Pages

Wednesday, July 16, 2014

Memori Haramain IX

Mencelah sekejap...

Assalamualaikum....minta maaf sangat-sangat, hampir setahun saya dah tak update blog...memang berniat nak berblog dan berkongsi pengalaman dalam ni...tapi apakan daya banyak perkara berfaedah dan tak berfaedah yang menghambat saya menulis blog..hehe..insyAllah akan cuba update cerita yamg dari dulu-dulu sampai sekarang =)


28.10.2012

Jom Walkathon

 
Selesai solat subuh kami bertiga melontar ketiga-tiga jamrah. Rencana Ayah nak ke mekah terus untuk menyelesaikan tawaf haji. 10-13zulhijjah orang belum ramai yang balik ke mekah, mungkin lebih mudah untuk tawaf. Dari tempat jamrah ke masjidil haram berjarak 7km. Kalau menaiki kenderaan 15 minit dah sampai ke destinasi jika tiada kesesakan lalu lintas. Namun, Berita beberapa jemaah haji yang hilang dibawa lari oleh pemandu teksi arab semasa menunaikan umrah  membatalkan niat kami untuk menaiki teksi ke mekah, dan semestinya dimusim haji pemandu teksi akan meletakkan tambang yang tinggi, paling kurang 200riyal.

Pemandangan dari Mina menuju Mekah; ramai jemaah berjalan kaki menuju Masjidil haram

Tercari-cari juga perkhidmatan bas yang disediakan disekitar jamrah, tetapi kami hanya nampak lautan manusia di jalan-jalan raya, tiada pengangkutan awam, yang ada bas dan teksi sapu. Pemandu-pemandu ini ingin mengaut keuntungan, mereka memenuhkan kenderaan melebihi had muatan, sehingga ada jemaah yang diletakkan diatas bumbung tanpa mengira keselamatan penumpang.

Kami tiada pilihan, kami menurut gerak kaki jemaah-jemaah yang lain, dari tempat jamrah sudah terlihat menara jam di safwa's tower, pasti masjidil haram tak jauh dari sini, setapak-setapak kami mengatur langkah akhirnya sampai juga masjidil haram, pecah rekod kami berjalan kaki  lebih 7km. Tetapi hampir 1km kami menjejakkan kaki di masjidil haram, ada pakcik Indonesia yang bekerja membawa bas bagi Jemaah haji Indonesia menawarkan kami untuk menaiki bas mereka hanya dengan bayaran 5 riyal, “bagai mata mengantuk disorongkan bantal”,  kaki pun dah tak rasa jejak tanah, lemah longlai jadinya sebab jauhnya kami menapak kaki untuk sampai ke tahap ini.

Sangkaan tidak ramai orang yang kembali ke mekah pada waktu itu tidak tepat sama sekali, tak kira masa masjidil haram tidak pernah lengang dengan manusia yang beribadah, mungkin kalau sudah tidak ramai manusia yang datang ke sini, itu petanda hari nak kiamat? Alhamdulillah hari ini selesai melakukan tawaf haji.


Berkenalan dengan adik dari Riyadh, comel dan peramah, kami bercakap dengan bahasa sendiri, tapi tetap boleh jadi geng =)  , mereka masuk ke Mekah menggunakan jalan darat dan menginap didalam khemah sepanjang musim haji. wow, macam camping ! 

Malam itu, kami perlu kembali ke mina untuk menyempurnakan mabit(bermalam) di sana, jika jemaah memilih nafar awal mereka hanya wajib bermalam dimina selama 2malam, jika jemaah memilih untuk nafar thani mereka wajib mabit dimina selama 3malam. Perjalanan balik sama seperti kami datng, kami perlu melalui perjalanan sejauh 7km lebih. Tapi rentak kaki malam ini agak perlahan berbanding siang tadi kerana sudah selesai apa yang kami hajati. 

Deretan gerai-gerai menjual jus buah-buahan dan aiskrim disepanjang perjalanan balik mengiurkan tekak yang tengah kering. Sebelum berjalan jauh, kena lah isi minyak dulu, sesiapa pun yang pernah datang ke  Mekah pasti memuji aiskrim dan jus buah disini. Aiskrim lembut bak salju dan jus buah yang asli dan pekat, rugi tak mencuba ! 

berbondong-bondong jemaah melalui terowong untuk kembali ke Mina 

Semasa kami berjalan balik ke Mina, kami terlihat suasana orang ramai bersantai dan berkelah di sepanjang jalan, kami dapati jemaah-jemaah dari negara lain berkhemah dan tidur di tepi-tepi jalan sahaja, kebanyakan mereka adalah jemaah yang datang secara persendirian. Mereka tidak mempunyai khemah dan penginapan khas untuk didiami. 

Jemah-jemaah dari negara lain hidup simple, bentang tikar dan berbaring di tepi jalan


****

Sesat dalam lautan Manusia

Pengalaman ini yang tak dapat dilupakan, selalu mendengar jemaah hilang dalam lautan manusia, sekarang saya sendiri merasai perassan itu. Hampir 30 minit terpisah dari kedua ibubapa ketika didalam perjalanan balik dari Mekah ke Mina. Perasaan terkedu, tak berani nak cakap apa-apa, hanya berdoa dapat bertemu mereka kembali. Nak jadi cerita, pegangan tangan kami terpisah semasa merentasi lautan manusia, sekelip mata sahaja pusing ke belakang dah tak nampak kelibat kedua ibubapa saya, kebetulan pada waktu itu saya memegang payung besar, terfikir untuk mencari perhatian ibubapa saya dengan mengangkat payung tu tinggi-tinggi supaya mereka dapat melihat saya disini. Namun, hampa ! pening kepala tengok manusia ramai macam semut, dah tak nampak beza bangsa dan warna kulit pada waktu itu. Cemas jugak pada awalnya, nak jadi cerita, henfon pun tak ada signal, jadi terpaksalah saya menyembunyikan muka cemas saya, pergi dekat-dekat jemaah indonesia sambil menanti kelibat kedua orang tua saya. Dalam hati memang terkedu, tak tahu nak cakap apa, hanya bertawakkal dan berdoa dapat jumpa mereka semula. 

Cerita-cerita orang hilang dan tak jumpa sampai sekarang berlegar-legar di fikiran. Masa ni lah nak jadi kat diri sendiri pula kan...sedang menunggu tu, ada pula seorang jemaah lelaki dari Malaysia menyapa saya dan bertanya kenapa berdiri di sini seorang diri. Namun saya tetap buat muka selamba dan berani, "Tunggu parents kejap...", tak berani pula saya nak ikut orang yang tak dikenali untuk balik ke kawasan penempatan kami. Apa-apa yang terjadi pun biarlah jalan seorang diri, sebab memang saya ingat jalan untuk balik ke penempatan kami.  


kesesakan manusia didalam perjalanan balik


Alhamdulillah setelah lama menunggu dan mundar-mandir, ada rezeki saya untuk berjumpa mak dan ayah semula...=) , baru lah boleh senyum sampai ke telinga...didalam perjalanan tak habis-habis bercerita bagaimana peristiwa pahit tu berlaku, dan masing-masing berpesan lepas ni jangan berpisah lagi dan perlu lebih waspada dengan orang di sekeliling.




*****

to be continued ....

No comments:

Post a Comment