Ujian itu Tanda Allah Sayang
17.10.2012
Hari ketiga kami memulakan hari
seperti biasa, sewal jam 2:30 pagi kami berjalan kaki menuju masjidil haram.
Kami perlu keluar awal untuk mengelakkan kesesakan manusia dan supaya kami
dapat berada di saf yang didalam masjid.nak dapatkan ganjaran 100 000 pahala
solat disana. Kalau lambat sudah tentu terpaksa solat dipintu masjid, paling teruk tak sempat pun masuk ke perkarangan masjid,
hanya dapat solat di luar kawasan, ditepi kedai-kedai.
Hari ini saya diuji, kaki cramp,
bila berjalan tertengkot-tengkot, agaknya terkejut kaki setiap hari perlu
berjalan lebih kurang 10km. Kalau di Malaysia, ke mana pun pergi nak naik
kereta kan..,dimanjakan sangat kaki, bila terpaksa bekerja keras sedikit, mula
lah nak sakit sana sini. Ujian kedua pula, badan jadi tak bermaya, dah ada
simptom nak demam. Banyak dah minum air zam zam tetapi panas didalam badan tak
juga lega, dari selepas zohor sampai ke waktu isya saya hanya mampu duduk dan
baring dikawasan masjid, dan mak saya terpaksa tawaf sunat seorang diri. “Jelous”
terlepas peluang nak tawaf pada hari ni, kalau ikutkan hati memang nak saja
melangkah ke tempat tawaf, tapi nanti kalau pengsan ditengah-tengah lautan
manusia tu, mau dipijak oleh manusia yang berbadan sasa dan tinggi itu.
Untuk memanfaatkan masa yang ada,
saya cuba membuka alquran, tapi malangnya membaca alquran pun hanya dapat
beberapa baris, kepala makin lama makin berat dan mata pun asyik nak tertutup
macam dijahit, kemudian saya terpaksa
menggunakan alternatif lain dengan mendengar mp3 ayat alquran untuk mendengar
sambil menghafal. Inilah cara memanfaatkan teknologi zaman kini. Terasa rugi
kalau tak memanfaatkan masa yang ada. Mungkin ujian hari ini sebagai kifarah
dosa yang lalu, (-_-"). Balik terus
makan ubat dan tidur, berdoa agar cepat sembuh supaya masa ditanah suci dapat
digunakan untuk beribadat sebanyak-banyaknya.
“Ya Allah
Kau yang mendatangkan sesuatu penyakit, dan Kau jualah yang dapat
menyembuhkannya”
***
Amar Ma’ruf Nahi Munkar
Didalam keadaan saya yang separuh
sedar, sempat lagi saya menjadi penganalisis sikap manusia di sekeliling,
bukanlah untuk menilai atau mengkritik, tetapi memilih untuk mencari motivasi
supaya saya menjadi seperti mereka atau mengambil iktibar dari mereka supaya
lebih berhati-hati. Teringat kata-kata seorang pensyarah saya di Indonesia
dahulu, “Rumput pun Kau boleh jadikan guru”, pensyarah ini memang suka menyelitkan
kiasan dan peribahasa didalam setiap penyampaian kuliahnya. Best! Kata-kata padat dan tepat.
Semasa menunggu disudut masjid, saya
sempat memerhatikan tingkah laku dua orang wanita Arab ini, mereka berjalan dan
approach jemaah dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain, mereka seperti
menerangkan sesuatu, mujur mereka berbahasa Inggeris, saya dapat memahami apa
yang mereka sedang sampaikan. Mereka secara sukarela mengajar cara berwuduk dan
solat mengikut cara Rasulullah S.A.W, MasyaAllah simplenya kalau nak mengajak
orang kearah kebaikan! Walaupun pada asalnya orang disekeliling tidak tahu apa
tujuan mereka, tetapi akhirnya ramai mata-mata dan telinga-telinga tertumpu
kepada mereka berdua, sehingga terjadi interaksi dua-hala apabila ada yang
bertanya tentang kekeliruan mereka didalam melakukan rukun-rukun tersebut.
sukarelawan Arab yang mengajarkan cara-cara
berwudhu dan solat kepada jemaah di masjid
Cara begini perlukan keberanian, tidak kira orang nak terima atau tidak apa yang disampaikan, tetapi mereka berusaha dahulu. Disitu saya dapat lihat banyak cabang untuk melakukan amar ma’ruf atau menyampaikan sesuatu. Tak perlu pun guna tenaga dan duit yang banyak, jemput ustaz ustazah untuk buat sesuatu program menyampaikan ceramah atau pengisian. Yang utama, apabila kita mempelajari ilmu, kita berani menyampaikan kepada orang lain pula. Kalau nak tunggu diri sendiri jadi ustaz/ustazah baru nak sampaikan??? Akibatnya jahil lah semua manusia di bumi, tiada penyampai (pendakwah).
No comments:
Post a Comment