Pages

Monday, February 14, 2011

K.T.I

Assalamualaikum semua...

Sebelum baca entri kali ni, mari saya ajar "Words of the day", tak lah timbul miscommunication.

DOPING= Dosen Pembimbing
KTI=Karya Tulis Ilmiah @ Thesis @ Research
Pharmacology=Ilmu tentang ubat-ubatan
THT=Tenggorokan Hidung Telinga @ ENT (Ear Nose Throat)
Parasitology=Ilmu Kaji parasit
Anatomy=Ilmu kaji struktur tubuh manusia
Gizi : Ilmu Nutrisi Makanan
Homeopathy= klik sini

Sekarang ni sebagai "senior" tahun akhir (tahun akhir untuk teori je =p, ada 2 tahun lagi baru betul2 super senior, can't wait !), kehidupan tak sesibuk macam tahun pertama dan tahun kedua, dulu kelas dari pagi sampai petang, sekarang kelas pun 2-3 jam sehari, makalah, laporan lab, lukis-lukis sel(histologi) semua dah tak perlu fikir lagi, yang ada cuma skill lab je.
BAHAGIA-nya hidup sebagai senior =)

Tapi, bila senarai nama doping KTI dah keluar, baru lah life sibuk senior yang sebenarnya dirasakan, kelam-kabut nak kena jumpa doping, fikir tajuk KTI, proposal dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, saya dapat doping dan department yang best untuk KTI. Prof.Dr.Aznan Lelo dan Pharmacology. memang sangat sinonim. Mungkin skop penelitian saya jadi lebih luas untuk penelitian berbanding dengan department-department lain yang hanya spesifik untuk penyakit tertentu seperti THT, parasitology, anatomy, gizi etc.

Teruja nak research mengenai 2 bidang yang telah saya ceburi Complementary Medicine (Homeopathy) Vs Modern Medicine. Harap dapat berguna untuk masa depan saya sebagai Muslim Doctor merawat pesakit-pesakit. (Moto : Benefits and less harm)

Pertemuan pertama dengan doping asyik tertangguh. Maklumlah doping kami orang hebat dan sibuk, jadi selalu pergi ke kongres atau seminar luar negara. Dah set temu janji Rabu 16 Feb 2011. Moga urusan kami sekumpulan dipermudah untuk jumpa beliau.


Straigt to the point -_-

sebenarnya nak minta tolong sahabat-sahabat yang ada idea-idea brilliant, sumbangkan lah sikit idea-idea tajuk yang sesuai apa yang boleh saya buat untuk KTI nanti? sila berikan idea anda melalui comment /chatbox blog /FB...Terima kasih jika sudi membantu.

idea hebat + idea hebat = idea sangat hebat
idea hebat+idea hebat+idea hebat+idea hebat= idea supeerrr hebat



Monday, February 7, 2011

Pesanan untuk pemuda-pemuda di luar sana

petikan diambil dari khutbah jumaat


Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat.

Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!”

Salah seorang daripada mereka berkata,

“impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”


Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!”

Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”


‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!”

Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”


Lalu ‘Umar berkata,

“harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah,

agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”


Benar.


Semoga Allah mencucurkan redha dan rahmat-Nya kepada ‘Umar. Beliau sesungguhnya tahu apakah sebenarnya tunggak sebuah tamadun, bagaimana misi yang besar boleh Berjaya dan bagaimanakah ummah yang mati boleh dibangkitkan semula.


Walaupun sebuah negara dengan wawasannya memerlukan sumber untuk berjaya, mereka terlebih dahulu memerlukan manusia yang merancang dan menguruskan sumber-sumber itu. Malah di antara segala keperluan sebuah negara, keperluan tertinggi ialah pada lelaki-lelaki sejati, tunggak ummah berdiri.


Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya lelaki-lelaki tulen itu amat sukar untuk dicari, sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata. Kerana itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:


“Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh.”

[Hadith riwayat al-Bukhari]

Sejarah membuktikannya.

Catatan-catatan hebat di sepanjang sejarah itu berlaku bukan ketika umat bertemu permata berharga yang tidak pernah ditemui sebelumnya. Tetapi umat akan mencapai kegemilangan seiringian dengan kemunculan manusia-manusia hebat seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih pembebas Constantinople.


Impian ‘Umar al-Khattab itu adalah sebenar-benar impian yang juga diimpikan oleh lelaki tulen yang hebat sepertinya.


Sidang Jamaah rahimakumullaah,

Lelaki tulen yang bagaimanakah yang kita impikan?

Apakah yang bermisai lintang atau muka dihias jambang?

Pelanggan tongkat ali atau penagih kopi keras malam dan siang?


Jika itulah ukuran ketulenan seorang lelaki, kita sudah memiliki cukup ramai lelaki yang sedemikian itu.

Sesungguhnya kehebatan seorang lelaki, tidaklah ditentukan oleh usia. Di sana terdapat ramai sahaja lelaki yang berusia 60 tahun tetapi memiliki jiwa dan pemikiran berusia 6 tahun. Mereka ini masih tenggelam dalam keseronokan dan hal-hal yang tidak bermakna dalam hidup ini. Sebagaimana mereka begitu mudah dirangsang keseronokan, begitu jugalah mereka ini begitu mudah dikalahkan oleh ujian. Sedikit cubaan hidup menumbangkan kekuatan dirinya.

Mereka ini tidak lebih daripada sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh manusia dewsa.


Sedangkan di satu sudut yang lain, kita bertemu dengan orang muda yang kata-katanya, tingkah lakunya dan pemikirannya menyerlahkan kematangan dan kejantanan hakiki.


Di dalam satu peristiwa, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu telah lalu berdekatan dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain. Mereka bertempiaran lari semasa melihat kelibat ‘Umar kecuali seorang iaitu ‘Abdullah Ibn al-Zubayr radhiyallaahu ‘anhu. Lalu ‘Umar bertanya kepadanya, “mengapakah kamu tidak lari bersama kawan-kawanmu?” Beliau berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk aku takut kepadamu dan jalan ini juga tidak sempit. Ruang yang ada cukup untuk engkau lalu!”


Begitu juga di dalam suatu peristiwa, seorang anak remaja masuk ke istana mengadap salah seorang Khalifah Bani Umayyah, untuk bercakap mewakili kaum kabilahnya. Khalifah berkata, “carikan lelaki yang lebih dewasa untuk mewakili kaummu!” Budak lelaki itu berkata, “wahai Amir al-Mu’minin, seandainya kepimpinan ditentukan oleh faktor usia, maka di sana ada lebih ramai orang lain yang layak menjadi Khalifah selain engkau.”


Ini adalah sebahagian daripada catatan sejarah yang memaparkan tentang kualiti jati diri dan kejantanan sebenar yang ditonjolkan oleh manusia yang hebat biar pun pada usia yang masih muda.


Sesungguhnya ketokohan seseorang itu tidak pernah ditentukan semata-mata oleh tubuh yang besar dan sasa.

Allah SWT mengungkapkan tentang perspektif orang-orang Munafiq di dalam firman-Nya:


“Apabila engkau melihat mereka, engkau akan berasa takjub dengan penampilan tubuh badan mereka”

[al-Munafiqun : 4]

Abdullah ibn Ubai ibn Salul, ketua kaum Munafiq ini mempunyai tubuh badan yang hebat dan berpakaian dengan pakaian yang mengagumkan. Beliau dan kaumnya berasa bahawa penampilan itu mampu menyembunyikan kejelekan diri mereka yang sebenar.

Tetapi di dalam sambungan ayat ini, Allah memberikan ungkapan yang sangat tepat tentang hakikat mereka ini:


“Sedangkan mereka itu tidak ubah seperti kayu reput yang tersandar di dinding”

(Al-Munaafiqoon: 4)

Ada manusia yang tersalah memandang, menyangkakan bahawa kayu itulah yang menampung tegaknya dinding. Hakikatnya kayu itu langsung tidak mempunyai sebarang makna. Tersandar menunggu reput dimamah hari.


Di dalam sepotong hadith Sahih yang lain, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“seorang lelaki berdosa yang bertubuh sasa di dalam hidup, tidak mempunyai sebarang nilai pada timbangan Akhirat walaupun pada kadar seekor nyamuk.”

Lalu Baginda membacakan firman Allah:


“ Mereka orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang nilai di Akhirat nanti pada timbangannya”

[al-Kahf : 105]

‘Abdullah ibn Mas’oud merupakan seorang lelaki yang ‘dhaif pada tubuh badan. Pada suatu hari salah satu kakinya tersingkap hingga kelihatan betapa kurusnya kaki itu. Sebahagian sahabat yang melihatnya ketawa. Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Kamu mentertawakan kakinya yang kurus, tetapi aku bersumpah demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kaki-kaki itu lebih berat di Akhirat nanti berbanding Gunung Uhud!”


Sidang Jemaah sekalian,

Usaha untuk melahirkan manusia yang memiliki jati diri sejati di era ini adalah suatu cabaran yang sangat besar. Setiap anak yang lahir, mereka memiliki fitrah dan potensi yang sama. Akan tetapi ramai yang terjebak ke kancah kesilapan apabila membiarkan kemewahan dan kesenangan hidup merosakkan potensi ini hingga menjejaskan personaliti mereka.


Kembali kepada persoalan utama, apakah tindak tanduk kita yang membunuh potensi itu, dan apakah tindak tanduk kita yang boleh membangunkan potensi berkenaan?

Di mimbar Jumaat ini, kita rumuskan beberapa amalan yang terdapat di dalam Islam, khusus untuk membina jati diri anak-anak kita agar mereka membesar dengan nilai peribadi dan kematangan yang optimum:


Pertama: Gelaran

Di dalam Sunnah, banyak dipaparkan contoh bagaimana anak-anak diberikan gelaran Abu oleh Rasulullah sallaahu ‘alayhi wa sallam.

Biar pun kanak-kanak ini masih kecil, tetapi gelaran Abu itu menyuntik nilai kedewasaan pada anak-anak ini.

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana beliau mempunyai seorang adik yang masih kecil, baru sahaja belajar menjamah makanan pejal. Dia digelar Abu ‘Umair.


Apabila adiknya ini ada bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam akan berkata,

“Wahai Abu ‘Umair, apa yang Nughair sedang lakukan?” (Nughair itu adalah seekor burung kecil yang sering menjadi permainan Abu ‘Umair itu).

[Hadith riwayat al-Bukhari]


Di dalam amalan kita yang mungkin penggunaan gelaran Abu atau Ummu itu agak janggal, terdapat amalan yang biasa dilakukan dengan motif yang sama. Anak-anak diberikan gelaran Abang Long atau Yop, Uda, Alang dan lain-lain, yang mana penggunaan gelaran ini kepada anak-anak membantu mereka untuk cepat berasa dewasa dengan sifat keabangan dan tanggungjawab.


Amalan seperti ini harus diteruskan dan hindarkanlah memberi gelaran yang membantutkan rasa kedewasaan anak-anak ini seperti Anje, Bucu, Boboi atau Adik kepada anak yang sudah sepatutnya dewasa dan menggalas tanggungjawab kehidupan.


Kedua: Membawa Anak-anak ke Majlis Orang Dewasa

Amalan ini juga membantu mendedahkan anak-anak kepada alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka. Ini merupakan amalan Sahabat-sahabat Nabi. Mereka sering membawa anak untuk hadir bersama di dalam majlis mereka bersama dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


Muawiyah ibn Qarrah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam apabila duduk bersama para sahabat, setiap seorang mereka akan membawa anak masing-masing yang mana anak-anak itu akan berdiri di belakang bapa mereka, lalu si bapa akan mendudukkan si anak di hadapannya.

[Hadith riwayat al-Nasaa’ie]


Di dalam kehidupan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan para Sahabat, kehadiran anak-anak di dalam majlis mereka tidak pernah dianggap sebagai gangguan, malah anak-anak itu dibawa oleh ibu bapa dengan matlamat yang sama, mendedahkan anak dengan majlis orang dewasa untuk mendewasakan mereka.


Ketiga: Mengiktiraf Anak-anak di Khalayak

Sahl ibn Sa’id menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam satu majlis, baginda dibawakan cawan untuk minum.

Di kanan baginda ada seorang kanak-kanak manakala yang dewasa berada di sebelah kiri.


Selepas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam minum, baginda bertanya kepada kanak-kanak itu,

“apakah kamu benarkan aku beri cawan ini kepada orang-orang dewasa sebelum aku berikannya kepada kamu?”


Kanak-kanak itu menjawab,

“aku tidak akan mengalah dengan hakku untuk minum sejurus selepasmu.”


Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan cawan itu kepadanya.

[Hadith riwayat al-Bukhari]


Kita sebagai ibu bapa dan orang yang dewasa harus menggalakkan perbuatan-perbuatan seperti ini, melayan anak-anak ini sesekali sebagai manusia dewasa untuk menimbulkan rasa tinggi harga diri pada diri mereka.


Di dalam sebuah hadith, Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam melalui sekumpulan kanak-kanak lalu baginda memberi salam kepada mereka.

[Hadith riwayat Muslim]


Jangan sekali-kali memalukan anak-anak dengan memarahi atau menghina mereka di hadapan orang ramai kerana ia akan membunuh keyakinan diri dan menimbulkan dendam yang merosakkan emosi. Anak-anak, biar pun pada usia yang kecil sudah mempunyai harga diri yang mesti dihargai, khususnya oleh ibu bapa mereka sendiri.


Keempat: Mengajar Mereka Sukan Lasak

Abu Umamah ibn Sahl radhiyallaahu ‘anhu meriwayatkan

bahawa ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu menulis kepada Abu ‘Ubaidah al-Jarrah radhiyallaahu ‘anhu mengarahkan kepadanya,

“ajarkanlah anak-anak kamu berenang”

[riwayat Ahmad di awal Musnad 'Umar al-Khattab]


Anak-anak perlu didedahkan dengan sukan-sukan yang boleh meningkatkan semangat, kekuatan jiwa dan daya survival diri mereka.

Malah dalam kehidupan seharian, anak-anak yang lelaki harus diajar membuat kerja yang kasar sesuai dengan kemampuan mereka seperti membasuh kereta, berkebun, mengecat, bertukang dan lain-lain aktiviti di bawah matahari untuk meningkatkan kelasakan mereka.


Kelima: Menghindarkan Anak-anak Lelaki Daripada Elemen Keperempuanan

Anak-anak lelaki wajar dihindarkan daripada aktiviti-aktiviti yang lazimnya dekat dengan naluri dan jiwa perempuan.

Memakaikan anak-anak dengan pakaian yang berwarna atau bercorak seperti perempuan, memakai sutera dan barang kemas, bergelumang dengan muzik yang lembik biar pun ia nasyid dan hal-hal lain yang mengurangkan kelasakan anak-anak ini hendaklah dihindarkan


Keenam: Memberikan Tugasan dan Berkongsi Rahsia Dengan Kanak-kanak

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan,

“Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang kepadaku ketika aku sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain,

baginda memberi salam kepadaku dan menghantar aku ke suatu tugasan pendek.


Ia telah melewatkan aku pulang kepada ibu.

Apabila aku tiba di rumah, ibuku bertanya,

“apakah yang telah melewatkan kamu?”


Aku menjawab,

“Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menghantar aku ke suatu tugasan.”


Ibuku bertanya, “Tugasan apakah itu?”

Aku menjawab, “Ia adalah rahsia!”

Ibuku berkata, “jangan ceritakan rahsia Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada sesiapa”

[Hadith riwayat Muslim]


Ketujuh: Menghindarkan Anak-anak Daripada Tenggelam Dengan Kemewahan

Ibu bapa biar pun berada dan hidup mewah,

mestilah mengenakan beberapa kesusahan kepada anak-anak sebagai latihan untuk membentuk jati diri mereka. Jika anak mahukan basikal,

biar pun ibu bapa mampu membelikannya, anak wajar disuruh mengumpul duit sendiri agar mereka belajar menghargainya dan belajar berusaha.

‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu pernah berkata,


“Kuatkan semangat. Kesenangan dan kemewahan tidak kekal selama-lamanya”

Demikianlah sebahagian daripada pendekatan Islam dalam mendidik anak-anak agar mereka membesar dengan jati diri dan nilai kejantanan yang besar.

Buku seperti Pendidikan Anak-anak di Dalam Islam karangan Sheikh Abdullah Nasih ‘Ulwan dan yang seumpama dengannya harus berada di tangan ibu bapa untuk mereka membesarkan anak-anak hebat, sebagaimana Allah mengurniakan mereka di permulaan kehidupan dengan kehebatan yang sama.

Sesungguhnya masa depan ummah ini bermula daripada apa yang berlaku di setiap rumah

p/s: masih wujudkah Ar-rijal seperti Impian Umar ?

Kagum -__-

Friday, January 21, 2011

untuk diriku

I tried 0nce t0 climb a m0untain..
It was really difficult..
Glad I manage t0 d0 it at first..
But bef0re I reach the peak..
I was tripped by s0me0ne, i fell and hurt myself..
I fear t0 start climbing again..
But shall I just sit and never reach the peak..
Ya Allah, please give me strength.. Amin
*terbaca post FB sahabat, motivasi untuk diri sendiri.

Thursday, January 20, 2011

Body Language

Lao Jie, Shen Zen

Tak kira lah bahasa apa yang kita gunakan, dari negara mana asal kita , apa warna kulit kita dan siapa kita...persahabatan itu memang menakjubkan ! di sini saya mendapat kawan baru, walaupun komunikasi kami hanya dengan body language dan broken english...chemistry antara kami ada! dia lah yang menemani saya sepanjang di Shen Zen, terutama untuk menunjukkan tempat dan menjadi translator bahasa saya kepada warga disini. Tempat ni memang best shopping, tanpa disedari duit boleh mengalir macam air.
AMARAN: jangan bawa duit banyak-banyak


Khadijah & Feng Su Ping @ Lao Jie, Shen Zen

Feng Su Ping, 19 tahun bercita-cita nak jadi english teacher, dia ni memang nampak bersungguh-sungguh nak berkomunikasi dalam bahasa inggeris, kadang-kadang rasa kagum melihat kegigihan dia, nak juga bercakap sampai tak kira bahasa cina dan bahasa inggeris bercampur-baur...sampai garu-garu kepala dia fikir apa words yang nak digunakan. BAGUS ! semoga kamu menjadi english teacher yang berjaya !

Keep in Touch~


Travel Tips :
-Penginapan di China lebih murah berbanding HK, booking on the spot harga sekita RM75-RM90 boleh dapat Hotel yang cantik dan selesa.
-Pastikan ada local citizen yang bawa, diorang tak reti berbahasa inggeris dan papan tanda semua dalam chinese words. (saya macam buta huruf disana)






Sunday, January 16, 2011

HK, Day 3

SANTAPAN
Makanan disini memang mahal dan susah nak cari yang halal, jadi saya suggest pada sahabat-sahabat yang nak datang Hong Kong atau China silalah bawak megi atau makanan ringan berguni-guni ye =) kedai makanan muslim memang tak nampak bersepah-sepah macam di Malaysia...akan ada agen-agen restoran berlegar di kaki jalan untuk mencari pelanggan. Semua memanggil-manggil kami mengajak ke restoran halal mereka. Memang senang mereka nak cam kami muslim sebab dalam beribu-ribu manusia tu saya dan mak saya sahaja yang bertudung. I'm proud to be a muslimah !
satu lauk from $50HK (RM25), steam rice $15HK(RM7.50), pisang sebiji $5HK...bayangkan? Tinggi betul taraf hidup di HK ! Kalau tinggal disini lebih lama, pasti berat badan anda ideal =p ! ikat perut, makan sekali sehari...kedai makan muslim cuma ada berdekatan dengan penginapan kami, jadi kalau melawat tempat-tempat yang jauh , cuma dapat makan biskut dan coklat. ATP (tenaga) kami banyak digunakan hari ni !

=====================================================================

SHEN ZEN
Multiple visa entry awal-awal sudah dibuat, memang dalam perancangan nak masuk ke China nanti. Dari Hong Kong menuju ke Shen Zen hanya 45 min, 2 interchange train MTR perlu diambil. Tujuan ke sana untuk melawat "Windows of the world", disini saya dapat mengembara ke seluruh dunia dalam masa 1 hari sahaja, tak perlu lah travel lagi?




Holland

Italy




Paris dekat venice?

Sydney, Australia

Semua benua saya dah pergi, tapi tak semua negara sempat...impian travel around the world tercapai di sini. boleh masuk World Book Record, berjalan kaki mengelilingi dunia dalam masa 1 hari =)

p/s: gambar semua negara tak dapat diupload semua, sangat banyak.

Friday, January 14, 2011

HK, Day 2


Tujuan utama hari ni ke DisneyLand Hong Kong !

peta MTR

Public transport disini memang mudah, semua pengangkutan disini dibawah pengurusan METRO(sebuah syarikat transportasi, seperti di Malaysia Putra, KTM, STAR dll), jadi apa jenis public transport menggunakan "kad octopus" seperti prepaid kad, boleh isi ulang. Walaupun HK mempunyai populasi penduduk yang sangat ramai, tiada trafic jam ! majority rakyatnya menggunakan public transport yang disediakan. Semua tempat-tempat dihubungkan menggunakan train.

Untuk menuju destinasi harini kami menggunakan train, nak pilih train yang mana ni?? banyak sangat train line untuk dipilih...MasyaAllah, train disini sangat banyak dan bertingkat-tingkat. Perlu tahu tujuan ke mana dan train line yang mana untuk ke sesuatu tempat. Peta yang disediakan amat berguna bagi travellers macam kami. Akhirnya, Tung Chung Line - Disneyland Resort Line !

Dua jenis train kami naik, train Disneyland Resort Line berbeza ! interior design train ni dah ada unsur Disneyland. =)

find the hidden mickey !

Cuaca memang sejuk ditambah pula hujan renyai-renyai, dah sampai takkan nak patah balik? mudah-mudahan hujan sekejap. kalau tak, rugilah bayar 150 HK dollar/person tak dapat main outdoor games.
entrance

tiket masuk

Waktu kecil hanya dapat melihat character-character disney didalam tv tapi sekarang dapat tengok in real ! menjadi seperti kanak-kanak ribena sebentar. Permainan disini memang sesuai untuk semua lapisan usia, tak banyak game yang extreme. tapi ada 1 yang tak boleh dilupakan SPACE MOUNTAIN...permainan ni memang sangat extreme bagi saya! "This ride is not suitable for those who have heart problem, neck problem, motion sickness, high blood pressure, pregnant women", benda ni nampak macam roller coaster biasa, tapi yang lain nya dia dari roller coaster yang pernah saya naik...ia dibuat didalam bangunan yang direka seperti suasana di angkasa, gelap-gelita ! sudden drop dan sharp corner yang boleh buat leher anda terkehel..huhu..serik naik benda ni.

Space mountain

dibawah ni nak share gambar-gambar disekitar HK Disneyland...

Landscape mickey
Railroad untuk ke theme park

Adventures of the winnie the Pooh



Badak keluar dari air~Jungle River Cruise






like daughter, like father =)

4D Mickey PhilarMagic
Tayangan ada bau makanan, bunga dan percikan air.. seperti berada didunia cartoon, menarik !

tak dapat beli, keep in memories pun jadi lah =p ($398HK)

prayer time~

secanggih-canggih theme park ni pun, tiada kemudahan tempat solat untuk orang islam...jadi terpaksalah taman-taman yang indah menjadi pilihan kami, Alam terbentang luas...jangan lupa untuk sujud padaNya dimana pun kita berada ! Beginilah jadinya bila orang yang berkuasa bukan orang islam, kepentingan hanya untuk mereka sahaja. Boleh dikatakan toilet awam di HK semuanya "dry clean", banyak persiapan perlu untuk travelling di negara yang begini, jangan jadikan persekitaran itu sebagai alasan untuk anda tidak menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya...renung-renungkan!

tomorrowland-theme berasaskan futuristik

kereta dengan design futuristik


bergambar dengan character disney

sleeping beauty castle-view siang

acara penutup di disneyland, fireworks - view malam

Golden mickey-musical theater

satu hari habis masa disini ! tapi memang puas hati...pengalaman yang tak dapat dilupakan...
recomended kepada sesiapa yang nak masuk !

6 January 2011,
With Love from Hong Kong Disneyland


Thursday, January 13, 2011

HK, Day 1



Menurut Ayah, dari International Hong Kong Airport kami perlu menaiki bas untuk sampai ke tempat penginapan kami, Ayah memang sangat mantap dalam perancangan, sebelum percutian kami ke sini dia telah membuat searching dengan Mr.Google, dapatkan maklumat tentang tempat yang bakal kami pergi supaya perjalanan kami disini berjalan lancar. Siap ada words yang sudah ditranslate kepada tulisan Chinese, bagus kan? Memang ia sangat berguna disini sebab kebanyakan mereka tidak tahu untuk berbahasa Inggeris.

Stesen Bas A21, airport-HK city

Bas A21 berhenti di Stesen Tsim Tsa Shui, dimana Chung King Mansion terletak. Namanya macam sebuah tempat yang "gah" kan? Tempat ni macam bangunan kedai tapi didalamnya ada banyak guesthouse atau hostel bacpackers dengan harga yang berpatutan berbanding hotel-hotel lain di luar sana. Ramai pelancong dari pelbagai negara menjadikan tempat ini pilihan mereka.

Chung King Mansion, Nathan Road

Malam itu kami tak pergi ke mana-mana sangat, hanya berjalan disekitar tempat penginapan, melihat-lihat bandar HK dan pusat perniagaan disini. Di HK seperti tiada malam, dimana-mana terlihat manusia berjalan berpusu-pusu kesana-kemari...malam yang lively !


Sekitar Nathan Road

Masjid Kowloon


Wholesale market, banyak barang souvenier


comel jugak kereta ni?


5 January 2011,
with Love from Hong Kong...