Pages

Monday, March 12, 2012

Dunia Hospital

Assalamualaikum,

Sejak beberapa minggu keluar masuk wad, pelbagai penyakit dan ragam manusia yang dapat dilihat. Tak kira Usia tua atau muda. Yang Kaya atau Miskin. Siapa-siapa sahaja boleh diuji oleh Allah. Yang segar-bugar hari ini belum tentu esok harinya masih ada untuk dia, yang dah nampak nazak dan penuh dengan wayar-wayar keliling badan, mungkin masih ada harapan dan peluang Allah bagi untuk dia. Yang masih diberi peluang hidup, harusnya isilah dengan perkara yang bermanfaat dan dapat menambah bekal disana nanti sebelum kita semua terlambat. Ajal Maut tidak mengenal usia dan siapa kita. Manusia hanya mampu berusaha dan kami sebagai doktor hanya mampu untuk membantu pesakit. Tiada siapa dapat melawan Takdir Allah.

Hari ini buat wad round...kebanyakan pesakit disini ramai dari golongan tua, sayu di hati bila tengok pakcik-pakcik ni terbaring kat katil hospital, kadang-kadang ada nurse yang terpaksa melayan kerenah mereka, tak mahu makan ubat, tak mahu di cucuk dan macam-macam alasan diberi sebab nak balik rumah cepat-cepat. Nurse janganlah marah-marah pakcik-pakcik tu...huhu...* teringat arwah atuk.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :

Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum Mati

No comments:

Post a Comment