Pages

Thursday, February 7, 2013

Memori Haramain VI

Assalamualaikum,

Hampir seminggu setelah cuti semester bermula, terlalu sibuk sejak berada di department medical sehingga lah hari ini baru dapat memainkan minda untuk berkarya di blog sendiri...hehe... Professional exam dah berlalu, moga kami semua mendapat kejayaan.Cuti semester selama lebih kurang 2 minggu perlu dimanfaatkan. Alhamdulillah walaupun dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai pelajar, anak dan seorang muslim, segala urusan saya dipermudahkan dan bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Moga kami diberi kelapangan waktu, kekuatan jiwa dan dikurniakan rezeki yang diberkati. 2.2.2013 Bismillah !                        

                                                                             (^_^)

***

Selamat menghayati ceritera selama saya berada di Haramain dan semoga bermanfaat~

Yaumul jum'ah

19.10.2012

Hari ini merupakan penghulu segala hari, penuh barakah. Suasana pagi di masjidil haram pun nampak tenang. Tawaf pagi ini pun mudah. Selesai subuh Kami berpeluang untuk melihat kaabah dengan tenang tanpa ada polis-polis yang menghalau kami supaya beredar. Sempat lagi merakamkan gambar kenangan bersama mak tersayang didepan kaabah. Teringin untuk solat jumaat di masjidil haram, tetapi para jemaah wanita tak digalakkan berada di sekitar masjid ketika solat jumaat atas alasan keselamatan. Sudah tentu hari ini masjid akan dipenuhi rakyat tempatan ditambah dengan jutaan jemaah haji, makin sesaklah. Prinsip saya, bagi keutamaan kepada kaum adam yang wajib melaksanakan tuntutan solat jumaat berbanding kaum hawa. Namum saya tetap menanam hasrat untuk solat jumaat disana selepas musim haji, mungkin waktu itu jemaah haji sudah banyak yang berangkat pulang. InsyaAllah.


Snap pemandangan sekitar ketika didalam perjalanan balik ke hotel

***

Sesak Dunia, sesak lagi Akhirat !

20.10.2012

Semua penerbangan jemaah haji dari seluruh negara dikatakan berakhir hari ini. Mekah dipenuhi sepadat-padat manusia, dari seluruh pelusuk dunia berkumpul di tanah suci ini dengan tujuan yang satu. Allahuakbar.Pergerakan makin terbatas dan makin lambat. Kalau emergency case memang tak tahu macam mana nak mencelah keluar. Ya Allah mudahkan langkahku mengharungi manusia-manusia ini. Dalam kesesakan macam ni, macam macam penyakit boleh menular, sana sini terdengar orang batuk terkokol-kokol dan hidung mengesot-ngesot. Hanya dapat berdoa supaya dilindungi dari penyakit yang merbahaya. Pantang larang dalam ihram perlu dijaga, kerana kami memilih untuk menunaikan haji ifrad, mask muka tak boleh digunakan sebagai ikhtiar pencegahan. Sedikit sebanyak memberi kesan kepada kami, tekak dan hidung dah mula perit. Cuaca yang panas, suasana berdebu dan jarak antara manusia yang hanya sejengkal menyebabkan ramai yang diuji nikmat kesihatan.


Kesesakan setelah selesai waktu solat,
kami terpaksa menunggu 10-15minit supaya jalan kurang sesak sebelum balik hotel.

Jarak antara dua waktu solat maghrib dan isyak yang terlalu dekat menyebabkan ramai jemaah yang tak berganjak dari tempat duduk saf, mata terpaksa melilau-lilau mencari ruang antara celah jutaan jemaah. Laluan jalan semakin lama semakin sempit bila menghampiri waktu solat, terpaksa la melangkah dan menyelit ditengah-tengah jemaah.

Pelbagai kerenah manusia kalau dilihat yang berada disini, ada yang tidur bergelimpangan dilaluan jalan, ada yang letak sejadah dan ambil ruang sebesar-besarnya dan ada yang menolak-nolak, bertekak mulut, ada yang saja merapatkan lutut dan bahu dan tak membenarkan jemaah berjalan diantaranya. Tanpa kita sedar, kadang-kala kita bersikap mementingkan diri dan tidak mahu mengalah kepada orang lain dan mungkin juga sehingga menyakiti hati orang lain. Bukankah kita disarankan menjaga hubungan dengan Allah dan Hubungan dengan Manusia? Tiada guna kalau kita solat dan berdoa merayu-rayu didepan kaabah memohon agar terkabulnya segala doa dan dosa diampunkan sedangkan didalam masa yang sama kita bersikap mementingkan diri, kita menolak-nolak dan mengherdik jemaah lain yang ditepi kita jika mengambil tempat kita, awalnya ingin mendapat tempat yang paling afdal berdoa, tetapi dalam masa yang sama kita menyakiti orang lain. Malah, ada pula yang bersikap diktator, mereka sudah lambat masuk saf, tetapi dengan sengaja duduk dihadapan kita dan menyuruh kita berganjak ke tempat lain. Astagfirullah, moga pengalaman ini menjadi didikan untuk membentuk diri menjadi lebih sabar. 

Berilah ruang untuk Aku bersolat dirumahMu, walau sepenuh mana pun jemaah, saya tetap menguatkan semangat untuk mencari ruang didalam masjid, namun ramai juga jemaah yang malas nak bersesak dan memilih untuk solat dikawasan luar masjid, sudah tentu tidak sama bersolat didalam masjidilharam dengan diluar. Saya tidak mahu kerugian. Alhamdulillah, tiba-tiba ada makcik arab tarik saya untuk duduk disebelahnya, moga kebaikannya dibalas Allah. Kita bantu orang, Allah bantu kita.


TIPS menjaga hubungan dengan manusia :
-Taat ibu bapa dan elakkan menyakiti hati mereka
-Selalu momeohon ampun dan mendoakan mereka
-Berbuat baik kepada gru-guru dan mendoakan mereka
-Ikhlas dalam persahabatan
-Selalu tersenyum kepada sesama muslim (senyum itu sedekah)
-Menjaga tutur kata
-Elakkan dari menyusahkan orang lain selagi mampu berdikari
-Menanamkan rasa cinta sesama muslim
-Segera memohon maaf jika berbuat kesalahan
-Hormati yang tua, Adil terhadap yang muda
-Bercakap dengan lemah-lembut dan berhikmah


 to be continued...







.






5 comments:

  1. That іѕ a gгeat tіp espeсіаlly tο thоse
    neω to the blοgoѕρhere. Bгiеf but vеry ρrecise infoгmatiοn…
    Thankѕ for sharing this onе. Α must гead post!


    My blοg - coffee recipes

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum whb..tahniah di atas ceritera yg dipaparkan...terasa sangat kerinduan untuk mengulangi detik2 indah musim haji 1433H yang lalu...andai masa dapat diundur, pasti aku lakukan yg terbaik dari apa yang telah terdahulu..sesungguhnya pengalaman di tanah suci musim lepas terasa begitu cepat berlalu...seperti penulis, saya juga menginap di hotel land premium, dari maktab 96, kt19. Walau terletak jauh dari masjidil haram tetapi syukur kerana diberi kekuatan beribadah di sana setiap hari. Dan rasanya saya juga ada perasan wajah penulis semasa di hotel tetapi kita tidak mengenali dan tidak berpeluang bertegur sapa, maklumlah ramai sangat penghuni hotel tersebut..boleh saya tahu penulis berada di tingkat mana...

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum whb..tahniah di atas ceritera yang dikisahkan. Ianya mengimbau kenangan manis saya dan suami yg menginap di hotel yg sama, dari maktab 96, kt19 pada musim haji yg lepas...syukur alhamdullilllah, walau pun hotel kita terletak jauh dari masjidil haram, kami masih berkesempatan menunaikan solat di rumah Allah setiap hari. Cumanya waktu zuhur kami bersolat di surau hotel, tetapi adakalanya bila kesihatan tidak mengizinkan kami juga bersolat di surau hotel tersebut. Byk pengalaman pahit manis sewaktu berada di hotel yg menempatkan saya seramai 10 sebilik. Byk org, byklah ragamnya..namun sy menerima ini sebagai ujian dari Allah yg perlu ditempuhi dengan sabar. Apapun syukur kerana saya juga mendapat peluang mengetuai bacaan yassin, zikir dan berselawat semasa berada di khemah Mina..sesuatu yg tidak pernah sy bayangkan dan menjadi kenangan paling indah sepanjang hayat saya...

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum whb..tahniah di atas ceritera yg dipaparkan...terasa sangat kerinduan untuk mengulangi detik2 indah musim haji 1433H yang lalu...andai masa dapat diundur, pasti aku lakukan yg terbaik dari apa yang telah terdahulu..sesungguhnya pengalaman di tanah suci musim lepas terasa begitu cepat berlalu...seperti penulis, saya juga menginap di hotel land premium, dari maktab 96, kt19. Walau terletak jauh dari masjidil haram tetapi syukur kerana diberi kekuatan beribadah di sana setiap hari. Dan rasanya saya juga ada perasan wajah penulis semasa di hotel tetapi kita tidak mengenali dan tidak berpeluang bertegur sapa, maklumlah ramai sangat penghuni hotel tersebut..boleh saya tahu penulis berada di tingkat mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalamualaikum, t.kasih sudi baca...tak sangka ada jemaah yg haji sekali dgn saya terjumpa disini...macam mana boleh jumpa blog saya ya? Saya maktab 98, kt95, tingkat 6...bilik 645...

      Delete