Pages

Tuesday, May 31, 2011

Sayonara Medan


Salam Ukhuwah,

Sambil menghitung hari untuk menunggu selesai pengajian pre-klinikal di Medan, satu per satu memori di Medan yang muncul dalam benak fikiran, sekejap sahaja masa berlalu meninggalkan kita semua, pejam celik pejam celik saya telah pun melalui kehidupan di Medan selama 3 tahun. Banyak yang saya belajar selama di perantauan apa erti kemanisan, erti kepahitan, erti perjuangan, erti berdikari, erti kasih-sayang, erti persahabatan, itulah sebenarnya rencah kehidupan yang membuatkan kita lebih matang.

Mungkin ini adalah salah satu lembar cerita dalam hidup saya, didalam Qada’ dan Qadar dapat rezeki belajar di rantauan untuk mendidik dan membentuk diri saya yang sekarang. Alhamdulillah.

Biarlah hanya ilmu yang bermanfaat dicedok dari pengalaman disini, segala yang kurang elok dijadikan sempadan, “ambil yang jernih, buang yang keruh”.


Things I would miss M.E.D.A.N


Fakultas Kedokteran Universitas Sumatera Utara

Tempatku menimba ilmu !


Tutorial's group


B2.1 Skills Lab Mates

Sebelum masuk skills lab kene hafal prosedur-prosedur yang perlu dilakukan. Saya selalu tidak. Kadang tajuk hari tu pun tak tahu, terkial-kial nak hafal on da spot. Ada yang hafal macam mesin fotokopi, ada yang kena marah sebab tak hafal, ada yang nervous sampai lupa semua yang dihafal. Itu semua sudah berlalu. Walaupun dalam pelatihan, kami perlu cekap dan tidak boleh tersilap. Kerana di dunia realiti sebagai doktor kami perlu menyelamatkan 1 nyawa. Doktor sangat memerlukan mental dan fizikal yang kuat.

Bersemangatlah doktor dan bakal doktor semua !


"Makan selera boss harga anak kos"

Ternampak ada satu warung ni pasang banner dengan tema macam ni...sesuai dengan kami "pelajar" duit yang cukup-cukup makan tapi nak makan sedap-sedap (macam orang kaya). Jadi memang sesuai lah berada di Medan, banyak makanan yang enak-enak boleh dapat dengan harga berbaloi-baloi.

Jomlah datang Medan !


Ayam penyet

Makanan ni sinonim dengan Medan, pergi ceruk mana di Medan makanan ni mesti wajib ada. Special nya makanan ni terletak pada sambalnya. Tak semua pandai buat sambal yang rasa Umph..Dengarnya ayam penyet dah masuk pasaran Malaysia. Sama tak rasa dia dengan ayam penyet Medan? Mungkin kalau rindu ayam penyet tak perlu lah datang Medan.


Becak

Ini lah transport yang menjadi pilihan saya, lebih flexible untuk ke mana-mana. Becak motor juga dikenali sebagai BETO. Orang sini memang terkenal dengan shortform semua perkataan. Harga pengangkutan ni tak tetap, tergantung pada kita yang menawar dan pak becak yang meletakkan harga. Kalau anda baru datang, hati-hati sebab memang kebarangkalian untuk diketok amat tinggi. Kalau anda tak tahu jalan, boleh juga pak becak ni buat-buat tak tahu jalan dan sesat kemudian minta tambang lebih. Pernah ada pengalaman pahit dengan becak yang membuatkan saya jadi BENCI dan FOBIA seketika. Tapi tak semua begitu.


Pengalaman meredah banjir dengan becak untuk ke kampus

(becak a.k.a sampan beroda)

Peristiwa ini terjadi selepas hujan melanda Medan dari petang sampai pagi. Mungkin sistem perparitan masih kurang efisien dan sampah masih memenuhi longkang-longkang di kota ini. Inilah akibatnya. Pagi-pagi bersiap ke kampus tapi ditengah jalan terpaksa meredah lautan. Naik becak tapi dah rasa macam naik sampan. Lebih MALANGnya bila sampai di kampus, baru tahu segala aktiviti kuliah dibatalkan. kenapa kami tak tahu lebih awal? huhu...

Moga Kota Medan dan isinya bertambah maju di masa akan datang, Katakan TIDAK kepada Korupsi !


RM3 for all these veggies (*_*) murah sangat! kalaulah Malaysia begini..

Bila rindu masakan Malaysia, kami pergilah ke pajak (pasar) untuk beli barang dapur. Lagipun masak sendiri lebih jimat dan lebih mengikut selera. Bayangkan beli sayur banyak-banyak macam ni tapi harga macam beli 1 ikat sayur di Malaysia. Kalau membeli-belah di pasar Malaysia duit macam air tapi barang yang dapat tak banyak. Itulah yang menariknya pajak di Medan. Baru boleh amalkan hidup sihat dengan buah-buahan dan sayuran !


Angkot= angkutan kota

Kenderaan ni merupakan salah satu public transport di Medan selain becak dan teksi, terkenal dengan kebisingan bunyi Hon dan Lagu dangdut-nya. Transport yang paling murah untuk kemana-mana. Paling mahal Rp 3,000 = RM 1. Selama 3 tahun di Medan, mungkin tak banyak menggunakan angkot sebabnya...

bila naik angkot nanti nak berhenti kene jerit "minggir pak" dengan kuat atas sebab lagu dangdut yang dipasang supir kuat dan mungkin tidak terdengar jika suara anda perlahan..hmm..

angkot ini akan ambil penumpang seramai-ramai mungkin walaupun bila kita tengok sampai dah ada penumpang yang duduk dipintu angkot, supir-supir ni masih nak ambil muatan lagi. Pelik. Sesak !


7 comments:

  1. kaka ne irna...org indonesia...saya mw tmanan ma kakak...thun ne saya mw nyoba ke kedokteran usu....kakak bisa g kasih saya informasi????please help me kak........

    ReplyDelete
  2. hello kak...ne irna...........kak kita leh tmanan tak???? aq org indonesia tapi mw msuk ke kedokteran usu thun ne...kakak bisa ke bagi kan aq informasi tentang tuch kak?

    ReplyDelete
  3. hye..salam kenal, owh..kak org malaysia deq..sekarang udah koas di malaysia. informasi apa yg kamu mau tahu? mungkin kak bisa bantu..=)

    ataupun kamu buka situs usu sendiri --> www.usu.ac.id

    ReplyDelete
  4. kak, gimana ceritanya makanya kakak bisa ke USU?

    ReplyDelete
  5. kami dihantar pemerintah Malaysia ke usu deq...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,salam kenal kak.kak,mau nanya,kuliah di USU tu gimana?alamat facebook kakak boleh tau?

    ReplyDelete
  7. kak gak tau la deq, gmana prosesnya mau kuliah di usu...masuk aja ke www.usu.ac.id ya..kak bukan asli indonesia.

    ReplyDelete