Pages

Wednesday, April 15, 2009

LaMa MenYePi, KinI keMbALi

Sudah sekian lama saya meninggalkan blog kesayangan saya ni tanpa ditemani dengan cerita2 di perantauan, mungkin sebab kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar atau mungkin kerana sifat malas saya yang semakin menjadi2..maklumlah dah lama tak menulis…orang kata kalo nak istiqamah dalam sesuatu perkara mesti lakukan dalam masa 40 hari berturut-turut?? Hmm..mungkin sebab diri sendiri nak menaip kt laptop ni pun amat jarang skali tu yg tak istiqamah !

Alhamdulillah malam ni diberi kelapangan waktu nak berceloteh sket sebelum melelapkan mata sambil2 melupakan stress memikirkan apakah yang bakal terjadi pada tutorial esok, nih yg tension !! memikirkan diri yang tak berkeyakinan untuk berkata2 seperti rakan-rakan yang lain, terasa diri amat lemah dan rendah diri kalo bercakap bab2 berdebat dan mengeluarkan kata2 dengan lantang di khalayak ramai, hehe..kadang2 agak jeles dengan rakan2 yg pandai bercakap, fuhh…bila dah start berkata2 sampai tak boleh nak berhenti ! Walaupun preparation sebelum tutorial sudah dibuat tapi mesti dalam bilik tutorial tu efek simpatis datang tiba2, huh..gugup dibuatnya. Takpelah, masing2 ada kelebihan mereka tersendiri. Saya yakin setiap kekurangan dan kelebihan yang Allah beri pada diri manusia itulah yang menjadi pelengkap antara satu sama lain.

Hari ni teman sebilikku baru memulakan hobi baru ni “blogging”, dia ni memang hebat bermain dengan mata pena nih, malah berkata2 pun memang power !! sape berani lawan?? Memang tak dinafikan sape yang tak kenal Iza, seorang yang peramah dan banyak mulut (heheh..jgn mare..juz kiddin ). Dengar je muqaddimah blog iza ni da tau memang budak sastera + jiwang (maklumlah dari mat jiwa). Teruskan usaha cahiyok2 ! ni yg lagi rasa rendah diri bila Tok Guru da buat blog, saya anak murid baru belajar harap beri tunjuk ajar ye..heheh.

Oklah sampai disini dulu, perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya system badan berfungsi secara normal pada esok harinya..Selamat malam, Good Night, Oyasumi kepada semua !!

“..Ya Allah ampunilah dosaku dan permudahkanlah urusanku pada hari esok..”

1 comment: