Pages

Thursday, January 26, 2012

Acheh (part II)

Pulau Weh

Alhamdulillah selamat menyeberangi lautan selat melaka dan kami semua tidak ada mengalami simptom-simptom mabuk laut sepanjang berada diatas feri (^_^)...masing-masing dah ready masuk dalam kereta sebaik sahaja bayang Pulau Weh kelihatan, senang tak perlu berebut-rebut nak turun feri nanti.


Kalau dilihat didalam peta diatas, keliling pulau ini dikelilingi lagi oleh pulau-pulau kecil yang lain, Indonesia memang kaya dengan pulau! Tempat ni juga dikatakan tempat popular bagi penggemar scuba diving, air lautnya jernih dan masih terjaga untuk melihat kehidupan lautan.

Atas sebab suggestion dan feedback dari senior kami yang pernah kesini, kami memutuskan untuk menginap di Iboih, 3 bilik ditempah untuk kami bertujuh dengan harga yang berpatutan, Rp200k/bilik (RM70) untuk 2 orang. cost-minimize !


***

Iboih

Perjalanan ke Iboihh agak jauh, tak sempat berhenti di mana-mana untuk bergambar sebab perlu sampai ke tempat penginapan sebelum gelap, tetapi disebabkan pak anwar tak berapa biasa dengan jalan kat sini, terpaksa lah dia minta bantuan kawan tempatan dia sebagai pemandu jalan, terpaksalah kami berhimpit macam sardin dalam tin di tempat belakang penumpang. Walaupun rencana awal nak sampai sebelum gelap, tetapi tak mengikut apa yang di plan.

Gelap-gelita, hanya cahaya rembulan yang menerangi. Terkesima sekejap, mana resort?? betul ke dah sampai?? yang saya nampak hanya laut dan hutan belantara...


Terima kasih bulan bagi sedikit cahaya !

Kita akan ke sana menaiki bot laju !! speechless~

adventerous sangat (-_^) bila kena naik speed boat pergi ke tempat penginapan, merentas laut tengah-tengah malam hanya mendengar deruan ombak, angin dingin menyapu muka dan seperti badan dilambung-lambung sebab bot kecil dipukul ombak kuat.



bilik standard-wooden room
(siap ada kelambu~)

Akhirnya setelah berjam-jam perjalanan dapat kami meluruskan badan dan melelapkan mata. Bilik ini dilengkapi dengan kemudahan asas dan specialnya kat sini ada kelambu, untuk mengelakkan sang nyamuk menggigit anda! Indonesia masih tinggi kes Malaria jadi prevention is better than cure.

dinner time

***

Pagi esoknya, kira-kira jam 4.30 pagi setelah selesai menunaikan solat subuh, saya meneruskan hobi "photo hunting" untuk merakamkan detik-detik sunrise di Iboih, Acheh.

Hayatilah keindahan ciptaan Allah

[Ia dapat dilihat bagi mereka yang berfikir]

speed boat yang membawa kami ke Iboih Inn

sang suria mula menampakkan wajahnya..



freinds forever <3

awan nano saya~




Entrance Iboih Inn


***


misi seterusnya..snorkeling !! sewa set snorkeling Rp75,000 utk 1 hour



dari permukaan dah boleh nampak corel

kami ditengah lautan !!

2 jam snorkeling dah cukup puas, tangan dah kecut-kecut dan badan menggigil kesejukan. Masa terlalu mencemburui kami, banyak lagi tempat perlu dilawati disekitar pulau tapi kami terpaksa pilih tempat-tempat tertentu sahaja dalam waktu yang singkat ni. Kami terpaksa bahagi jadi 2 group, supaya kami tak terlepas feri balik ke Banda acheh harini, 1 group terpaksa check-out awal dari hotel untuk beli tiket dan beratur awal supaya kereta kami dapat masuk feri. Disini mereka memakai sistem first come first serve, 15 kereta terawal sahaja yang dapat naik feri untuk 1 trip feri dan dalam sehari hanya ada 2 trip (jam 12 tgh dan 4 ptg) feri ulang-alik dari pulau weh ke banda Acheh.

group yang terpaksa check-out awal

p/s: Maaf kawan-kawan, percutian macam terkejar-kejar dan tak dapat nak extend beberapa hari sebab tiket flight saya malam esoknya (-_+) (20/6/2011)



***

Kilometer Nol

Sebelum ke pelabuhan, sempat singgah disini sebentar =)


Untuk pengetahuan, Nol adalah angka 0 yang disebut dalam bahasa indonesia. Di pulau
Weh-Sabang inilah terletak Tugu Kilometer Nol yang menandakan pengukuran titik Nol Kilometer Indonesia dari Sabang hingga Merauke. Penanda Indonesia bahagian barat bermula dari sini !!


kami berada di hujung barat indonesia~
cuaca semasa: angin sangat kencang

amaran: jangan tiru aksi merbahaya kami "berdiri tepi tebing"

pak anwar @ supir bersama temannya


***

Selamat tinggal Sabang, moga jumpa nanti !!

jambatan untuk menaiki feri diangkat dan feri bersedia untuk berlayar~

bye-bye

***

Museum Tsunami Aceh


Kami sempat melawat Museum Tsunami Aceh sementara menunggu group sahabat-sahabat kami yang satu lagi sampai di pelabuhan petang ni, Museum ini terbina atas jalinan kerjasama banyak negara yang menyumbang membangunkan Aceh selepas kejadian Tsunami. Disini dibina tugu atau simbolik yang dapat memperingati tragedi bersejarah bagi kota Aceh. Ada juga tayangan 3D untuk Tsunami, tapi kami tak sempat nak tengok =(


view dari depan museum

Reka bentuk museum dibuat seperti anyaman bakul sinonim dengan jalinan pelbagai negara didalam membantu pemulihan kota Aceh.


Batu-batu bulat mengelilingi Kolam air

Batu-batu yang mengelilingi kolam = Negara-negara yang membantu Acheh
Kolam = simbolik kejadian Tsunami

Batu diukir dengan nama setiap negara yang membantu

Saya berpusing keliling kolam semata-mata nak cari batu yang diukir dengan nama negara "MALAYSIA", saya bangga jadi rakyat Malaysia !


***

Kapal Tsunami Acheh

Perjalanan kami seterusnya menuju perkampungan nelayan, dengar cerita waktu Tsunami habis semua kapal-kapal nelayan dilambung ombak sampai ke perkampungan mereka...ada satu kapal ni masih terletak atas sebuah rumah dan sekarang ia dijadikan tempat wisata (pelancongan) untuk pelancong melihat sendiri.

kami menyusuri kawasan nelayan, kapal-kapal nelayan tersusun rapi.


posing dulu ;)


Kapal tersadai diatas rumah penduduk tempatan


Tangga dan konkrit yang baru dibina membolehkan kami naik melihat view kapal dari atas.

Kapal ni dicat dan dibaik pulih serba sedikit supaya nampak cantik...tiang juga diletakkan supaya tidak merbahayakan pelancong yang datang melawat tapak ini. Walaupun kawasan ini sudah dijadikan tempat wisata, rumah-rumah penduduk masih dikekalkan, sekeliling tempat ini adalah kawasan perumahan mereka.

Rumah bantuan Tsunami

Rumah bantuan tsunami juga berada disekitar kawasan wisata. Lorong-lorong kecil merupakan laluan ke kawasan ini. Rumah mereka disusun rapat-rapat. Maklumlah negara ini terkenal dengan ramaiya penduduk. Jimat ruang??

Kita patut bersyukur.

***

Bersiap sedia menempuh 15 jam perjalanan pulang Medan !
Sebelum itu, dah beli siap-siap bekalan makanan ringan untuk dalam perjalanan dan dinner di restoran tempatan, cuba makanan baru.. "Ayam tangkap" sesuatu yang unik..heheh, kalau di Medan popular dengan "Ayam Penyet".

p/s: terlupa nak tangkap gambar "ayam tangkap", tak boleh nak share..huhu

Berhenti solat subuh di pertamina semasa perjalanan pulang ke Medan

Perjalanan balik dah tak excited macam perjalanan nak pergi, sebab kepenatan...co-pilot pun asyik terlelap dan supir banyak kali berhenti untuk berehat. Moga Trip kali ni menjadi kenangan terindah buat kami d'Martebeuties dan silaturrahim antara kami makin kukuh. Lebih mengenali hati budi masing-masing~



~Sekian~









No comments:

Post a Comment