Pages

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan Kareem....

Meriah bila melihat perkarangan masjid semalam sudah dipenuhi dengan semua lapisan masyarakat islam khususnya, tak kira kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua masing-masing menunaikan solat terawih tanda kegembiraan menyambut ketibaan Ramadhan.

Hari ini merupakan hari pertama umat islam menunaikan ibadah puasa. Mungkin masih bersemangat, dan kita perlu pastikan semangat puasa hari pertama Ramadhan maintain sampai di penghujung bulan Ramadhan. Jangan pula bila dah di penghujung masing-masing lebih bersemangat untuk raya. Gunakan semaksima mungkin 1 bulan bonus berganda untuk kumpul pahala banyak-banyak. Tetapkan azam untuk beramal dan bermujahadah yang terbaik pada Ramadhan tahun ini. Moga apa yang diniatkan kita dipermudahkan Allah untuk kita menggapainya.

Kepada sesiapa yang mengenali diri saya, Mohon maaf jika diri ini ada salah silap dari perbuatan atau perkataan sampai ada yang menyinggung perasaan, membuat marah, membenci, mengganggu ketenteraman sesiapa sahaja. Saling memaafkan antara satu sama lain supaya amal kita diterima Allah InsyaAllah. Semoga keberkatan dan kemuliaan bulan ini dapat dinikmati bersama. Ameen..

::RAMADHAN AL-MUBARAK::

STRONGER BODY AND SOUL.FORGIVENESS. THANKFUL. CHARITY


Sabda Rasulullah s.a.w;

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)
[Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.]


No comments:

Post a Comment