Pages

Wednesday, January 12, 2011

Menapak di bumi Asing dan Menjadi Asing

Salam ukhuwah,


Nikmat sihat ditarik sedikit harini, tapi tak apa, sakit kadang-kadang perlu untuk kita muhasabah diri sendiri...mungkin perubahan cuaca dari 6'c-11'c kepada 29'c-36'c menyebabkan badan terpaksa menyesuaikan diri semula, setelah seminggu menapak di negara kepulauan Hong Kong. Terima kasih kepada ibubapa yg menjadi sponsor tetap untuk travel di sana..hehe..

Perjalanan ke sana mengambil masa selama 4 jam, sebelum turun dari flight dah siap-siap isikan perut, seperti sedia maklum kalau berkelana di negara orang memang agak susah kalau nak cari makanan lebih-lebih lagi makanan yang halal..jadi faham-faham lah kalau di HK, kena ikat perut lah ye?

Booking hotel,nak melawat mana, nak makan apa, nak naik apa...semua tak perlu saya fikir, sebab trip kali ni pergi dengan ayah dan mak ! so, serahkan pada yang pakar lah =) saya ikut sahaja !

Saya akan cuba masukkan entri kali ni ikut sequences atau tempat menarik...mungkin selepas ni memudahkan bloggers lain kalau nak ke HK boleh lah rujuk sedikit sebnyak maklumat disini...nak promote mana tempat patut pergi dan tak patut, lebih jimat duit,masa dan tenaga.

Setakat ini untuk intro entri, sekadar memberitahu kemana menghilang sejak cuti ni, nantikan entri selanjutnya untuk pengalaman di HK nanti...

p/s: sekarang sedang dalam proses memilih dan mengupload gambar terbaik sepanjang disana dan unpacking travel bag...

No comments:

Post a Comment