Pages

Sunday, July 1, 2012

Tiada lagi Keliru

Assalamualaikum,

Selamat petang blogger-blogger tersayang =)
nak curi sedikit waktu di petang hari ni untuk berkongsi cerita gembira. Motif sebenarnya nak elak mata ni dari terlelap petang-petang dek kepenatan hari minggu ber "oncall" dan tutorial. Oh itulah paediatrics ! tiada frasa "weekend", sedar-sedar dah 2 minggu berlalu saya menyelami hati kecil dan perasaan insan-insan kecil ini, 6 minggu lagi perlu dilalui dengan lebih positif, banyak lagi perlu telusuri kerenah dan perangai kanak-kanak ni, boleh buat bekalan ilmu masa mendatang.

***

Aku Menyahut panggilanMu Ya Allah

Syukur, segala tanda tanya terjawab akhirnya, Allah telah merancang segala sesuatu itu tepat dan sesuai dengan masanya. Benarlah, kehidupan ni suatu pengembaraan yang panjang dan kita tidak tahu jalan mana yang akan kita tempuhi. Kadang sedang dalam perjalanan kita sampai disuatu persimpangan jalan, tak tahu nak ke kanan atau ke kiri? tak tahu nak pilih yang mana, yang pasti kedua-dua jalan itu pun masih kabur dan tidak tahu bagaimana penghujungnya.  Kita jadi serba salah dan keliru. Hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan memohon pertolongan. Hasrat untuk mengerjakan rukun islam yang ke-5 diusia yang muda insyaAllah bakal tercapai Oktober nanti. Mohon doa dari sahabat-sahabat supaya perjalanan saya dan ibubapa ke sana sebagai tetamu Allah dipermudah dan diterima sebgai haji yang mabrur. Ameen.

suatu hari nanti, insyaAllah
Pertama kali semasa mendapat tawaran Tabung Haji terpilih ke tanah suci pada tahun ini, hati sangat gembira dan teruja. Impian yang lama tersimpan bakal tercapai. Namun, kadang-kadang hati kecil masih lagi nak risaukan hal dunia? masih risaukan bagaimana nak cuti waktu-waktu clinical years ni? terpikirlah saya sorang-sorang akan ketinggalan dari rakan-rakan satu batch dan mungkin juga kena extend study? hmm...istikharah..istikharah..istikharah itulah yang termampu saya lakukan. Alhamdulillah, satu per satu jawapan saya dapatkan, bukanlah mimpi seperti yang orang katakan, tapi suatu keyakinan dan keteguhan hati untuk membuat keputusan menerima tawaran tersebut. Banyak pendapat dan nasihat saya cuba dapatkan. semua memberi kata semangat dan positif. Terkesan di hati saya bila terbaca email dari seorang lecturer saya, "Terpilih menjadi tamu Allah di usia yang masih muda belia adalah rezeki yang ternilai harganya. Bagaimana kamu bisa menghitung2 nikmat yang Allah berikan dengan posting clerkship? Terkadang apa yang kita fikir baik belum tentu baik menurut Allah, apa yang kita fikir buruk belum tentu buruk menurut Allah. Karena Allah lah yang Maha Tahu yang terbaik bagi kita". 

Ya saya yakin segala yang berlaku dan akan berlaku telah ditentukan oleh Nya. No more worries =)

***

Segala urusan permohonan cuti, persiapan diri dengan menghadiri kursus-kursus asas haji, kursus intensif haji, dan pemeriksaan kesihatan telah dilalui secara bertahap-tahap, cuma menunggu kursus perdana haji yang akan diadakan september nanti sebagai persiapan terakhir bagi jemaah haji yang terpilih sebelum ke Tanah suci pada tahun ini sahaja. Disebabkan tercampak kat perlis ni sorang-sorang, terpaksa la join kursus-kursus haji ni dengan jemaah makcik-makcik dari peghelih...hehe...makcik-makcik janganlah pandang saya semacam jer?? mungkin pelik orang muda pergi kursus haji? (Alhamdulillah dpt peluang time muda) terpaksalah independent dan sembang gaya makcik-makcik untuk mengurangkan jurang perbezaan, haha...bak kata pepatah "jikalau ular menyusur akar, takkan hilang bisanya" ye tak?

Semua benda yang berlaku dalam hidup kita dalah guru yang terbaik buat diri, tak kira lah dimana pun kita berada, bersama siapa pun kita, bersendirian atau berjemaah, ada hikmah untuk diri kita. Banyak benda belajar bila hidup jauh dari keluarga ni. 



p/s: Dikesempatan ini, saya memohon maaf segala salah silap terkasar bahasa, terguris hati. saya hanya insan lemah yang sentiasa perlu dibimbing dan dalam proses memperbaiki diri. Mohon doa dari sahabat-sahabat supaya dipermudahkan urusan saya untuk menjadi tetamu Allah. =)











2 comments:

  1. inshaAllah.moga dipermudahkan segala urusan dan mdpt haji yg mabrur n selamat pergi dan pulang hajjah! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen... terima kasih atas doanya..

      Delete