Pages

Monday, November 9, 2009

HISABLAH DIRI SEBELUM KAMU DIHISAB

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).
Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.Firman Allah Taala bermaksud:Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.Firman Allah Taala bermaksud:Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).Firman Allah Taala bermaksud:Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.Firman Allah Taala bermaksud:Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.Berkata Saidina Umar al-Khattab:Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

diambil dari :
Muhasabah Dirihttp://www.iluvislam.com/buluh*Editor : kasihsayang

Thursday, July 2, 2009

wedding Planner-Part III

Salam ukhuwah,

Akhirnya kesibukan sebagai wedding planner dah sampai ke penghujungnya, Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit konflik dan dugaan...semuanya dapat diatasi ! Terima kasih kepada semua kaum keluarga, sahabat handai yang turut membantu dan meraikan majlis perkahwinan abang saya...Entry kali ni khas buat pasangan mempelai AZHAR & FARHANA yang telah diijabkabulkan pada tanggal 20 JUN 2009 pada jam 10 malam bertempat di seksyen 20 SHAH ALAM ...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dapat membentuk sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah...ameen...

sebagai jurukamera yg baru menjejakkan kaki ke bidang fotografi, segala kekurangan amatlah dikesali..hehe..sila beri tunjuk ajar (segala komen dialu2kan) !! Majlis kenduri telah diadakan pada tanggal 21 JUN 09 (sebelah perempuan) dan 27 JUN 09 (sebelah lelaki)


Hari penuh bersejarah bagi abangku
Muhammad Azharuddin B. Mahmud...


20 jun 09, 10:00pm - byknye paparazzi


selamat pengantin baru







sibuk gk nak pkai inai..hehe..





21 JUN 2009, Seksyen 20 Shah Alam


smile ( n_n)/

the bride & bridegroom


abang azhar, ayu, me





27 Jun 2009, Kg. Sg. Tua Gantian - kenangan bersama pelajar2 Homeopathy




Bersama kawan2 dari Universitas Sumatera Utara (USU), thx for coming !!


with sue (kwn lame sek men islam Al-amin)





with Rumaisa' (ex-Al-amin)






fireworks night-catch da flower !!



Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua untuk turut meraikan majlis...boleh la saya berehat seketika..haha..smoge kite berjumpa lagi !!




































































































































































































































































































































Friday, June 19, 2009

SeSeoRang TeLaH tAG Saya

Terima kasih kepada saudari Aiza yang telah TAG sy..memang pnat rupenye kne TAG ni..malas nk jawab soklan...anyway this is my answer :

1. apakah hubungan anda dengan dia?
- kawan kamceng

2. 5 impression terhadap dia?
- comel sgt, hebat, kwn paling best, manja, byk ckp.

3. perkara yang paling memorable dia lakukan kepada awak?
- byk sgt...heheh..

4. perkara yang paling memorable dia katakan pada awak?
- "tak dpt diganti sahabat spt awk.."

5. kalau dia kekasih awak?
- soalan x releven

6. kalau dia jadi musuh awak?
- jgnla jd musuh..huhu..

7. kalau dia kekasih awak, awak akan??
- no answer

8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
- kan da kate xnk jd musuh..

9. overall impression tentang dia?
- best !

10. the most desirable thing to do to her/him
- pg mesir wt suprise utk die..

11. apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
- ntahla..kne tny org la..ap ye pandangan korg sume thdp sy??

12.apakah sebenarnya perangai anda?
- unexpected

13. perangai anda yang anda benci?
- pemalas

14. orang yang anda ingin bersama
- family, fren..

15. katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda
- ad ke org suka sy?? kalo ad, really appreciate it and thanx !! heheh..

16. tag 10 orang
ni yg susah ni..mne nk cr 10 org?? (iza, fairuz, radiah, syahmi,pia..sesiapa yg tgk blog ni ..anda di tag !! hehe..)

17. no 2 ada hubungan dengan siapa?
- besfren.

18. no 3 lelaki atau perempuan?
- perempuan

19. adakah no 7 dan no 10 ada hubungan?
- xde hbgn langsung

20. macam mana dengan no 5 dan 8 ?
- nope

21. no 4 single kah?
- single

22. no 1 belajar apa?
- medic juga

23. katakan sesuatu tentang no 9
- die skrg da kt mesir..sgt rindu sama dia !!! nk jumpe time cuti ni ..byk benda nk kongsi..

Monday, June 15, 2009

Wedding Planner-Part II

Salam ukuwah,
Lipat sana-lipat sini haah jadi jugak bentuk bunga !! Lilit sini, cucuk sana jadilah bentuk lain pula...dengan anugerah jari-jemari ni, saya bersyukur dapat juga saya mengubah hantaran abang saya, tak payah la nk bazir duit tempah kat kedai 1 hantaran rm45...memang melampau mahal ! padahal nak buat memang senang ( warning: ckp mmg senang tp time buat tu payah jugak)

Gubahan mas kahwin

sepasang baju persalinan

buah limau a.k.a towel


kasut

handbag

toiletries

p/s : sesiapa nk wt gubahan hantaran bole la menempah ye !!! (bisnes baru)





















Wednesday, June 3, 2009

Wedding Planner-Part I

Sekarang sudah masuk 6 bulan kesibukan sebagai wedding planner( w.p utk abg je pun), saje nak try carrier sbg wedplan nih, apakah seronok atau membosankankan ? pejam celik-pejam celik kenduri kawen pun lagi beberapa minggu, segala usaha dan penat lelah dah nak berakhir.



Memang tak dapat dilupakan time kena round satu pajak ( dlm bahasa indonesia adalah pasar yg jual mcm2 brg, macam arked atau bazar korg nak cari ap cakap je !). Di sini bermulalah kerja saya, kena cari kedai untuk tempah langsir (tugasan dari mak dari Malaysia..huhu..). Bukan ape, round satu pajak pun sebab nak dapatkan design dan harge yang berpatutan dengan bajet. Kalau nak shopping di pajak terutamanya, kenalah tahu harga tempatan, jadi survey satu pajak dulu sebelum membeli, kalau tak senang2 kena tipu !!


toko jendela di pajak

Skill tawar-menawar lagi lah penting kalo nak shopping kt pajak, kalo tak harga yang diorang letak memang tak munasabah, yang lawaknye kalo pg pajak mesti hilang suara sebabnya tawar-menawar dengan bapak-bapak ibu-ibu kt pajak tu...haha..macam suara itik nila dah ! Mane tidaknye...tawar harga dari Rp350k bole jadi Rp100k, tak ke kering tekak ?? Hehe..itulah warna-warni kehidupan di Medan ! So, sape takde skill tawar-menawar bawaklah geng yang ada skill supaya tak ditipu bulat2 !
to be continued...



Tuesday, June 2, 2009

SaYe SuDaH tUa~17 May 2009

Salam ukhuwwah,

Hari ini usiaku telah meningkat lagi 1 tahun, sudah tamatlah dalam kamus hidupku perkataan "teen", tapi tak mengapa itu hanyalah sekadar nombor kn?? yang penting jiwa tetap remaja k...thanx to all my beloved fren yang buat suprise birthday party utk saya..dalam kesibukan minggu exam pun bersusah payah nk wt suprise party ni. Terima kasih kepada gmah, meen, not, huda, ecah, zie, aina, iza, zati, fairuz dan atul !

Saturday, April 18, 2009

Jadilah Hari ini lebih BAIK dari semalam



Salam ukhuwwah,


Alhamdulillah arini adalah sedikit masa terluang untuk mengupdate blog saya, setelah beberapa malam bercekang mata mengerjakan tutorial. Arini boleh lah relax sket, apa lag terus la menatap depan laptop...dok searching sana, searching sini tetibe terjumpalah satu article nih, tajuk die "10 things you waste ". Apakah isinya?? ni lah yang saya nak kongsikan, baca lah sebagai pengajaran buat diri kita semua !


Terfikirlah sejenak ketika membacanya...memang banyak perkara lagha dan lalai yang slalu kita lakukan tapi kadang2 kita x pernah sedar sehinggalah sesuatu musibah atau apa2 berlaku kan..?? betul tak?? Ini juga satu peringatan buat diri saya yg suke sangat lalai dan alpa..sebab itu kita perlu lah saling memperingati dengan prinsip "amar ma'ruf nahi munkar".


Kalau dalam kehidupan seharian, kita tak pernah lupa kalo nk mengisi keperluan perut kita kan?? bila lapar terus cari makanan tak pernah biarkan perut kosong, ada2 je makanan yang nak disuapkan ke mulut ni, tapi pernah tak kita sedar bahawa rohani kita pun memerlukan makanan dan kelaparan?? Biasalah, kita kan manusia "Insan(pelupa)" kita selalu lupa untuk memberi makan kepada rohani kita. Kalo korang nak tau bukan tubuh je boleh jadi malnutrisi, tapi kalo rohani tak dapat zat yang cukup pun boleh jadi malnutrisi tau...mungkin lagi teruk dari malnutrisi ! JADI sebagai tuan punya jasad dan rohani..janganlah abaikan tanggungjawab untuk memberi makan...kalo tak diberi makan nanti mengamuk la dia !! Macam2 boleh jadi...


Diharap post kali ini dapat mengenyangkan rohani korang semua, Selamat membaca !




10 THINGS U WASTE ??
(Lessons from Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah)


1. Our Knowledge: Wasted by not taking action with it.


2. Our Actions: Wasted by committing them without sincerity.


3. Our Wealth: Wasted by using on things that will not bring us ajr (reward from Allah). We waste our money, our status, our authority, on things which have no benefit in this life or in akhirah (hereafter).


4. Our Hearts: Wasted because they are empty from the love of Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace and contentment. In it's place, our hearts are filled with something or someone else.


5. Our Bodies: Wasted because we don't use them in ibadah (worship) and service of Allah.


6. Our Love: Our emotional love is misdirected, not towards Allah, but towards something/someone else.


7. Our Time: Wasted, not used properly, to compensate for that which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds.


8. Our Intellect: Wasted on things that are not beneficial, that are detrimental to society and the individual, not in contemplation or reflection.


9. Our Service: Wasted in service of someone who will not bring us closer to Allah, or benefit in dunyaa(this world).


10. Our Dhikr (Remembrence of Allah): Wasted, because it does not effect us or our hearts.


p/s : article diambil dari www.iluvislam.com