15.10.2012
selamat membaca !
duduk depan sekali, boleh tengok pemandangan luas~ |
Sebaik duduk didalam bas kami dihidangkan dengan welcome food, perut tengah kosong memang sedap pekena nasi arab ni...
Perjalanan Jeddah-Mekah mengambil
masa sekitar 2 jam, di sempadan tanah haram bas kami perlu melalui pemeriksaan,
untuk memastikan jemaah yang dibawa mempunyai visa yang sah dan beragama islam.
Mereka juga turut mengagih-agihkan kotak-kotak yang berisi makanan dan air
zam-zam sumbangan dari kerajaan arab saudi untuk para jemaah yang datang ke
tanah haram. Pemandangan kiri dan kanan semua dihiasi dengan deretan padang
pasir atau runtuhan bangunan, di jalan raya pula, dipenuhi dengan kereta mewah
dan besar-besar, beruntung dapat pakai kereta mewah disini kerana harga kereta
murah.
Gunung-ganang pasir |
Di negara kita, kalau pemilik kereta mewah, keretanya pasti digilap dan dijaga sebaik mungkin, calar atau kemek sedikit dah hantar ke bengkel. Disini tidak, kereta mereka ditutupi dengan debu yang tebal dan kemek sana-sini, selagi kereta boleh digunakan dan kondisi masih baik, mereka gunakan. Kalau dah hancur baru mereka akan menggantikan dengan kereta baru, kata salah seorang mutawif kami.
Bandar di Tanah Haram |
Walaupun kebanyakan pemandangan disini mempunyai tone warna tanah...tetapi mata saya tetap segar menikmati keindahan landskap Haramain sepanjang perjalanan =) |
***
Hotel Kami (Land Premium) maktab 95,96,98 ditempatkan disini |
Semasa kami tiba di perkarangan
Hotel, saya dapat melihat jemaah dari pelbagai negara sedang berpusu-pusu ke
arah masjidil haram kerana pada waktu itu sudah hampir masuk waktu asar. Sebaik sahaja bas mematikan enjinnya, kami
diberitahu bahawa penginapan kami adalah Hotel Land premium dan jaraknya ke
masjidil haram adalah 950m. Satu bilik dimuatkan dengan 4-6orang jemaah, Bilik
jemaah perempuan dan lelaki diasing. Terasa suasana asrama, apabila didalam
bilik disusun berderet 6 katil bujang. Untuk musim haji, semua hotel disusun
seperti konsep asrama, mereka memanfaatkan ruang didalam setiap bilik dengan
katil berbanding perabot-perabot lain.
Didalam bilik hotel ( suasana macam asrama ) |
Jemaah berpusu-pusu ke masjid |
Kalau mengikut jadual pihak tabung
haji, kami perlu melakukan tawaf Qudum (selamat datang) selepas waktu isyak,
tetapi ayah tidak mahu berlengah lagi, dia mengajak saya dan mak untuk
melaksanakannya selepas menunaikan solat maghrib di masjid. Lagipun, ibubapa
saya pernah menunaikan haji sebelum ini, jadi kebanyakan aktiviti kami lakukan
sendiri tanpa bergerak secara berkumpulan. Mungkin untuk orang yang baru
pertama kali mengerjakan haji, mereka lebih senang bergerak secara berkumpulan
dengan pihak tabung haji supaya tidak
ada yang sesat atau hilang nanti.
30 minit sebelum masuk waktu solat maghrib, kami mengatur langkah kearah masjidil haram, Malangnya sebelum sempat kami tiba di perkarangan masjid, terlihat dari jauh orang ramai telah membuat saf untuk solat maghrib sampai di tepi-tepi shopping mall. MashaAllah, first time tengok kesesakan manusia, selalunya di Kuala Lumpur sudah biasa dengan panorama kesesakan jalanraya. Disebabkan orang terlampau ramai, kami tidak dapat masuk ke dalam masjid mahupun perkarangan masjid =(
Kesesakan manusia menuju masjidil haram |
Alhamdulillah, selesai melakukan tawaf qudum didalam kesesakan begini. 1 jam untuk menghabiskan 7 pusingan (kalau tak sesak 35 minit dah boleh selesai insyaAllah) |
pergi dan balik, melangkah tanpa dapat melihat tanah (o_O) terbayang tak?
to be continued...
menarik.Allah.doakan ambe huhu :)
ReplyDelete