Pages

Saturday, October 22, 2011

Cuti lama


Assalamualaikum,

Apa khabar semua? diharap semua sahabat saya sentiasa dalam keadaan yang terbaik walau dalam apa situasi pun. Maaf blog tak memberi manfaat buat sementara waktu, penulis bercuti panjang mencari inspirasi, insyaAllah akan mula istiqamah berblogging setelah KTI selesai disiapkan (KTI= research melibatkan public health yang perlu diselesaikan sebelum hujung tahun ini). Data-data dah dikumpulkan, jadi sekarang perlu dianalisa dengan program statistik SPSS untuk mendapatkan suatu makna dalam penelitian yang saya buat. Doakan saya yang terbaik!

***

Baru-baru ni, minat membaca tiba-tiba datang, teringat satu buku "Best seller", dah berkurun-kurun dah buku ni keluar tapi tak pernah terfikir nak beli, sebab saya bukan ulat buku. kalau beli 1 buku tu..1 bulan, 2 bulan tak tentu boleh habis..=p takpe lah saya suka baca pelan-pelan, menghayati ayat-ayat satu persatu.


Men are from Mars, Women are from Venus


buku ni lah yang diperkatakan, saya belum habis baca, tapi gambaran awal yang boleh diceritakan kat sini..buku ni membincangkan isu "komunikasi", dalam kehidupan kita memang skills komunikasi ni penting. Tak kira komunikasi antara keluarga, sahabat, pasangan hidup...semua ada cara berkomunikasi tersendiri dalam menjaga hubungan tersebut.

Spesifiknya, dalam buku ni, membahaskan komiunikasi antara dua dunia berbeza iaitu antara kaum hawa dan kaum adam, kita dapat melihat bagaimana cara kedua-dua kaum ini menginterpretasikan setiap kata-kata dan cara mereka berfikir sangat berbeza. Selamat membaca !


***



Kenapa buku kedua ni menarik hati saya?? sebab buku ni penuh dengan gambar makanan! bab makanan dan saya tak boleh dipisahkan. 1 Hari 1 Resepi sesuai untuk mereka yang minat nak cuba masak pelbagai menu...selama 365 hari boleh cuba menu lain-lain =)

Dari masakan local ke western, kuih-muih tradisional dan moden. Macam-macam ada. Sesuai untuk anak-anak muda zaman sekarang yang kurang ilmu tentang masakan dan kuih-muih tradisional, dulu tak ambil petua orang-orang tua...jadi manfaatkan teknologi, semua resepi dah ada dalam 1 buku.

harapan: menjadi chef yang hebat untuk diri sendiri dulu laa...heheh




2 comments:

  1. dja bukan dah mmng hebat masak ke?? huhu..

    ReplyDelete
  2. eh..tak kot..kene tunjuk ajar masterchef dulu..

    ReplyDelete