, tapi skills untuk me "limit" kan perbualan pun penting, kalau tak habis A-Z pesakit nak cerita...ramah-ramah mereka ni.
Pencapaian : Makin hari makin fasih loghat utagha~


***

Inilah untungnya balik rumah sekali-sekala, dapat special treat dari parents! Bagi penggemar makanan seperti saya, memang seronoklah bila mereka kata nak bawa saya makan di tempat special. Makan malam menu ala-ala Lebanese atau timur tengah. Lain kali boleh syorkan pada mereka yang nak cuba makanan timur tengah...Restoran Tarbush, Sunway Piramid. Porsi hidangan di sini memang standard orang Arab, 1 menu boleh share 2-3 orang untuk orang Asia.



\

my beloved parents...Terima kasih belanja makan sedap!
Lain kali bawa tempat special lain pulak =p

Menanti cuti yang akan datang~bila ada kesempatan dan kelapangan, muncul lah kat rumah =p


Monday, March 12, 2012

Dunia Hospital

Assalamualaikum,

Sejak beberapa minggu keluar masuk wad, pelbagai penyakit dan ragam manusia yang dapat dilihat. Tak kira Usia tua atau muda. Yang Kaya atau Miskin. Siapa-siapa sahaja boleh diuji oleh Allah. Yang segar-bugar hari ini belum tentu esok harinya masih ada untuk dia, yang dah nampak nazak dan penuh dengan wayar-wayar keliling badan, mungkin masih ada harapan dan peluang Allah bagi untuk dia. Yang masih diberi peluang hidup, harusnya isilah dengan perkara yang bermanfaat dan dapat menambah bekal disana nanti sebelum kita semua terlambat. Ajal Maut tidak mengenal usia dan siapa kita. Manusia hanya mampu berusaha dan kami sebagai doktor hanya mampu untuk membantu pesakit. Tiada siapa dapat melawan Takdir Allah.

Hari ini buat wad round...kebanyakan pesakit disini ramai dari golongan tua, sayu di hati bila tengok pakcik-pakcik ni terbaring kat katil hospital, kadang-kadang ada nurse yang terpaksa melayan kerenah mereka, tak mahu makan ubat, tak mahu di cucuk dan macam-macam alasan diberi sebab nak balik rumah cepat-cepat. Nurse janganlah marah-marah pakcik-pakcik tu...huhu...* teringat arwah atuk.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum Mati

Saturday, March 3, 2012

Jantung hati

Assalamualaikum,


"Kau lah Jantung hatiku"
(ayat sastera ni macam bercanggah je..hehe..
jantung dan hati adalah 2 organ yang berbeza didalam badan kita, sekian.)


Kita patut kagum dan bersyukur mempunyai jantung. Hanya sebesar genggaman tangan tapi mampu mempertahankan aliran darah ke seluruh tubuh anda yang berap
a kali ganda? Setiap hari ia akan berdegup 100000 kali per hari. Alhamdulillah, organ ini tercipta sangat patuh kepada suruhan Allah, kalaulah jantung ni sama seperti kita, sekejap patuh sekejap ingkar, mesti ada jantung yang nak berhenti berdegup bila dia penat.

Hadith Nabi Muhammad S.A.W ada menyebut, "ketahuilah bahwa didalam badan manusia itu terdapat seketul daging (Qolb) , sekiranya baik ia, nescaya baiklah jasad seluruhnya. Sekira buruk ia, nescaya buruklah jasad seluruhnya"


bahasa arab Qolb = jantung , secara sains memang organ jantung ini sangat penting untuk memastikan seluruh tubuh mendapat aliran darah, jantung akan mengepam darah supaya semua organ-organ tubuh yang lain dapat bekalan oksigen dan nutrisi yang cukup. Kalau jantung berhenti memberi sumber makanan, akan matilah organ-organ yang lain. Analogi dengan hadith diatas, jantung sebagai ketua(penggerak) yang mengawal organ-organ lain(orang bawahan) supaya tetap dalam keadaan baik. Kalau ketua tak menjalankan tugas dengan baik, orang bawahan akan mendapat mudharatnya . Muhasabah diri =)

***

Ceritera lain,

Kumpulan Clinical@KOAS dibahagi kepada kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri dari 7-8 orang. Alhamdulillah, kumpulan KOAS dapat dengan orang-orang yang kenal rapat dengan saya, bersemangatlah sedikit !

3 hari berturut-turut terpaksa termenung dekat hostel, orang lain dah mula sibuk dengan posting di department masing-masing, dengan ward roud, tutorial, clerk pastient dan pre-test. !
Posting pertama kumpulan kami adalah department kardiologi. Awal-awal dah bermurah hati bagi cuti yang lama, mungkin Hospital Tuanku Fauziah (HTF) ni bukan tempat rujukan bagi pasien-pasien yang mempunyai masalah jantung jadi agak sukar bagi kami untuk mendapatkan case-study. Hujung minggu baru lah kami bersempatan belajar ilmu-ilmu jantung dengan dr.Andika Sitepu sp.PJ (specialist cardiologist). Doktor ni sangat best dan smart ! 2 hari yang bermakna =)

Tamat minggu pertama.

Tugasan : cari pasien untuk follow-up dan present-case pada minggu ke-3.

Preparation : Pre-test exam next week !


ventricular tachycardia --> effect exam pre-test


mode : mencari idea untuk menghilangkan perasaan bosan menelaah kitab-kitab Qolb.


Tuesday, February 21, 2012

Gembira dan Kecewa

Assalamualaikum,

Misi nak menggantikan camera lama yang telah rosak dengan camera baru dah tercapai, sepatutnya gembira tapi ada sedikit kecewa dengan sikap manusia yang kadang-kadang tak fikirkan dosa dan pahala. Memang nampak remeh la kalau setakat letak harga tinggi supaya dapat duit lebih...tapi kena ingat sumber rezeki kita juga perlu dari sumber yang halal, jangan la menipu dan makan duit haram...nanti jadi darah daging dan peribadi pun jadi kacau-bilau...moga hamba Allah ni insaf kemudian hari.

Mungkin ini juga pengajaran buat saya, lain kali lebih berhati-hati, biarlah apa orang nak kata, cerewet, kedekut, leceh nak membeli barang?? tapi kalau bab membeli barang...hak sebagai pengguna perlu dipertimbangkan untuk membanding-bandingkan harga supaya dapat harga yang terbaik. Memang itu perkara rutin yang saya akan buat setiap kali membeli barang, especially kalau barang yang saya nak dapatkan tu sampai perlu ambil masa untuk mengumpulkan duit...huhu...biar rasa susah senang nak memiliki sesuatu tu kan? Hari ni, Allah nak bagi saya pengajaran...saya yang selalu cerewet nak beli barang, tiba-tiba harini mood untuk membanding-banding harga hilang?? macam tak percaya jugak...saya tak compare harga sebelum membeli?? (memang impossible!) haha...

Nak jadi cerita, seorang hamba Allah ni pula dikurniakan dengan kebolehan berkata-kata manis dan meyakinkan sampai lah saya terbeli camera tanpa membandingkan harga dengan kedai lain, memang TERTIPU sangat ! ingatkan harga lebih dalam RM10-50, tapi sampai RM180 ! banyak tuu...sebab sebelum ni kalau banding harga antara kedai-kedai di low yat memang tak banyak beza, yang membezakan adalah gift yang diorang bagi...jadi bila fikir macam tu saya malas nak pergi keliling low yat membandingkan harga. Itu lah akibat bila kita terlalu percaya kat orang dan bersikap sambil lewa bila membeli =( . Lain kali perlu letak kepercyaan 80% dan keragian 20% pada setiap orang kot??

Nasib baik la tergerak juga hati nak pergi tanya-tanya kat kedai lain selepas terbeli camera ni. Tapi dah tak boleh buat apa la...yang penting dapat share pengalaman dengan sahabat-sahabat supaya berhati-hati semasa membeli ! Lagi satu pastikan harga di resit asli dan salinan pembeli mesti ditulis sama.

Apa yang memusykilkan tadi, harga di resit diletakkan harga camera RM490, padahal saya membayar dengan harga RM670 (lebih rm180), bila ditanya kenapa harga resit tak sama? salesman tu kata harga di resit ni dah tolak rm180 untuk bagi pada dealer. Tapi kenapa tak dicatat di resit asli?? hanya ditulis pada resit saya je, terdetik "dah kena tipu"...huhuh...(time tu malas pula nak tanya panjang lebar, percaya je lah) kesimpulan harga yang saya bayar dan harga diresit tak sama. Bila macam tu baru nak pergi survey kedai lain..memang harga full pakej camera model saya beli tu sekitar RM490 !

p/s: Jangan marah jika saya menjadi super cerewet dalam membeli dan tidak percaya kepada mereka yang bermulut manis selepas insiden ni !

Astaghfirullah.Alhamdulillah

Monday, February 13, 2012

Pre-backpacking ke pre-luggagepacking??

Assalamualaikum,

Malam ni last preparation sebelum terbang ke negara asing ! Moga Allah melancarkan perjalanan kami disana nanti, kami hanya mampu berusaha untuk membuat sedikit persiapan supaya bila sampai dinegara orang takde lah seperti rusa masuk kampung. Planning Route flow transportation, attraction places, budget, accomodation, first aid, bekalan makanan semua dah disiapkan sebelum tiba disana. InsyaAllah lagi 20% persiapan terakhir dapat diselesaikan esok. Tinggal ambil pasport dan visa !

Pengalaman yang lalu travel di negara China bersama mak dan ayah mengajar saya untuk buat preparation yang lebih untuk bekalan makanan. Memandangkan travel kali ini hanya dikalangan kami yang "Low budget", makanan kena prepare dari Malaysia. Kalau travel dengan Mak dan Ayah, boleh lah nak buat muka kesian nak beli itu ini =p. Makanan Muslim di negara China atau Hong Kong pun susah nak cari, kalau ada pun harga mahal...sangatlah tak mampu, sanggup ikat perut. Tapi kali ini, bekalan makanan memang penuh satu beg, rasanya makanan lagi banyak dari baju-baju (-_-"). Sediakan payung sebelum hujan. Harap-harap abang dan kakak kastam China baik hati tak buang makanan kami. Kalau di Australia, jangan nak berharap makanan-makanan yang dibawa lepas masuk dalam negara mereka.

Jadi makanan yang sesuai kalau nak bawa pergi travel mestilah makanan yang kering, ringkas dan siap segera. Masing-masing dah dibahagi untuk bawa makanan apa, biskut, coklat, segala jenis roti, tuna, mi segera semua masuk dalam list barang yang akan dibawa. Mak pernah cerita pengalaman dia semasa berpuasa di Beijing, China selama 2 minggu. Susah nak makan, makanan style Chinese tak semua orang lalu nak makan. Perut melayu paling maximum tahan tanpa nasi 2-3 hari je, lepas tu semua nak cari nasi, kebetulan waktu itu wan ada bekalkan serunding daging dan sambal ikan bilis kat Mak sebelum pergi. Habis licin! semua kawan-kawan Mak pun join sekaki. Dapat idea baru!

Jom bertungkus-lumus di dapur...


sambal bilis dipack kecil-kecil dan dimampatkan. siap dimakan nanti! simple tak?
instant sambal bilis dapatkan dipasaran segera !! (^_^)


Projek kedua..

Mini Muffin

baking --> 200'c 15 minit

siap~ sedap makan panas-panas

Stock Ready !
boleh masuk dalam hand luggage supaya muffin anda
tetap dalam keadaan comel bila sampai destinasi =)


p/s : siapa berminat nak resepi, bagitau lah ye


***



Last Check !!

Finalized benda-benda penting...

maps, hotel voucher, flight booking, route flow
(checked)

Kalau tengok luggage yang nak dibawa..backpackers ke?? (O-o)

luggage, winter coat, backpack, camera
(checked)


Barang yang still pending...Esok harus ke China Embassy untuk ambil visa dan passport =)
dan langsung ke LCCT !!

Resit pengambilan visa


Doakan perjalanan kami bertiga selamat pergi dan pulang insyaAllah...

Sekian dulu

14.2.2012 My Villa 12:36am
sempat lagi update blog sebelum beberapa jam berangkat..see u later (~_^)v

***

Oh tak dilupakan sebagai umat islam..
SAY NO TO