Pages

Wednesday, January 4, 2012

Warna-warni Kehidupan


Assalamualaikum,

Lembaran 2012 masih tiada coretan dalam djajourney?? hari ni tergerak hati nak menulis sedikit...Alhamdulillah masih diberi nikmat iman islam dan kehidupan oleh Allah s.w.t =)
Syukur ya Allah !

Lembaran tahun lalu ditutup dengan rapi dan kemas, simpan dalam stor. Bukan sekadar diari simpanan tetapi apa yang dibawa adalah kenangan dan pengajaran dari liku-liku cabaran dan suka duka yang lalu. Bak kata pepatah "Pengalaman mengajar erti kehidupan". Jadi hargailah pengalaman yang telah kita lalui ! Biar pengalaman semanis madu mahupun sepahit empedu, semua adalah rencah kehidupan.


Hujung Tahun 2011 adalah tahun akhir saya sebagai pelajar pre-clinical, sekejap sahaja 3.5 tahun sebagai pelajar yang secara formal pergi kelas dengar lecture sambil tidur-tidur (tapi telinga dengar =p), balik kelas buat tutorial, menghadap buku-buku dan exam..exam..exam..
Oh rindu saat itu ! Sekarang menganggur sementara menunggu clinical year Feb 2012.
Tamat sahaja ujian, kaki pun mula tak boleh duduk diam. Sempat round trip cuti-cuti Malaysia bersama keluarga tercinta.

Awal Tahun 2012 sibuk dengan "urusan kerajaan" huhu.. menguruskan hal ehwal klinik homeopathy keluarga kami...untuk pengetahuan kami dah berpindah ke lokasi baru (Lot 20, Jalan 40, Selayang Baru), banyak urusan perlu diselesaikan. Sebab saya menganggur, jadi saya lah yang dipertanggungjawabkan menguruskan "hal-hal kerajaan"...tak pe sedikit-sedkit menimba ilmu orang dewasa. Maklumlah, dah meningkat dewasa...jadi perlu belajar ilmu berurusan formal. =)




Terima kasih semua kerana mewarnai hidup saya <3

moga diberi kekuatan kepada saya untuk berkongsi warna-warni kehidupan djajourney ! (terasa sangat sibuk dan tiada idea menulis...itu sebabnya bercuti lama)

p/s: nanti cuti 1week lagi...harus ke Medan untuk urusan exam ! doakan saya teman-teman..bitaufiq wannajah !


3 comments:

  1. alhamdulillah dja dh abiz formally as a student...heh heh heh..tp kena ingt...walaupn dh bkn student..mzti mau ingt ilmu xkn abiz smpai kte die walaupn dh abiz jd stdnt...so...truz kn kmpul ilmu biler dh melawat tmpt2 org..klau buleh aplikasikn dlm idup tok selesaikn masalah yg di hadapi..>.<
    hope u will more undrstnd how the world work 4 the living..

    ReplyDelete
  2. dapur kembali berasap.alhamdulillah :P

    ReplyDelete