Pages

Wednesday, January 25, 2012

Acheh (part I )


Assalamualaikum,

Diharap semua dalam keadaan sihat sejahtera dan tetap didalam menegakkan agama Islam,
kali ini saya nak update entri post yang dah lama saya janjikan. Semakin bertangguh, semakin banyak alasan yang akan muncul.


Teringat kata-kata Abdullah bin Umar r.a, " Jika kamu berada di waktu petang maka janganlah tunggu datangnya waktu pagi, dan jika kamu berada di waktu pagi maka janganlah tunggu datangnya waktu petang, serta gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu, dan masa hidupmu sebelum kematian menjemputmu".

Nauzubillah, jauhilah kami dari sikap suka bertangguh !


***

Kisah kami sebagai pengembara di Negara 1000 pulau ni masih belum berakhir sehinggalah tibanya tahun 2011, masing-masing dah tak sabar nak pulang ke tana
h air setelah 3 tahun merantau di Sumatera utara...banyak dah memori dirakamkan di lobus-lobus otak kami selama disini, tetapi kali ini kami nak rakamkan memori Holiday terakhir bersama-sama Martebeuties (Housemates) sebelum meninggalkan bumi Indon
esia buat selamanya =) .

[p/s: Tapi agak sedih sebab 5 orang Martebeuties tak dapat join sekali ]
Selesai Exam semester 6, semua bermesyuarat buat draft plan Holiday, tugas dibahagi ikut kesesuaian dan kredibiliti masing-masing =p Tugas saya? Transpor
tation dan sewaktu dengannya.



Destinasi : Acheh
Tarikh : 17 Jun 2011-20 Jun 2011
Peserta : 7 orang


Bermulalah perjalanan kami menaiki mobil avanza menuju Acheh Darussalam~ ini merupakan pengalaman pertama saya travel jauh-jauh naik kereta. Acheh ni terletak di barat laut pulau sumatera, perjalanan selama 15 jam sangat lama kalau naik kereta, pejam celik - pejam celik tak sampai-sampai lagi..huuu...selama perjalanan memang tak boleh tidur sebab dah ditugaskan sebagai co-pilot supir, terpaksa la tidur-tidur ayam demi menjaga keselamatan semua. Rasanya sepanjang perjalanan dah berkotak-kotak nescafe dan makanan saya bagi kat supir ni supaya dia tak mengantuk driving. Supir ni berhenti 1-2 jam sahaja untuk tidur sekejap..(0_O). Kalau pusing belakang tengok rakan-rakan yang lain? sungguh lena dibuai mimpi dengan gaya bebas masing2..jelous2..takpe lah, demi amanah !

Alhamdulillah kami bertolak petang dari Medan dan berjaya tiba di sempadan negeri acheh pada waktu subuh..singgah sebentar untuk ishoma (istirehat-solat-makan) di masjid tepi jalan, tapi tak ingat lah nama masjid tu..

Snap shot pertama di pagi hari 18 Jun 2011




Pemandangan sepanjang perjalanan ke Acheh...lalu kawasan kampung penduduk tempatan, dan jalan 2 hala ini merupakan laluan utama dari suatu kota ke kota yang lain...mungkin juga ia merupakan punca perjalanan terasa semakin jauh? lepas ni kalau ada highway mungkin lebih jimat masa =) .

***

Jalan-jalan cari makan !

Perut masing-masing memang menahan lapar dari dalam kereta, highway disini tak sama seperti di Malaysia, beberapa kilometer sahaja sudah ada R&R, boleh berhenti bila lapar, sepanjang perjalanan disini, saya hanya nampak ada warung-warung atau kedai kampung yang diusahakan penduduk tempatan di tepi-tepi jalan. Boleh makan kalau anda tahan dengan makanan disini?? hehe...kami mengambil langkah berjaga-jaga, supaya perut kami tak meragam..jadi nak pilih tempat makan selesa sedikit. Jadi dalam kereta kami dah bekal siap-siap makanan ringan untuk menahan lapar sementara sampai ke destinasi.

Supir kami @ Pak anwar kata, Acheh terkenal dengan Warkop (warung kopi)...kami ambil peluang untuk bersarapan di warkop


breakfast di warkop

pelbagai hidangan kuih acheh, lebih kurang kuih di Malaysia?


***

Pukul 10.30 pagi kami tiba di Banda Acheh, ia merupakan bandar terbesar dan ibu kota bagi Acheh. Teruja dan gembira bila menjejakkan kaki di negara orang. Sambil melihat keindahan alam, terngiang tragedi Tsunami tahun 2004. Allah Maha Kuasa! Sebesar-besar bandar ini ditenggelami air dan mayat bergelimpangan sana sini. Tengok dalam TV dulu...Banda Acheh dah jadi seperti pulau, tiada kehidupan langsung. Tak boleh bayangkan siapa yang berada didalam situasi sebenar. Ya Allah jadikan kami diantara HambaMu yang sentiasa bertaubat atas dosa-dosa kami.


"Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu adalah lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan (lebih banyak) bekas-bekas mereka di muka bumi maka Allah mengazab mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan mereka tidak mempunyai seorang pelindung dari azab Allah" "Yang demikian itu adalah karena telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata lalu mereka kafir; maka Allah mengazab mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuat lagi Maha Keras hukuman-Nya" Q.S Ghafir 21-22


Allhamdulillah, sekarang Acheh dah pulih dan membangun dengan bantuan mereka-mereka yang prihatin. Moga kita dapat introspeksi diri masing-masing dan mengambil pengajaran atas apa yang berlaku di Acheh

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).(Q.S. Ar-Rum / 30 : 41)

***
Masjid yang menyelamatkan ribuan nyawa

disinilah ramai orang mendapatkan perlindungan dan terselamat dari bencana Tsunami.

gambar semasa kejadian Tsunami -2004
(sumber:google)


masjid raya baiturrahman 2011

amaran: wajib menutup aurat =)


pandangan interior masjid

hormati azan

gambar kenangan depan masjid with our supir

***
Kapal yang "Gah" di tengah Kota

Kapal yang sepatutnya berlayar di tengah lautan di tolak ombak Tsunami sampai ke tengah bandar. Dipercayai masih ada rumah dan mayat mangsa Tsunami dibawah kapal, tak dapat dikeluarkan kerana kapal ni terlalu berat dan besar.



Tsunami Educational Park

Martebeuties @ group kaki jalan

***

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu kerikil dan di antara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.(Q.S. Al-Ankabut / 29 : 40)

Antara gambar-gambar yang dipaparkan di Tsunami Educational Park...
moga menjadi iktibar buat kita semua




montaj kejadian Tsunami

***

Perjalanan kami masih panjang, walaupun dah sampai di Acheh, destinasi tujuan belum sampai...kami perlu menaiki feri untuk menuju destinasi tujuan --> Pulau Sabang (salah satu pulau di Acheh) Disini, feri merupakan pengangkutan utama untuk penduduk yang tinggal di pulau-pulau sekitar berulang-alik ke tanah besar. Jadi, feri ni boleh dinaiki manusia dan kenderaan berenjin. Untuk memudahkan perjalanan kami di pulau nanti, kami perlu bayar tambang feri untuk harga kereta dan 8 orang penumpang, lebih jimat bawa kenderaan sendiri daripada sewa mobil di pulau nanti !


feri ke Pulau Sabang-2 jam perjalanan

Pemandangan dari atas feri ~ angin sepoi-sepoi bahasa
(macam nak melayang je berdiri atas feri ni, angin kuat)

laut bergelora



***


bersambung...

perjalanan masih jauh, terpaksa berhenti blogging sebentar untuk mengurus hal rumah tangga ! maaf, nak kene rewind memory di Acheh ni, huhu...ambil masa nak ingat perjalanan cerita..
(ini lah akibat bertangguh kerja)
teruskan membaca pada entri akan datang =)











No comments:

Post a Comment