16.10.2012
sihat jasmani rohani
Terasa sengal-sengal dan tegang
juga otot-otot kaki bila setiap waktu solat berulang alik berjalan kaki masjidil
haram-hotel. Mungkin training beberapa bulan sebelum ke tanah suci tak cukup
membuatkan otot-otot kaki fit untuk melakukan aktiviti yang extraordinary
disini. Kalau dijumlahkan sehari saya berjalan 10km. Pecah rekod seumur hidup,
kalau di sini seboleh-bolehnya nak parking kereta paling dekat dengan wad
hospital sebab malas nak berjalan kaki, maklumlah tenaga perlu disimpan untuk
berdiri lama dan berjalan jauh semasa ward round.
Mujurlah di kangar ada trek jogging
yang disediakan Majlis Perbandaran Kangar (MPK), “Larian Denai” memang
disediakan bagi penduduk-penduduk disini, tak kira pagi dan petang taman
rekreasi ini dipenuhi dengan mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat. Golongan
muda suka berjogging, nyonya dan apek pula bertai-chi, tak kurang juga yang
memilih untuk senamrobik dengan irama yang rancak. 1 Malaysia ! pelbagai kaum
melakukan aktiviti disini. Jadi, selama beberapa bulan sebelum berangkat ke
tanah suci, disinilah bermulanya training 3km jogging setiap hari, itupun dah
terasa boleh buat diagnosis untuk diri sendiri AEBA (Acute exacerbation
bronchial asthma) 2° to exertion.
p/s: nasihat untuk mereka yang nak
ke tanah suci lepas ni…mungkin boleh tambah lagi jarak jogging anda dan jaga
kesihatan sebaiknya =)
Cerita diatas bukanlah suatu keluhan
sebenarnya, tetapi untuk membuka minda pembaca, melatih diri supaya belajar
bersusah-susah dahulu dan dapat buat persediaan fizikal dan mental sebelum
pergi menunaikan haji. Kadang-kala bila mind set sesetengah orang pergi haji
sama sahaja seperti melancong luar Negara, dah bayar mahal mesti dapat perkhidmatan
yang terbaik kan? Disini mungkin TIDAK untuk sesetengah perkara, semua manusia
tak kira pangkat, darjat atau keturunan, sama disisi Allah. Segala ibadah dan
tuntutan didalam perjalanan haji sebenarnya mengajar diri ini supaya merendah
diri, bertolak ansur dan bersabar dengan pelbagai kerenah manusia. Tiada masa
untuk berbangga dengan kekayaan, pangkat dan keturunan.
Beruntung bagi mereka yang pergi
haji dengan pakej yang mahal dan tahu mengambil peluang dan kemudahan yang ada
untuk beribadah sebaiknya di Tanah Suci. Rugi juga kalau nikmat dan peluang
diberi, tetapi tidak mengambil peluang yang sebaiknya, sehingga disebabkan
terlalu dekat jarak masjid dan hotel, mereka pilih untuk solat berimam tetapi
dari dataran hotel? Tidak mahu merebut peluang berada di saf didalam masjid.
Hakikatnya yang lebih penting bagaimana seseorang itu menggunakan nikmat dunia
yang dikurniakan untuk digunakan di jalan Allah.
Bagi mereka yang mengikut pakej
muassasah, sangat beruntung ! kenapa? Itupun kalau kita bersangka baik dan
pandang positif terhadap sesuatu perkara, walaupun jarak hotel-masjid agak
jauh, tetapi semakin jauh jarak kita berjalan kaki menuju masjid, insyaAllah
semakin banyak pahala yang diperoleh! Malah, melatih diri untuk merancang masa
dan bersiap awal sebelum masuk waktu solat. Alhamdulillah, didikan yang sangat
bermakna, Make Allah your first priority.
Di sebelah sisi lain, sedih juga
melihat apabila ada jemaah yang menggunakan alasan jarak yang jauh untuk tidak
pergi solat berjemaah di Masjidil haram. Mereka lebih memilih untuk solat di
surau hotel. Bahkan, ada pula yang berjemaah mengikut imam di setiap tingkat
hotel. Rugi kalau dah berada di Tanah Suci, tidak merebut peluang pahala solat
di Masjidil haram
صَلاَةٌ فِى مَسْجِدِى أَفْضَلُ
مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلاَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ وَصَلاَةٌ فِى
الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُ مِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ
“Shalat di masjidku (Masjid
Nabawi) lebih utama daripada 1000 shalat di masjid lainnya selain Masjidil Harom.
Shalat di Masjidil Harom lebih utama daripada 100.000 shalat di masjid lainnya.”
(HR. Ahmad 3/343 dan Ibnu Majah no. 1406, dari Jabir bin ‘Abdillah. Syaikh Al
Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Lihat Shahih
At Targhib wa At Tarhib no.
1173.)
Saya faham kalau yang solat di
hotel itu adalah atuk-atuk dan nenek-nenek yang kurang upaya dan mempunyai
masalah kesihatan, tetapi kalau masih muda belia insyaAllah masih boleh menapak
kaki pelan-pelan.
Sepanjang pemerhatian disana,
bangsa-bangsa lain lebih berusia tetapi semangat untuk mereka pergi ke masjid
cukup dapat dibanggakan. Atuk-atuk dan nenek-nenek mereka ada yang berkaki tiga,
berkerusi roda, malah badan bongkok 90° pun berusaha ke masjid. Dengar pula,
penempatan bangsa-bangsa tersebut lebih jauh dari penempatan rakyat Malaysia. Jarak
yang jauh tiada penghalang selagi semangat dan niat yang ikhlas datang dari
diri sendiri. Diam seribu bahasa (-_-“)
to be continued...

No comments:
Post a Comment