Selamat petang blogger-blogger tersayang =)
nak curi sedikit waktu di petang hari ni untuk berkongsi cerita gembira. Motif sebenarnya nak elak mata ni dari terlelap petang-petang dek kepenatan hari minggu ber "oncall" dan tutorial. Oh itulah paediatrics ! tiada frasa "weekend", sedar-sedar dah 2 minggu berlalu saya menyelami hati kecil dan perasaan insan-insan kecil ini, 6 minggu lagi perlu dilalui dengan lebih positif, banyak lagi perlu telusuri kerenah dan perangai kanak-kanak ni, boleh buat bekalan ilmu masa mendatang.
***
Aku Menyahut panggilanMu Ya Allah |
suatu hari nanti, insyaAllah |
Ya saya yakin segala yang berlaku dan akan berlaku telah ditentukan oleh Nya. No more worries =)
***
Segala urusan permohonan cuti, persiapan diri dengan menghadiri kursus-kursus asas haji, kursus intensif haji, dan pemeriksaan kesihatan telah dilalui secara bertahap-tahap, cuma menunggu kursus perdana haji yang akan diadakan september nanti sebagai persiapan terakhir bagi jemaah haji yang terpilih sebelum ke Tanah suci pada tahun ini sahaja. Disebabkan tercampak kat perlis ni sorang-sorang, terpaksa la join kursus-kursus haji ni dengan jemaah makcik-makcik dari peghelih...hehe...makcik-makcik janganlah pandang saya semacam jer?? mungkin pelik orang muda pergi kursus haji? (Alhamdulillah dpt peluang time muda) terpaksalah independent dan sembang gaya makcik-makcik untuk mengurangkan jurang perbezaan, haha...bak kata pepatah "jikalau ular menyusur akar, takkan hilang bisanya" ye tak?
Semua benda yang berlaku dalam hidup kita dalah guru yang terbaik buat diri, tak kira lah dimana pun kita berada, bersama siapa pun kita, bersendirian atau berjemaah, ada hikmah untuk diri kita. Banyak benda belajar bila hidup jauh dari keluarga ni.
p/s: Dikesempatan ini, saya memohon maaf segala salah silap terkasar bahasa, terguris hati. saya hanya insan lemah yang sentiasa perlu dibimbing dan dalam proses memperbaiki diri. Mohon doa dari sahabat-sahabat supaya dipermudahkan urusan saya untuk menjadi tetamu Allah. =)
inshaAllah.moga dipermudahkan segala urusan dan mdpt haji yg mabrur n selamat pergi dan pulang hajjah! :p
ReplyDeleteAmeen... terima kasih atas doanya..
Delete