Alhamdulillah harini dah makin
sihat, walaupun subuh tak dapat berjemaah di masjid, saya cuba gagahkan diri
untuk pergi waktu zohor, dengan izinnya dapat jejakkan kaki di rumahNya.
Selesai solat zohor berjemaah, saya mengajak kedua ibubapa untuk menemani saya
menunaikan tawaf sunat. Memang agak mencabar kalau dilihat tawaf dengan cuaca panas
terik ditengah lautan manusia. Tapi azam dihati nak ganti tawaf sunat yang
tertinggal subuh tadi membuatkan diri bersemangat untuk tawaf tatkala sang
matahari berada diatas kepala. Selesai sahaja 7 pusingan, dah dapat rasa aura
nak pengsan, dari leher ke kepala terasa sejuk akibat pengecilan (vasoconstriction) pembuluh-pembuluh darah di muka dan kepala, terasa darah makin sedikit sampai ke kepala, mata pula berpinar-pinar dan mulai gelap. Nak duduk atau berhenti ditengah-tengah pusingan
tawaf memang tiada ruang, kalau ada pun memang cari nahas untuk dipijak. Terus berpaut pada
bahu ayah sambil mencari jalan keluar dari pusingan tawaf. Saya terus duduk
sebaik sahaja ternampak sedikit ruang untuk mengambil udara segar dan
mengurangkan tarikan graviti bagi memudahkan darah mengalir ke kepala semula.
Mungkin badan belum sembuh sepenuhnya untuk menghadapi tawaf yang paling tough
diwaktu tengahari, ditambah lagi beberapa hari sebelum itu saya tidak makan
malam akibat keletihan menyebabkan tidak bertenaga. Betul, sungguh berbeza
jihad menunaikan umrah dengan menunaikan haji, bukan sahaja jihad dengan cuaca, menahan nafsu ammarah dek
asakan manusia, malah terpaksa menahan hidung dengan campuran peluh dan pewangi
asli manusia dari pelbagai bangsa negara dan ras.
Di Padang Mahsyar nanti manusia lagi ramai, satu dunia berkumpul menunggu perhitungan, tidak hairanlah ada terbaca riwayat yang mengatakan pada hari tersebut ada manusia yang berenang atau tenggelam dilautan peluhnya sendiri, Nauzubillah. Matahari pula hanya sejengkal diatas kepala. Segala balasan adalah sesuai dengan amalannya di Dunia. Allah itu Maha Adil.
Tawaf di tengah hari tetap padat dan ramai dengan manusia |
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya [7]. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
(QS. Al-Zalzalah 7-8)
Syukur sekurang-kurangnya Allah
bagi saya peluang untuk selesaikan 7 kali pusingan. Peristiwa itu tidak
mematahkan semangat saya, mungkin lepas mengambil makan yang cukup dan sembuh
sepenuhnya saya akan harungi lagi. Malu kalau orang yang sihat fizikal seperti
saya cuma pening-pening sedikit untuk mengundur diri bila melihat mereka yang serba
kekurangan atau OKU boleh melakukannya. Subhanallah, milik Allah segala
kekuatan yang diberi.
Terima kasih mak ayah yang menjaga
anakmu ini semasa sihat dan sakit. =)
to be continued...
No comments:
Post a Comment