Hanya blog biasa. Sekadar perkongsian pengalaman dan pendapat dari hati. Moga ia memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk. Segala kekurangan hanya dari kelemahan saya sendiri.
Wednesday, December 15, 2010
Ada apa dengan 10 Muharram?
|
Saturday, December 11, 2010
D.E.B.A.R.A.N
Friday, October 29, 2010
Ujian Akan sentiasa Datang
Entri kali ni ringkas, semua sedang sibuk menggunakan waktu sebaiknya study untuk final exam blok GIS, study-study juga tapi jangan lupa untuk Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakkal (D.U.I.T)
SEMOGA BERJAYA DIDALAM PEPERIKSAAN
حظا سعيدا في الامتحان
УДАЧИ на экзамене
परीक्षा में अच्छे भाग्य
Bonne chance dans L'EXAMEN
โชคดีในการสอบ...
ΚΑΛΗ ΕΠΙΤΥΧΙΑ στις εξετάσεις
GOOD LUCK IN THE EXAM
Friday, October 15, 2010
Bismillah...
Surah An-Naas:1-6
Surah Makiyyah
Tafsir:
Tadabbur:
Ayat 4 : Apa yang dipohon? Memohon diberi pelindungan dari semua kejahatan(umum) dan bisikan syaitan yg bersembunyi(khusus).
Ayat 6: Bisikan kejahatan boleh datang daripada syaitan atau manusia.
Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda :
Friday, October 8, 2010
berjalan-meredah-mendaki-melihat-mentafsir
Selama 4 jam(2 jam pergi-2jam balik) kami meredah hutan dengan tujuan nak tengok AIR TERJUN 2 WARANA, sifat ingin tahu atau curiosity nak tengok macam mana dua warna tu?? sanggup kuredahi hutan belantara, arus sungai, lautan api...metafora sangat~ ada mendaki bukit ada menuruni curam ada merentas anak-anak sungai ada masuk dalam tanah lumpur ada tergelincir batu. Pengalaman yang tak boleh dilupakan, macam-macam jenis hutan pernah saya jelajah, tapi setiap hutan ada keunikan tersendiri ! Penat dan sakit-sakit tu biasalah, maklumlah dah lama bersara dari aktiviti-aktiviti lasak sebegini sejak keluar dari alam persekolahan...
Tanpa training dan warm-up, seramai 20 orang pelajar perubatan tahun 3 USU memulakan ekspidisi atau sebenarnya holiday selepas penat lelah mengharungi minggu ujian UTS (ujian tengah semester). Tepat jam 9.30 pagi kami berkumpul dan memulakan perjalanan...
1 jam pertama semua tengah excited ambil gambar dan bersembang-sembang, masuk jam kedua semua dah mula berdiam diri untuk menyimpan tenaga.

muka-muka semua tengah excited

tour guide kami dalam hutan
check point pertama untuk berehat sebentar, baru 30min jalan
(shot-shot yang diambil sepanjang perjalanan kami ke air terjun dua warna)
curamnya..terpaksa menggunakan tali untuk turun..




Subhanallah sangat indah ciptaanNya…teruja.tergamam.terasa di alam lain. hehe..selalu tengok scenary seperti ini hanya terpapar di desktop komputer, itupun keaslian gambar itu diragui sebab mungkin diedit menggunakan photoshop, tapi ini kenyataan. SANGAT CANTIK, memang tak pernah tengok air terjun macam air laut dan ada 2 warna, warna hijau dan biru ! Kalau korang masukkan kaki dalam air terjun ni memang rasa dia sama macam celupkan kaki dalam baldi berisi ais, tetapi tak setanding dengan kesejukan air terjun semasa trip kami ke Kundasang, Sabah. Sejuknya sampai ke tulang hitam. Di Sabah kami siap dicabar oleh ketua jungle tracking “siapa dapat bertahan selama 10 minit dapat hadiah!”, apa lagi kami sahut cabaranlah ! Tapi memang SANGAT SEJUK. 10minit pun dah rasa lama.

Air terjun dua warna, Sumatera Utara, Indonesia
sedang mencuba untuk buat efek air splashing, credit to zie

(dar kiri : wani, taqi, dja, insyi, zie, che nab, ain, zahirah)
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sangat best dan setiasa menceriakan suasana, lain kali jom banyakkan waktu bersama, barulah kita dapat mengenali hati-budi masing-masing ! semoga aktiviti-aktiviti sebegini dapat merapatkan lagi ukhuwah antara kita..disamping menambah kekuatan fizikal dan mental !
Saturday, October 2, 2010
Bagaimana anda menghadapinya?

Assalamualaikum,