Pages

Friday, October 5, 2012

Hajjah muda

Assalamualaikum, 

Niat? ya setiap perbuatan perlu dimulai dengan niat. Perkara kecil mahupun perkara besar, dan setiap apa yang kita niatkan atau lakukan insyaAllah akan diberi ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkan. 

#Hadith 1

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. 


Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : hadis nombor 1908.




Ramai yang bertanya kepada saya, kenapa dapat pergi haji pada usia yang muda? selalunya nenek-nenek atau atuk-atuk je yang terpilih untuk pergi Haji. Pakai pakej ke? Pakai kabel besar ke?  bila daftar?

terdiam dan bermonolog sendirian...

Siapa kata pergi haji hanya untuk orang tua? usia muda lah sepatutnya digunakan untuk beribadah, semasa sihat, ada tenaga dan berkuasa, dah tua nanti dah sakit itu ini kan dah payah. Manfaatkan 5 perkara sebelum 5 perkara. macam nasyid Raihan tu..

Pakej? T_T (menangis air mata darah)~ mana nak cari berpuluh ribu pada usia sebegini untuk ikut pakej yang mahal-mahal. terus terang saya tak mampu!  Memang tak dinafikan, orang yang diberi rezeki lebih oleh Allah boleh ambil pakej sahaja untuk menunaikan haji pada bila-bila masa tanpa menunngu giliran atau kuota Tabung Haji. Alhamdulillah, saya pergi dengan pakej muassasah tabung haji dan menunggu giliran kuota dari pihak tabung haji. Rahsianya -->sabar menanti...rezeki Allah akan bagi dari arah yang tidak disangka-sangka.


Pakai Kabel besar?  Yaa !!! Allah Maha Besar lagi Maha Penolong. itulah tempat satu-satunya saya berharap. Tiada yang dapat melawan kekuasaan Allah. kalau Allah dah kata "Kun Fayakun"...maka jadilah sesuatu yang ditetapkannya. Buat apa nak minta pertolongan atau merayu dengan manusia, sedangkan Allah lah yang memegang hati-hati manusia, betul tak? Kadang-kadang terasa sedih melihat scenario masyarakat yang selalu menggunakan "kabel-kabel" didalam sesuatu urusan sehingga mereka lalai dari bergantung pada yang Esa. Malah, mereka yang seperti ini hanya menindas atau mengambil hak orang lain yang lebih layak.

Bila mendaftar? Alhamdulillah, kedua ibu bapa saya mempunyai kesedaran dan keinginan mendaftarkan haji untuk anak-anaknya juga semasa kami di alam persekolahan. Sekitar tahun 2006 dah daftar, bersyukur juga, daftar awal-awal...sementara menunggu giliran..ada rezeki dapat pergi pada usia 20-30an. Memang kami diberitahu akan mendapat giliran pada tahun 2014, jadi tahun ini kami merancang untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu pra-haji. Allah sebaik-baik perancang, kami dapat surat pada tahun ini dikatakan terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2012/1433H. Bersyukur dan teruja, impian saya dari kecil untuk menunaikan haji diusia muda bakal tercapai. 

Al-kisahnya, dari kecil sebenarnya memang dah pasang niat nak pergi haji muda-muda, dapat duit raya suruh mak masukkan duit ke tabung haji, dirumah pun suka menabung, setiap minggu saya akan asingkan duit lebih belanja sekolah dan simpan dalam tabung khas. Malah ada yang menggelarkan diri saya "bisneswomen" sebab dari kecil memang dah ada jiwa "bisnes", bukanlah bisnes benda hebat-hebat, tetapi sesuatu yang mendatangkan keuntungan secara halal. Kadang-kadang jual aiskrim atau makanan ringan di Hari kokurikulum sekolah atau ambil tempahan untuk buat benda-benda seni. Duit untung bisnes akan dimasukkan khas ke dalam tabung bisnes..hehe..tabung simpanan harian ada tabung lain. Idea-idea kreatif ni muncul mungkin sebab saya berazam untuk melakukan sesuatu dan Allah permudahkan jalannya. Itulah kekuatan Niat !

Info tambahan, tempoh untuk menunggu giliran haji menurut pihak tabung haji sekarang ni 32 tahun. Mungkin makin ramai yang mula sedar dan mendaftar, jadi tempoh menunngu makin lama. Jadi disini saya nak menyarankan agar sahabat-sahabat memasang niat untuk mengerjakan ibadah Haji di usia muda, moga kita mendapat keberkahan dan kebaikan darinya. Tapi ingat niat tanpa usaha pun tak boleh, jadi apa usahanya?

-buka akaun dengan tabung haji (atas nama sendiri)
-Masukkan minimum RM1300 kedalam akaun anda
- isi borang dan daftar di kaunter khusus untuk urusan haji 
*tak bermakna dah ada akaun dah kira terdaftar, banyak yang salah faham =(
-berdoa, bertawakkal dan berusaha memperbaiki diri.
-Bersabar dan menunggu paggilan dari Allah.






2 comments:

  1. nice one dja :) anyways selamat berangkat. fi amaanillah! jgn lupa doakan akhawat seluruh dunia di sana nnt :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tqah. Doakan keselamatan pergi balik dja n parent. InsyaAllah always :-)

    ReplyDelete