Pages

Monday, January 3, 2011

2011

Salam Ukhuwah,

sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik pejam celik dah 2011...penantian 2013 untuk bergelar seorang mahasiswi berijazah mungkin juga sudah tidak lama lagi. Ijazah hanya sehelai kertas yang tertera nama, jenis ijazah, tempat anda belajar? dan ada la..coretan-coretan tandatangan orang yang berkuasa kat kertas tu..itulah yang dikejarkan semua orang, percaya atau tidak percaya?

Sebab apa? REALITI dunia sekarang, itulah yang dapat membantu anda mendapat kerja yang best-best, dengan gaji berangka 5 atau 6, mungkin juga dengan sehelai kertas itu anda disanjung tinggi di mata masyarakat?

Teringat kata-kata Dr. Zainur Rashid Zainuddin, seorang konsultan O&G dan aktivis yang disegani. Mengenali beliau semasa di program Fiqh Perubatan di Medan, sangat mengagumi kehebatan beliau! "Antara Ijazah dan Risalah? seharusnya seiring! "

Bagaimana cara kita membawa risalah disamping mendapatkan ijazah? moga kata-kata ni dapat memberi semangat pada diri sendiri dan orang lain untuk meningkatkan usaha masing-masing !

Tiada yang mustahil untuk dicapai, dengan niat dan usaha kerana ALLAH !

No comments:

Post a Comment