Pages

Friday, October 15, 2010

Salam Ukhuwah,

Bismillah...


Minggu ni adalah minggu yang paling busy dalam blok GIS (Gastrointestinal System). Jadual dan tugasan kuliah yang banyak ! Makalah farmakologi, Tugas poliffarmasi, nak kena cari resep (senarai nama ubat yang dikeluarkan oleh pihak apotek@farmasi), kerja tutorial, lab setiap hari, sampai tak sempat nak buat nota ringkas yang warna-warni...memang kena speed up untuk catch-up banyak benda tertinggal. Tapi Alhamdulillah dalam kesibukan, masih diberi kesempatan ntuk berkongsi benda-benda bermanfaat bersama adik-adik dan mungkin juga sahabat blog? Jom sama-sama tadabbur surah An-Naas..!

Surah An-Naas:1-6
Surah Makiyyah

Tafsir:

Katakanlah Aku berlindung kepada Tuhan(yg memelihara dan menguasai) manusia (1) Raja Manusia (2) Sembahan Manusia (3) dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi (4) yang biasa membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia (5) dari golongan jin dan manusia (6)

Tadabbur:


Ayat 1-3: Kepada siapa kita memohon? Permohonan perlindungan disini adalah kepada Tuhan Ar-Rabb(yg memelihara), Al-Malik (raja yg menguasai) manusia, Al-Ilah(yg disembah manusia). Ketiga-tiga ayat berakhir dengan "an-naas". Pengkhususan dibuat untuk manusia adalah supaya manusia merasakan kedekatannya pada waktu meminta perlindungan dan pemeliharaan.

Ayat 4 : Apa yang dipohon? Memohon diberi pelindungan dari semua kejahatan(umum) dan bisikan syaitan yg bersembunyi(khusus).

Ayat 5: "al-waswaasul"(suara halus) dan "khannaas"(tabiat syaitan bersembunyi dan kembali lagi)

Ayat 6: Bisikan kejahatan boleh datang daripada syaitan atau manusia.


Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda :


"Syaitan itu tetap berada di hati anak Adam. Apabila dia mengingati Allah, syaitan itu akan bersembunyi. Dan, apabila dia lalai syaitan itu membisikkannya"
Kenapa syaitan bermusuh dengan manusia sampai nak membisikkan kejahatan didada manusia?? Semua adalah kerana kesombongan, kedengkian dan dendam iblis terhadap manusia. mereka tidak mahu sujud kepada nabi Adam a.s semasa penciptaan manusia kerana merasa diri mereka hebat ! diciptakan dari Api berbanding manusia yang diciptakan dari Tanah. Jadi, mereka (Iblis) berjanji akan menyesatkan keturunan nabi Adam kecuali mereka yang mengingati Allah.
Kenapa Allah mengizinkan Iblis berbuat demikian?? Allah Maha Mengetahui dan Dia tidak membiarkan manusia tanpa persiapan. Maka, Allah jadikan iman sebagai perisai, zikir sebagai bekalan dan isti'adzah sebagai permohonan perlindunga kepada kita. Semua dah disediakan, hanya kita yang nak atau tak nak. Tepuk dada, tanya IMAN !
Wallahu'alam...semoga bermanfaat buat semua.
p/s: ulasan dibuat berdasar Tafsir Fi zhilalil Quran, Sayyid Quthb

1 comment: