Pages

Sunday, August 19, 2012

project malam raya


Assalamualaikum,
terima kasih kepada junior yang share resepi kuih ni...simple dan ekspress  je nak buat kuih ni walaupun dibuat pada malam raya. Jangan ikut style ni, semua benda nak buat malam raya..hehe..persiapan raya tahun ni lah yang paling tak dapat dilupakan, beli baju raya, buat kuih raya dan masak lauk raya dibuat dalam masa sehari. PENAT. 


kuih suji

1kg tepung gandum
500g gula kastor
500g minyak sapi

gaul semua hingga sebati dan bakar dalam oven selama15minit pada suhu 150`C
selamat mencuba 

Friday, August 17, 2012

bila cinta, mesti mahu bersama ke syurga

Assalamualaikum,
apa khabar iman hari ini? Ramadhan sudah berada dipenghujungnya...adakah kita semua masih berada pada speed yang sama mengejar keberkatan dan kemuliaan Ramadhan? makin menaik atau menurun?  ke dah sibuk nak menyambut syawal?( peringatan pada diri sendiri) moga kita tergolong  dalam golongan orang yang berlumba-lumba mengejar kebaikan dan tidak lalai dengan perkara yang sia-sia. Ameen...

Maaf dah lama blog tak dapat diupdate atas sebab kekangan waktu, jadi dikesempatan ini nak ambil inisiatif untuk memberikan seasuatu, walaupun bukan dari diri sendiri tetapi nak share salah satu link hasil penulisan Hilal Asyraf, kagum dan cemburu dengan pemuda yang hebat didalam berkarya, penulisan beliau banyak yang memberi inspirasi dan motivasi. Moga bermanfaat juga kepada yang lain.

Alhamdulillah banyak dengar khabar gembira dari sahabat2 yang bakal mendirikan rumah tangga syawal nanti...tak tahu lah dapat memenuhi undangan ke tak...apa-apa pun Tahniah ! semoga dipermudahkan segala urusan dan terbina mahligai sakinah mawaddah wa rahmah. 

Jadi link yang teripilih mestilah sesuai tema kan...klik lik dibawah  :

DIkesempatan ini juga saya menyusun 10 jari, memohon ampun kepada sesiapa yang mengenali diri saya di alam realiti atau alam maya =) andai ada salah dan silap sepanjang saya menulis disini, moga syawal yang bakal disambut memberi 1001 erti kemenangan bagi umat islam diseluruh dunia. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.



Jemputlah datang beraya bagi yang beraya di KL pada hari raya pertama. Amalan ziarah menziarahi jangan dilupa. Makan pun kena beringat..semaikan disiplin di bulan  ramadhan dibulan syawal juga. Hati-hati dijalan raya. 

Sunday, August 5, 2012

Good Luck Course-mate !

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah hari ni selesai mendapat taklimat mengenai format ujian klinikal yang bakal diadakan, kami dimaklumkan terdapat 1 long case, 1 short case dan 1 sesi viva. Pertama kali menduduki exam yang mengikuti format internasional, nervous! Nombor bertuah dah dapat, menunggu hari kejadian (post test department paediatric pada hari rabu 8/8/2012). Masih banyak masa untuk berusaha bersungguh-sungguh sebelum kita bertawakkal dan berdoa kepada-Nya. Selamat Maju jaya kawan-kawan yang akan menghadapi ujian minggu depan ! Moga keberkatan bulan Ramadhan ni, memudahkan urusan kita semua. =D

No giliran saya =P

Doakan saya dan kawan-kawan lain berjaya dalam exam dengan jaya, InsyaAllah !
Jangan stress-stress, kalau penat menelaah buku medic, boleh baca Al-quran. 
( Segala jenis ilmu ada dalam tu...confirm boleh jawab exam dengan cemerlang...heheh)





Sunday, July 15, 2012

AkuInginBahagiaDuniaAkhirat


Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.
Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.
Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.
Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.
Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU…
Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasih-MU ya ALLAH..

#AkuInginBahagia

Sunday, July 1, 2012

Tiada lagi Keliru

Assalamualaikum,

Selamat petang blogger-blogger tersayang =)
nak curi sedikit waktu di petang hari ni untuk berkongsi cerita gembira. Motif sebenarnya nak elak mata ni dari terlelap petang-petang dek kepenatan hari minggu ber "oncall" dan tutorial. Oh itulah paediatrics ! tiada frasa "weekend", sedar-sedar dah 2 minggu berlalu saya menyelami hati kecil dan perasaan insan-insan kecil ini, 6 minggu lagi perlu dilalui dengan lebih positif, banyak lagi perlu telusuri kerenah dan perangai kanak-kanak ni, boleh buat bekalan ilmu masa mendatang.

***

Aku Menyahut panggilanMu Ya Allah

Syukur, segala tanda tanya terjawab akhirnya, Allah telah merancang segala sesuatu itu tepat dan sesuai dengan masanya. Benarlah, kehidupan ni suatu pengembaraan yang panjang dan kita tidak tahu jalan mana yang akan kita tempuhi. Kadang sedang dalam perjalanan kita sampai disuatu persimpangan jalan, tak tahu nak ke kanan atau ke kiri? tak tahu nak pilih yang mana, yang pasti kedua-dua jalan itu pun masih kabur dan tidak tahu bagaimana penghujungnya.  Kita jadi serba salah dan keliru. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan memohon pertolongan. Hasrat untuk mengerjakan rukun islam yang ke-5 diusia yang muda insyaAllah bakal tercapai Oktober nanti. Mohon doa dari sahabat-sahabat supaya perjalanan saya dan ibubapa ke sana sebagai tetamu Allah dipermudah dan diterima sebgai haji yang mabrur. Ameen.

suatu hari nanti, insyaAllah
Pertama kali semasa mendapat tawaran Tabung Haji terpilih ke tanah suci pada tahun ini, hati sangat gembira dan teruja. Impian yang lama tersimpan bakal tercapai. Namun, kadang-kadang hati kecil masih lagi nak risaukan hal dunia? masih risaukan bagaimana nak cuti waktu-waktu clinical years ni? terpikirlah saya sorang-sorang akan ketinggalan dari rakan-rakan satu batch dan mungkin juga kena extend study? hmm...istikharah..istikharah..istikharah itulah yang termampu saya lakukan. Alhamdulillah, satu per satu jawapan saya dapatkan, bukanlah mimpi seperti yang orang katakan, tapi suatu keyakinan dan keteguhan hati untuk membuat keputusan menerima tawaran tersebut. Banyak pendapat dan nasihat saya cuba dapatkan. semua memberi kata semangat dan positif. Terkesan di hati saya bila terbaca email dari seorang lecturer saya, "Terpilih menjadi tamu Allah di usia yang masih muda belia adalah rezeki yang ternilai harganya. Bagaimana kamu bisa menghitung2 nikmat yang Allah berikan dengan posting clerkship? Terkadang apa yang kita fikir baik belum tentu baik menurut Allah, apa yang kita fikir buruk belum tentu buruk menurut Allah. Karena Allah lah yang Maha Tahu yang terbaik bagi kita". 

Ya saya yakin segala yang berlaku dan akan berlaku telah ditentukan oleh Nya. No more worries =)

***

Segala urusan permohonan cuti, persiapan diri dengan menghadiri kursus-kursus asas haji, kursus intensif haji, dan pemeriksaan kesihatan telah dilalui secara bertahap-tahap, cuma menunggu kursus perdana haji yang akan diadakan september nanti sebagai persiapan terakhir bagi jemaah haji yang terpilih sebelum ke Tanah suci pada tahun ini sahaja. Disebabkan tercampak kat perlis ni sorang-sorang, terpaksa la join kursus-kursus haji ni dengan jemaah makcik-makcik dari peghelih...hehe...makcik-makcik janganlah pandang saya semacam jer?? mungkin pelik orang muda pergi kursus haji? (Alhamdulillah dpt peluang time muda) terpaksalah independent dan sembang gaya makcik-makcik untuk mengurangkan jurang perbezaan, haha...bak kata pepatah "jikalau ular menyusur akar, takkan hilang bisanya" ye tak?

Semua benda yang berlaku dalam hidup kita dalah guru yang terbaik buat diri, tak kira lah dimana pun kita berada, bersama siapa pun kita, bersendirian atau berjemaah, ada hikmah untuk diri kita. Banyak benda belajar bila hidup jauh dari keluarga ni. 



p/s: Dikesempatan ini, saya memohon maaf segala salah silap terkasar bahasa, terguris hati. saya hanya insan lemah yang sentiasa perlu dibimbing dan dalam proses memperbaiki diri. Mohon doa dari sahabat-sahabat supaya dipermudahkan urusan saya untuk menjadi tetamu Allah. =)











Thursday, June 21, 2012

Bye-Bye Mr. Braces


Assalamualaikum, 

21 June 2012 saya mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat setia gigi-gigi saya, Mr.braces yang setia menjaga gigi-gigi supaya sentiasa teguh bersatu =) . 3 tahun jugak lah kita berkenalan kan? 

Terima kasih doktor gigi yang baik hati tolong debond, walaupun doktor-doktor lain menolak untuk menyambung kerja doktor dari Indonesia. Pelik? Aneh? Merata saya cari dentist untuk debond tetapi kebanyakannya menolak? Mungkin taknak ambil risiko menyambung kerja orang lain..hmm...kalau ada pun, letak harga tinggi melampau..huhu.. kalau kekangan waktu dan cuti sepanjang clinical years memang lebih baik saya beli tiket flight Airasia ulang alik Medan habiskan prosedur kat sana kalau harga segitu! Mungkin dentist-dentist di Malaysia perlu letak harga yang berpatutan dan dapat membantu pesakit, bukan menyakitkan pesakit dengan caj harga melampau. Ada hikmah nya lah saya tercampak kat kangar ni. 

Alhamdulillah.


Sempurnakanlah Akhlakku, sebagaimana engkau sempurnakan ciptaanku.

Ingatlah Musibah itu ujian, Nikmat juga ujian !





Saturday, June 16, 2012

Black & White

Assalamualaikum,
dah lama tak update blog...mood blogging pun terpaksa dipendamkan sebab tiada masa dek kesibukan clinical? haha...(mungkin alasan ini untik orang yang tak cekap dalam berblogging macam saya). Apa pun pastikan kita semua menggunakan masa dengan sebaiknya.


Alhamdulillah posting yang ke-4 ni berjaya dilalui dengan jayanya, selama satu bulan kami berada di "dunia hitam putih" a.k.a "imaging&diagnostic", banyak ilmu telah kami pelajari. Nak jadi doktor di bidang ini perlukan ketelitian, satu titik atau garisan yang kecil pun boleh jadi suatu tanda penyakit. kalau radiologist terlepas pandang tanda yang terpapar kat filem x-ray tu kemungkinan diagnosis dan treatment yang diberi juga tak tepat. Sama seperti didalam kehidupan kita, banyak tanda-tanda kebesaran Allah yang kita terlepas pandang, kita selalu kagum dan takjub hanya dengan ciptaanNya yang nampak dengan mata kasar tetapi kadang terlupa dengan ciptaanNya yang tidak terlihat oleh mata kita kan? Hanya mereka yang melihat dan berfikir dengan teliti sahaja dapat memahami ibrah atau pengajaran dari setiap kejadian tersebut. "Jangan memperkecil sesuatu yang kecil"

p/s: menunggu posting akan datang ! full with babies and kids =D
here i come paediatrics!