Indahnya Ukhuwah
22.10.2012
Assalamualaikum,
3 Sahabat dari 3 negara berbeza
Aisyah, Zeinab, Khadijah
Harini sempat menjalin ukhuwah dengan
saudara seislam dari negara Iran dan Nigeria. Jarang dapat berjumpa dengan mereka yang
fasih berbahasa inggeris disini. Mungkin golongan muda sekarang sudah global, sudah
tahu dan mahu belajar bahasa luar, jadi lebih mudah untuk kami berkomunikasi. Dipertemukan dengan seorang sahabat bernama Aisyah dan zeinab. Aisyah seusia dengan saya dan merupakan pelajar undang-undang di negaranya, kami bertanyakan latar belakang serba sedikit dan mendapat tahu bapanya seorang doktor pakar disana, MasyaAllah hebat-hebat keluarga mereka. Zeinab pula dari Iran dan bekerja sebagai seorang
pensyarah dalam bidang quran dan sains di universiti di Iran(lupa nama unniv tu), banyak juga dapat berbual dan berbincang mengenai
sejarah islam, isu mazhab yang berlainan, dan isu negara negara islam, seronok
dapat ilmu baru dan bertukar pendapat antara sesama islam yang dari negara dengan fahaman yang berbeza. Walaupun jarak usia kami lebih kurang 20 tahun, saya
merasa serasi dengannya, bagaikan ada chemistry antara kami. Sebagai tanda
persahabatan antara kami dia memberikan tasbih miliknya kepada saya sebagai
tanda ingatan kepadanya, sambil berpesan supaya saya belajar rajin-rajin dan hargai peluang yang diberi Allah untuk menunaikan haji di usia yang muda. Terharu (^_^) ,
.
Thanks !
***
Bersabarlah dengan Ujian
23.10.2012
Segala aktiviti hanya dilakukan
didalam bilik hotel dan sekitarnya. Solat jemaah juga dilaksanakan disetiap
tingkat. Pihak pengurusan tabung haji menyarankan kami agar kesihatan kami
dijaga 3 hari sebelum ke Arafah. Malang tidak berbau, antara teman sebilik juga
begitu, silih berganti demamnya. Masing masing masih lemah dan tak berdaya,
ujian buat kami jemaah haji. Kebanyakan jemaah tak sihat, esok kami akan
bertolak ke arafah. Berdoa supaya kami semua diberi kesembuhan dan kekuatan
untuk melaksanakan kemuncak haji ini. Ya Allah ampunilah kami, permudahkanlah
ibadah haji kami.
Mode demam (-_-")
***
Arafah kami datang
24.10.2012
pelan khemah di Mina |
Pelan khemah dan keperluan yang perlu dibawa sepanjang di Arafah dan Minasudah ditampal di lobi setiap tingkat. Jemaah haji hanya dibenarkan
membawa 1 beg kecil yang telah disediakan oleh pihak TH untuk dibawa ke masyair(arafah-muzdalifah-mina),
semua barang dihadkan untuk dibawa, hanya beberapa helai pakaian dan keperluan
asas sahaja yang perlu dibawa. Mungkin ia untuk kemaslahatan kami semua, supaya
semua beg jemaah dapat disimpan diperut bas. Dah cuba sedaya upaya melipat
pakaian dan menyusun dgn serapi mungkin untuk dimasukkan dalam 1 beg tapi tetap
juga ada anak beg yang terpaksa dibawa..hehe..harap pihak pengurusan tidak
kisah, kerana hanya makanan dan sejadah kecil yang dibawa didalam anak beg
tersebut.
Beg dah siap pack ! |
Selepas zohor kami disuruh bersiap
sedia didalam bilik masing-masing sementara menunggu panggilan dari pihak TH,
dijangkakan tadi maktab 98 perlu bertolak ke arafah jam 12:30tgh, tapi dari
tadi saya hanya dapat mendengar panggilan ulang untuk jemaah dari maktab 96, mungkin
ada pakcik dan makcik yang terlewat bersiap sehingga perjalanan tertunda
sedikit. Bukan mudah untuk pihak TH menguruskan beribu-ribu orang supaya semua
tidak tertinggal, ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Pihak jemaah
haji mahupun pihak organisasi, yang paling penting semua perlu ada sikap sabar
dan bergantung kepada Allah dalam apa jua situasi.
Mengikut kata mereka yang pernah ke
arafah, Perjalanan ke sana sebenarnya hanya mengambil masa 30-40 minit, tapi ia
suatu jangka waktu yang mustahil untuk dicapai ketika musim haji ini. Ramai
orang dan banyak kenderaan.
suasana jemaah sedang menuggu bas di lobi hotel |
Disebabkan kebosanan menunggu
didalam bilik, saya Sempat meninjau keberangkatan jemaah dari maktab lain di
lobi hotel. Berkenalan dengan makcik-makcik dari negeri-negeri yang berbeza pun best gak untuk isi masa lapang ni...bersembang dari loghat utara sampai ke selatan tak lupa juga pantai timur. Globalisasi komunikasi sangat penting, supaya anda tidak kekok bila berborak dengan orang yang luar dari negeri sendiri.
Bila bercakap banyak mulalah tekak nak kering, ternampak hidangan yang disediakan pihak hotel untuk jemaah. Ada Juadah kurma dan minuman herba(cengkih+halia).
Katanya bagus untuk melegakan sakit tekak. Teruja ingin mencuba, nampak sedap dan aromanya pun menggoda. (o_O). Pak arab yang
menghidangkan minuman tergelak-gelak melihat reaksi muka saya terkelat-kelat
nak menghabiskan suku cawan minuman herba tersebut. Err...tutup hidung minum
sekali nafas! Orang kata yang pahit itu penawar bukan?
Akhirnya jemaah dari maktab 98
dipanggil turun ke lobi, 7:30 mlm kami bertolak dari hotel . Bas kami adalah bas kedua yang terakhir akan tiba di Arafah. Jom !!
ini no bas kami ye... |
Bermulalah perjalanan kami...
Bas kami yang unik dan klasik...ada kipas pusing... tapi tak berfungsi, buka tingkap je lah.. |
Nampak je macam ni...tapi bas ni tak buat hal pun =) kami sampai cepat dari bas yang cantik-cantik dan berhawa dingin |
Kesesakan lalu lintas yang perlu diharungi (bukan sahaja bas dan lori ini penuh dengan muatan manusia, tetapi haiwan-haiwan qurban pun dibawa untuk ke mina dan arafah,,heheh,,,) |
1 jam 30 minit kemudian kami tiba diarafah. Alhamdulillah, driver ni pandai mencari jalan pintas untuk mengelak kesesakan jalan ke arafah. Ada jemaah lain yang sangkut didalam kesesakan selama 4-5 jam. Alhamdulillah, kami sampai awal.
Sebaik sahaja kami tiba saya terdengar bunyi siren ambulans, takziah kepada seorang jemaah haji, katanya mengalami sesak nafas semasa didalam perjalanan tadi, mungkin kepanasan dalam kesesakan lalu lintas tadi, ditambah pula dengan udara berdebu menguji kesihatan pakcik tu. Sekali lagi, fizikal, mental dan kesihatan harus kuat untuk ibadah ini!
***
Dipintu masuk setiap dari jemaah diberi hadiah oleh pihak muassasah 1 set paket teh, kopi, gula dan krimer untuk kegunaan selama berada disini.
Cahaya rembulan di Arafah, selamat malam semua ! Mimpi bulan mengambanglah malam ni =) |
Terasa seperti zaman sekolah,
semasa aktif mengikuti aktiviti pengakap bercamping di hutan tetapi kali ini
suasana berbeza, bercamping di padang pasir. khemah-khemah putih tersusun rapi
di sekitar kawasan arafah, setiap khemah telah ditanda dengan nombor maktab dan
no khemah masing-masing. Disini, daya ingatan tempat diuji, sebab semua khemah
kelihatan sama, kalau jemaah yang warga emas tersesat, susah juga nak mencari. Malam ni tidur beralaskan pasir halus sambil menikmati
udara nyaman dan pemandangan bulan dan bintang dibumi arafah.
To be continued...
No comments:
Post a Comment